Tuesday, 19 April 2016

Bab 4



Andai bisa diungkapkan rasa rindu pada yang pergi, pasti akan terluah segala rasa yang tersimpan di dalam kalbu
Sebulan telah berlalu, Adi masih terlantar koma di hospital gara-gara menyelamatkan kekasih hatinya. Setiap hari Hana akan melawatnya dan bercakap dengannya. Dia menyesal akan kesilapannya dalam menilai Adi. Namun, Adi masih tidak menunjukkan sebarang respon
“Hana...” suara seorang wanita menghentikan lamunan Hana yang panjang.
“Aliya....bila you sampai?” soal Hana sambil mengelap air mata yang kini menjadi penemannya. Aliya Maizura juga kini menjadi kawan baiknya sejak peristiwa pahit yang menimpa kekasih hatinya. Dia juga sudah mengetahui hubungan sebenar antara Adi Alfian dan Aliya Maizura.
“Baru je.....You okay?”
“I’m okay. Just I wonder sampai bila Adi nak terlantar macam ni?” keluh Hana. Sungguh dia tak sanggup melihat Adi Alfian terlantar sebegini. Hatinya dilanda sakit dan penyesalan..
“Sabar la Hana. Kita doa banyak-banyak okay,” pujuk Aliya.
Hana Zahira mengangguk lemah. Dia kemudiannya mengambil Surah Yassin untuk dibaca.
Tiba-tiba Adi menunjukkan reaksi dengan mengerakkan tangannya. Kelopak matanya dibuka perlahan. Terasa berat kepalanya. Namun digagahkan juga matanya untuk dibuka. Dalam masa yang sama, satu suara yang biasa kedengaran memanggil-manggil namanya. Syukur, akhirnya Adi telah pun sedar.
“Syukur sangat Hana bila abang dah sedar”
“A’a Adi.....kau tahu tiap-tiap hari Hana ni jenguk kau. Sayang betul dia kat kau,” usik Aliya. Hana hanya tersenyum malu tetapi tidak membantah kerana ia memang hakikatnya.
Adi tersenyum. “Aku tahu...walaupun aku ni koma, tapi aku dapat rasa Hana ada dekat dengan aku,” komen Adi Alfian. Sepanjang dia terlantar koma, entah kenapa dia mampu merasakan kehadiran cinta hatinya.
“Alahai dah terlantar macam ni pun nak sweet talker bagai you ni kan,” usik Aliya. Sungguh dia bersyukur kerana Adi Alfian dan Hana Zahira akhirnya kembali bahagia.
***************************************************
Di sebalik kebahagiaan pasti akan ada halangan. Akan tetapi andai halangan itu dari Maha Pencipta, apalah daya untuk kita menghalangnya.
            “Hana....Hana!!!!!” jerit Adi seraya membuka matanya. Dia bermimpi buruk tentang sesuatu. Dia beristighfar sebentar. Kini matanya mula mencari kelibat Hana. Ternyata gadis itu sedang lena di buai mimpi di tepi katilnya. Adi tersenyum, bahagia kerana kekasih hatinya sentiasa ada di sisinya kini.
            Namun entah mengapa hatinya tiba-tiba tidak sedap. Lantas, dia cuba mengejutkan Hana. Tiada respon. Adi mula panik.
            “Hana, bangun sayang. Tak elok Hana tidur macam ni,” Adi cuba mengejutkan Hana sekali lagi. Namun hampa, sebaliknya tangan gadis itu terkulai layu.
            “Ya Allah..Hana!!!! Doktor, Nurse!!,” jerit Adi meminta tolong.
            Hana Zahira telah pergi selamanya. Pergi menghadap Sang Pencipta dan meninggalkan Adi Alfian bersendirian. Doktor mengesahkan bahawa kematian Hana Zahira berpunca daripada ketumbuhan yang berada di dalam otaknya. Patutlah Aliya ada memberitahu Adi yang arwah kekasihnya pernah mengadu sakit kepala walhal sakit tersebut berpunca dari ketumbuhan yang dialami oleh Hana.
            Kini, Adi pasrah dan sendirian, bertemankan rakaman video di dalam telefon pintar Hana. Rakaman video yang dirakam sewaktu dirinya terlantar koma
            “Assalamualaikum Abang Adi Alfian yang Hana Zahira paling sayang. Tiba-tiba Hana rasa nak buat video ni untuk Abang, Hana takut tak sempat nak luahkan apa yang Hana rasa selama ni. Abang, Abang tahu tak, Abanglah lelaki pertama yang berjaya buat Hana sayang, benci, rindu sangat-sangat. Tak tahu lah Hana macam mana kalau Abang tak ada dalam hidup Hana. Mahu gila kot jadinya.
            Abang, Abang ingat tak dulu? Abang suka nyanyi lagu Selamaku Bernafas tu. Hana rindu sangat Abang nyanyi lagu tu. Mula-mula Hana marah juga kenapa Abang suka sangat nyanyi lagu. Abang cakap sebab lirik dia best. Tapi sekarang Hana faham maksud tersirat lagu tu. Walaupun kita tak bersama selamanya, tapi andai ada satu saat yang tertingga, kita kena sentiasa hargai orang yang kita sayang sampai ke akhir nafas kita. Jadi Hana hargai sangat cinta Abang untuk Hana dan Hana nak Abang tahu yang Hana akan simpan dan jaga cinta Adi sampai bila-bila.
Abang, andailah satu masa nanti Hana dah tak ada di sisi abang, Hana harap sangat abang jangan menangis tau sebab tak handsome la kalau Abang nangis. Lagipun Hana tak nak Abang sedih sebab Hana. Dan Hana nak Abang gembira je dan cipta kisah cinta abang yang baru. Hana izinkan tau. Hana janji Hana akan tunggu abang dan Hana harap kita dapat jumpa di syurga nanti.
Abang, Hana tahu selama ni Abang banyak bersabar dan layan je kerenah Hana. Sampai macam-macam yang Abang kena buat demi yakinkan cinta Abang kat Hana. Hana tahu Hana selalu perlekehkan cinta Abang tapi tidak pernah sekali pun Abang ragu dengan Hana. Terima kasih abang. Tapi Hana harap sangat Abang cepatlah sedar dan kembali lah menjadi sang pencinta Hana Zahira. Hana rindu Abang. Hana mintak maaf sebab salah faham dengan Abang. Please abang...bangunlah..Hana sayang Abang”
Video berdurasi tiga minit itu terhenti dengan sendirinya. Inilah kenangan terakhir Hana Zahira buat diri Adi Alfian. Adi teresak-esak menangis. Sungguh hatinya pedih dek kehilangan insan yang sangat dicintainya. Namun apakan daya, takdir telah menentukan segalanya. Dia harus pasrah dan redha dengan pemergiaan Hana Zahira.
“Hana...Abang akan selalu ingat Hanalah yang membakar semangat dan cinta Abang. Abang janji Abang takkan menangis lagi dan setiap kali Abang rindukan Hana, Lagu Selamaku Bernafas lah Abang akan nyanyi sebab dengan lagu itulah jiwa Abang sentiasa dekat dengan Hana,”
Adi memetik gitar sambil menyanyikan lagu Syamkamarul yang menjadi memori cinta antara dia dan Hana Zahira. Sayu hatinya hingga hampir menitiskan air mata ketika menyanyikan lagu tersebut. Namun, rindunya pada Hana akan terubat tiap kali menyanyikan lagu tersebut. Di dalam hati kecil jejaka tersebut, Adi berharap agar cintanya buat Hana Zahira akan kekal hingga mereka bertemu kembali di sana kelak
Andai bisa diungkapkan rasa rindu dan cinta pada yang telah tiada, akan diungkapkannya sehingga ke akhir nafas. Andai dia telah tiada di sisinya, rindu pasti menggamit di hati buat sang pencinta yang setia. 

          **************************************************************************
So basically this is the last chapter.....So...if ada yang kurang atau biasa-biasa je saya mintak dulu and do comment on it if you want and insha Allah will update the next chapter on Cinta Seindah Novel atau nama asalnya ialah Cinta Kaki Buku Kaki Bisnes

No comments:

Post a Comment