Saturday, 6 September 2014

Bab 7


Selang beberapa hari, Indah kini telah sembuh dan boleh berjalan seperti biasa. Akan tetapi ingatannya masih tidak mengenali Tajul Razin mahupun adiknya, Tajul Fahin. Namun, dia boleh berbual-bual mengenai macam-macam hal bersama adik bongsu mereka. Pernah juga, Tajul Zahin cuba untuk mengingatkan kakak iparnya tentang abangnya, namun ianya tidak berhasil. Malah, Indah juga sering mengelak apabila Tajul Razin cuba bercakap dengannya walaupun jauh di sudut hatinya, Indah ingin selalu dekat dengan lelaki yang dikatakan oleh orang di sekelilingnya sebagai suaminya.

 ‘Aduhai hati, kenapalah kau susah sangat nak terima kenyataan yang dia tu suami kau’ bisik Indah setiap kali hatinya berkeras tidak mahu bertentang mata dengan Tajul Razin.

Indah yang berbaju kurung berona biru senada dengan tudungnya keluar dari biliknya. Dia berkeras untuk tidak sebilik dengan suaminya walaupun dipujuk oleh Dato Safiya, Encik Halim dan Katrina. Pening mereka melayan sikap Indah berbeza berbanding sebelum dia koma .

“Indah! Indah nak pergi mana ni?”tanya Dato Safiya yang turun dari tingkat atas.

“Indah nak pergi kerjalah, Aunty. Dah berapa bulan Indah tinggalkan office. Mesti banyak kerja Aunty yang Indah kena tolong kan?” jawab Indah sambil tersenyum. Dia masih kekok untuk memanggil Dato Safiya dengan panggilan mama walaupun dia tahu hakikatnya Dato Safiya adalah ibu mertuanya.

“Indah…kan Mama dah pesan. Panggil Mama. Indah kan isteri Zen, menantu Mama” tegur Dato Safiya. 

Puas dia memujuk dan mengingatkan menantu kesayangannya tentang hal tersebut hingga adakalanya Dato 
Safiya pening dengan karenah Indah yang hilan ingatan ini. Setiap kali selesai solat, Dato Safiya sentiasa berdoa agar menantu cepat sembuh dan boleh hidup bahagia di samping anak sulungnya.

“Tapi Indah tak biasa Aunty. Eh silap…Mama” balas Indah sambil menepuk-nepuk mulutnya. Sungguh hatinya masih keras menerima kenyataan dan Indah masih tidak mampu mengingati akan siapa diri suaminya. 
Mungkin ada sesuatu yang berlaku suatu ketika dahulu hingga menyebabkan dia lupa akan lelaki yang bernama Tajul Razin.

“Indah, Indah janganlah macam ni. Walaupun Indah tak ingat siapa Zen di hati Indah, Indah kena hormat dia sebagai seoranga suami. Indah kena biasakan diri sebagai menantu Mama dalam rumah ni. Dah, sekarang Indah tak payah ikut Mama pergi office. Indah ikut Zen yea. Zen ada bagi tahu Mama semalam yang dia nak bawa Indah pergi suatu tempat” kata Dato Safiya.

“Huh? Pergi mana Mama?” tanya Indah ingin tahu.

“Entah, Zen tak pulak bagi tahu. Mungkin tempat special kot. Siapa tahu mungkin tempat tu boleh buat ingatan Indah pulih balik” balas Dato Safiya tersenyum.

“Harap-harap macam tulah Mama” balas Indah tersenyum kelat.

Ke manalah mamat muka ketat tu nak bawak aku? Indah berkata dalam hatinya setelah menghantar Dato Safiya pergi ke pejabatnya. Persoalan yang bermain di fikiran Indah akhrnya terjawab apabila Tajul Razin mengajaknya pergi ke Lake Valley yang terletak di Bandar Tun Hussien Onn. Indah hanya menurut tanpa sebarang bantahan.

“Cantik kan tempat ni? Dulu, Indah selalu sangat ajak saya jogging dekat taman ni.” kata Tajul Razin memulakan bicaranya. Dia membahasakan dirinya ‘saya’ agar Indah selesa berbual dengannya.

“A’a…memang cantik dan tenang sangat. Tapi betul ke saya selalu ajak awak datang sini” soal Indah yang kelihatannya kagum dengan taman ini.

“Ya, saya ingat lagi Indah pernah bagi tahu yang kalau Indah ada masalah, tempat-tempat macam nilah Indah akan pergi” jawab Tajul Razin tenang sambil memandang keindahan tasik di hadapannya.

Benarlah kata Tajul Razin, pertama kali dia menjejakkan kakinya , Indah sudah jatuh hati dengan ketenangan tasik di taman tersebut. Sungguh hatinya tenang seketika daripada kekusutan memikirkan ingatannya yang hilang.

“Awak, awak ni betul-betul ke sayangkan saya” soal Indah yang mula berminat ingin mengetahui tentang Tajul Razin. Dia kini cuba untuk membuka lembaran hatinya walaupun agak payah.

Tajul Razin tersenyum sambil bertentangan mata dengan Indah buat seketika. Untuk kali ini, Indah tidak mengelak seperti selalu. ‘Mungkin pintu hatinya sudah terbuka untuk menerima aku sebagai suaminya’ duga Tajul Razin

 “Indah, Indah nak tahu tak? Masa Indah koma, hati saya ni rasa macam nak pecah dan hidup saya masa tu seakan-akan gelap semuanya. Tiap-tiap hari tak kira siang atau malam saya berdoa, moga Indah cepat sembuh.” kata Tajul Razin menceritakan tentang dirinya sewaktu Indak koma.

“Dan Allah tu Maha Mendengar, Indah. Akhirnya Indah sedar juga setelah lima bulan kita terpisah. Masa tu, tak dapat saya bayangkan betapa gembiranya dan bersyukurnya saya. Orang yang selama ni saya sayang, akhirnya bangun juga. Dan percayalah Indah. Hati Tajul Razin bin Tajul Mukmin ini hanyalah untuk Indah Harlina binti Halim seorang je.”sambung Tajul Razin lagi.

Indah yang mendengar apa yang diceritakan Tajul Razin seakan-akan terpukau buat seketika. Betapa besarnya cinta suaminya kepadanya. Sungguh dia tidak sepatutnya tidak mengendahkan suaminya walaupun dia masih lagi gagal mengingatinya.

“Awak, sejak bila awak jatuh hati dengan saya?” soal Indah ingin tahu.

“Sejak terpandang mata Indah semasa kita terserempak di RnR Tapah dulu. Mata Indah tu buat saya tak lena tidur dan selalu buat saya hilang arah bila teringatkan balik” jawab Tajul Razin sambil mengamati mata Indah dalam-dalam. Sungguh dia jatuh hati dengan sinar mata itu hingga sanggup berkorban apa sahaja demi Indah.

“RnR Tapah? Kenapa kita jumpa dekat situ pulak?” soal Indah yang tidak mengingati apa-apa mengenai tempat tersebut.

Tajul Razin mula menceritakan semula peristiwa yang berlaku di RnR Tapah sehingga akhirnya mereka bertemu semula di rumah Dato Safiya dan menyulam rasa cinta antara mereka. Indah adakalanya ketawa dan diam apabila mengambarkan apa yang diceritakan oleh suaminya. Sungguh hidupnya penuh dengan warna-warni suatu ketika dahulu. ‘Alangkah bagus kalau aku mampu mengingatinya. Ya Allah, Kau kembalikanlah ingatanku semula agar aku mampu hidup bahagia seperti dulu” doa Indah sambil tekun mendengar apa yang diceritakan oleh Tajul Razin.
------------------------------------

“Jom semua, makanan dah siap” kata Indah yang melihat Dato Safiya, Encik Halim, Katrina dan suaminya sedang rancak berbual.

Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran adik iparnya, Tajul Fahin. Kebiasaannya, Dato Safiya pasti bermuram duka kerana Tajul Fahin yang dahulu jarang menyambut hari jadi bersamanya. Namun, tahun ni, Dato Safiya lebih gembira kerana dapat menyambutnya bersama Tajul Fahin yang telah banyak berubah, menantunya, Indah dan sahabat baiknya yang sekian lama menghilang, Katrina. Dia kini bahagia bersama ayah Indah selepas berkahwin semula dua minggu lepas. Encik Halim juga kini tidak seperti dulu yang garang dan bengis. Dia telah menjadi seorang bapa yang penyayang seperti diceritakan oleh Indah dahulu dan mertua  yang baik pada Tajul Razin.

Makan malam sempena sambutan hari jadi Tajul Fahin berjalan lancar. Tajul Fahin mengucapkan syukur atas ucapan yang diberikan oleh semua yang hadir. Sungguh dia terharu kerana keluarganya sentiasa berada di sampingnya walaupun selama ini dia langsung tidak menghiraukan keluarganya. Selesai makan malam, Indah mengambil alih tanggungjawab Mak Siti di dappur. Disuruhnya Mak Siti berehat setelah wanita itu bertungkus lumus menyediakan makan malam sebentar tadi.

“Indah panggil apa tadi? Abang?” usik Tajul Razin yang masuk ke dapur.

Terdahulu, Tajul Razin hampir tercekik sewaktu isterinya memanggilnya dengan panggilan ‘Abang’ di meja makan tadi. Namun dia bersyukur kerana Indah telah mula membiasakan diri dengan kehadirannya di dalam hidupnya.

“Yelah, Abang Zen kan suami Indah” jawab Indah tersenyum malu.

“Dulu bukan Indah tak suka ke nak panggil Abang macam tu?” usik Tajul Razin.

“Dulu tu lain. Masa Indah sedar-sedar dari koma, Indah terus nampak muka ketat Abang. Terkejutlah Indah tu yang tak suka tu” jawab Indah selamba.

“Sampai hati Indah kata abang muka ketat. Indah tak tahu muka ketat ni lah yang layan kerenah Indah dan jaga Indah tau.. Muka ni jugak yang selalu ambil berat pasal Indah kalau Indah susah dulu” kata Tajul Razin yang seakan-akan jauh hati.

Alamak suami aku merajuk la pulak. “Alaa…abang merajuk ke. Yalah..yalah… Indah tahu abang sayang Indah. Indah janji dengan abang yang Indah takkan sia-siakan cinta abang pada Indah”

Tajul Razin tersenyum. Pandai sungguh isterinya memujuknya. “Abang tahu, Indah pun sayangkan abang kan?”

 “Abang.. Indah nak minta maaf tau sebab walaupun Indah dah boleh terima abang sebagai suami Indah tapi Indah masih tak ingat siapa abang sebenarnya” kata Indah dengan nada sungul.

“Tak apa… abang faham. Kalau abang ada dekat tempat Indah pun, abang tentu tak boleh ingat semuanya. 
Tapi abang bersyukur sangat sebab Indah akhirnya sihat dan boleh terima abang sebagai suami Indah walaupun Indah masih tak ingat semua yang pernah berlaku” pujuk Tajul Razin sambil memegang tangan isterinya yang duduk bersebelahannya di dapur. Dia menikmati minuman coklat panas yang dihidangkan oleh isterinya.

Indah tersenyum. Syukur dia kerana ditakdirkan mempunyai suami sebaik Tajul Razin. “Abang, kalau esok Indah nak pergi rumah abang boleh? Tiba-tiba Indah rasa nak pergi sana pulak”

Entah mengapa hati Indah beria-ria mahu ke sana walhal sewaktu pertama kali Tajul Razin membawanya, Indah langsung tidak kisah walaupun hatinya kagum dengan hiasan di dalam rumah tersebut.

“Boleh..tapi esok abang ada meeting. Nanti abang suruh Abang Mat hantarkan ya” kata Tajul Razin sambil tersenyum. Hatinya juga gembira andai isterinya sudah mula mahu ke rumah yang dibelinya khas untuk diirnya dan Indah tinggal bersama.

“ Tapi kalau Indah nak drive sendiri boleh?” pinta Indah yang teragak-agak.

“Indah berani ke nak drive seorang? Lagipun Indah ingat ke nak drive macam mana?” soal Tajul Razin.

“Indah ingat lagi lah macam mana nak drive walaupun Indah tak ingat abang. Insya Allah, Indah mampu. Abang..tolong ya, bagi Indah drive sendiri pergi rumah abang?” pinta Indah kepada suaminya.

“Yalah..abang izinkan tapi Indah kena janji, sampai je rumah tu, Indah call abang” pesan Tajul Razin yang sebenarnya agak keberatan untuk membenarkan isterinya memandu sendiri. Akan tetapi, dia tidak tega menghalang niat Indah andai itu mampu menyenangkan hatinya.

“Oraite Boss” balas Indah tersenyum. Sungguh dirinya bertuah kerana mempunyai seorang suami yang memahami keadaan dirinya.

Sedang Tajul Razin dan Indah rancak berbual di dapur, ada sepasang mata yang melihat mereka dari jauh. Siapa lagi kalau bukan Tajul Fahin. Walaupun cintanya pada Indah masih bersisa, namun dia gembira kerana akhirnya Indah menerima abangnya sebagai suami. Dia berdoa agar pasangan merpati dua sejoli kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
------------------------------------------------------------

Indah sampai di hadapan rumah milik suaminya. Indah kemudiannya menelefon Tajul Razin bagi memaklumkan yang dia telah sampai di rumah tersebut. Di talian, kedengaran Tajul Razin seakan-akan lega kerana Indah telah sampai ke rumahnya.

‘Apalah Abang Zen ni, risau tak bertempat. Indah bukannya pergi oversea pun. Indah pergi rumah abang je’ rungut hati Indah selepas menamatkan panggilan dengan suaminya.

 Indah duduk di ruang tamu sambil membelek album gambar pernikahannya yang terletak di atas meja. Dia tersenyum sendiri. Sungguh suami memang seorang lelaki yang memiliki aura yang tersendiri. Mungkin disebabkan inilah dia pernah tangkap cintan dengan suaminya. Sedang dia membelek gambar-gambar tersebut, dengan tiba-tiba sahaja kepala Indah berdenyut-denyut. Fikirannya seakan-akan diserbu kenangan yang asing baginya. Album yang berada pangkuan Indah juga jatuh. Ya Allah, sakitnya kepala aku. Indah memegang kepalanya yang sakit dan kerana tidak tahan dengan kesakitan yang dialaminya, 

Indah melangkah ke bilik tidur utama di rumah tersebut. Dia ingin merehatkan kepalanya yang berasa sakit yang teramat. Indah baring di katil yang kemas tersusun. Bau haruman di dalam bilik tersebut melegakan kesakitan yang dialaminya. Tiba-tiba, hati Indah tergerak untuk membuka almari di dalam bilik tersebut.

“Ada apa yea dalam almari tu? Mungkin ada kot barang yang aku cari selama ini”

Sebenarnya sepanjang Indah sedar selepas koma, dia tercari-cari satu barang yang seakan-akan penting buat dirinya. Ada juga Indah cuba mencari di rumah ibu mertuanya, namun tidak menjumpainya. Hendak ditanya kepada Mama atau Abang Zen, dia tidak mahu kerana dia sendiri tidak mampu untuk menjelaskan apa barang tersebut. Akan tetapi, untuk kali ini, dia seakan-akan terpanggil untuk mencarinya di dalam almari bilik tidur tersebut.

Indah terpandang sehelai jaket yang tergantung di dalam almari yang dibukanya. ‘Rupa-rupanya dekat sini barang yang aku cari selama ni’. Indah mengambil jaket tersebut lalu memeluknya. Dia tersenyum. Ada haruman Tajul Razin yang masih terlekat di jaket tersebut. Entah mengapa, sakit di kepala Indah kembali semula dan dia akhirnya rebah bersama jaket di pangkuannya.
---------------------------------------------------

Pintu rumahnya yang dikunci dari dalam berjaya dibuka oleh Tajul Razin. Kerisauannya bukan kepalang apabila dia gagal menghubungi isterinya. Dah beribu-ribu mesej dihantarnya, tetapi satu pun tidak berbalas. Lantas dia mengambil keputusan untuk ke sini untuk menemui Indah. ‘Minta-mintalah tak ada apa-apa yang jadi’ bisik hati kecil Tajul Razin.

Tajul Razin mencari isterinya di seluruh pelusuk rumahnya namun tidak menjumpainya. Lalu, dia ke bilik tidur utamanya. Alangkah terkejutnya dia melihat Indah terbaring kaku bersama jaketnya.

Tajul Razin memangku isterinya ke katil “Indah!! Bangun sayang. Kenapa pengsan ni?”

Mata Indah yang redup akhirnya terbuka. Dia memandang ke arah sekeliling sebelum anak matanya bertembung dengan suaminya. Lama mereka berdua berkeadaan sedemikian sebelum Indah akhirnya memeluk suaminya yang sangat dirindui.

Indah menangis teresak-esak di dalam pelukan suaminya. “Abang, Indah minta maaf, Abang. Selama ini, Indah salah faham dengan Abang. Indah sepatutnya bagi Abang peluang untuk terangkan segala-galanya dan bukannya menuduh Abang macam tu je”  

“Indah…kenapa ni sayang? Sayang okay ke?” tanya Tajul Razin kehairanan dengan pengakuan Indah.

“Abang…sebenarnya Indah dah boleh ingat semua. Tentang kita dan semuanya. Indah pun dah ingat apa yang dah jadi selama ini dan Indah tahu selama ini abang terpaksa kan lepaskan Indah demi Fahin? Maafkan Indah abang” terang Indah sambil menangis semahu-mahunya. Dia begitu menyesal dengan perbuatannya yang menuduh suami yang bukan-bukan.

Tajul Razin terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh isterinya. Dengan spontan, air matanya mengalir tanda kesyukuran kepada-Nya. Lalu Tajul Razin memeluk erat isterinya. “Alhamdulillah, syukur abang kalau Indah dah ingat semula. Indah tak perlu minta maaf sayang. Abang dah lama maafkan sayang. Lagipun, sayang tak salah apa-apa. Abang dah lama lupakan”

Indah berhenti menangis dan memandang suaminya. Mereka berdua saling tersenyum. “Abang, Indah nak ucapkan terima kasih sangat-sangat dekat abang”

“Kenapa pulak sayang nak ucap terima kasih dekat abang? Sepatutnya abang yang berterima kasih pada sayang sebab sayang dah ingat siapa abang” tanya Tajul Razin kehairanan.

“Sebab abang bagi Indah simpan jaket ini. Kalau tak disebabkan jaket ni, Indah sampai sekarang tak ingat siapa Indah selama ini. Lagipun masa Indah dekat rumah mama, Indah selalu cari satu barang ni, tapi Indah tak tahu apa dia. Sampailah Indah datang sini, barulah Indah jumpa jaket ni” terang Indah.

“Jadi, jaket inilah yang Indah cari selama ini?” soal Tajul Razin ingin tahu.

“Ya…. Indah berterima kasih sangat-sangat dengan jaket ni. Sebab jaket ini jugak, Indah dapat balik memori Indah dan Indah janji dengan abang yang Indah takkan tinggalkan abang. Hanya maut yang boleh pisahkan kita” kata Indah sambil memandang kea rah suaminya dalam-dalam.

“Sayang, sayang tak perlu janji apa-apa dengan abang. Cukuplah sayang ada di sisi abang untuk abang terus kotakan janji-janji abang pada sayang. Abang janji abang akan jadi seorang suami dan ayah yang baik buat Indah dan anak-anak kita” kata Tajul Razin romantis. Indah dan Tajul Razin saling tersenyum. Mereka menghayati momen bahagia yang tidak dapat dilupakan buat selama-lamanya.

Bagi Tajul Razin, penantiannya selama ini berbaloi kerana dia berjaya mendapatkan kebahagiaannya semula. Tidak akan disia-siakan peluang yan diberikan oleh Allah untuk hamba-hambaNya untuk saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. Begitu juga dengan Indah Harlina yang sudak mengingati semula siapa dirinya. Dia kini tidak lagi ingin menangis malah bertekad untuk bahagia bersama suaminya , Tajul Razin yang dicintainya sepenuh jiwa dan raga.
--------------------------------------

 Tiga bulan berlalu, Indah Harlina dan Tajul Razin hidup bahagia sama seperti pasangan suami isteri yang lain. Dalam tempoh tersebut juga, bermacam-macam peristiwa berlaku. Majlis persandingan kedua-dua pasangan telah diadakan dengan tema berona biru yang juga warna cinta mereka. Kedua-duanya baik Indah mahupun Tajul Razin tampak segak dan anggun. Dengan majlis ini, bermakna angan-angan Indah bukan hanya mimpi semata-mata. Hasma, rakan baik Indah pula, tidak lagi berkelakuan dan berpakaian  seperti lelaki. Ini kerana dia telah sah bergelar tunangan orang. Tunangannya siapa lagi kalau bukan Safuan. Siapa sangka daripada sebuah pergaduhan yang tiada henti akhirnya bertukar kepada bibit-bbibit percintaan antara Hasma dan Safuan. Indah dan Tajul Razin tumpang gembira dan senang dengan pertunangan Hasma dan Safuan.

Tidak hanya berita gembira diterima oleh Indah dan Tajul Razin, berita yang kurang senang atau buruk juga turut diterima oleh mereka berdua. Yazid, kekasih gelap kepada Wati, kakak tiri Indah kini terpaksa meringkuk di dalam penjara setelah ditangkap dan didapati bersalah mengakibatkan kecederaan kepada Indah. Sehingga ke hari ini, Indah masih lagi trauma apabila melihat wajah lelaki tersebut. Mujur suaminya sentiasa berada di sampingnya memberikan kekuatan untuknya berhadapan dengan segala peristiwa hitam di dalam hidupnya. Tidak pernah sekali pun Tajul Razin hilang dari sisinya tiap kali Indah berada dalam kesusahan. ‘Terima kasih, Abang. Indah takkan lupa cinta dan kasih sayang abang sampai bila-bila’

“Indah, jom….lunch” pelawa Tajul Razin setelah masuk ke pejabat Indah yang dahulunya milik mamanya. Indah kini telah bergelar CEO kepada syarikat milik mamanya iaitu SAIN. Pengumuman ini dibuat sewaktu majlis ulang tahun syarikat terbabit pada bulan lepas.

“Kejap lagi ya abang, ada lagi sikit kerja nak settle ni” balas Indah yang masih fokus menyemak akaun milik syarikat mamanya, SAIN.

“Sayang, pagi tadi kan sayang tak sarapan. Ni takkan lunch pun nak skip. Lagipun abang tengok muka sayang pucat sangat. Kita lunch okay” pujuk Tajul Razin kerisauan.

Indah memberhentikan kerjanya dan menutup fail akaun yang dibeleknya tadi. Lalu dia memandang suaminya yang sudah mula berubah wajah. Dia tahu suaminya tidak suka dirinya terlalu sibuk sehingga lupa akan keadaan diri sendiri. “Okay..baiklah boss. Jom”

Pasangan suami isteri ini akhirnya berjalan bergandingan menuju ke kereta. Tiba-tiba Indah merasa sakit di bahagian perutnya dan dia akhirnya rebah. Tajul Razin yang melihat keadaan isterinya yang rebah secara tiba-tiba terkejut namun sempat menyambutnya dari jatuh.

“Indah kenapa ni?!” Tajul Razin cuba memanggil Indah. Akan tetapi Indah sudah tidak sedarkan diri. namun, matanya tertangkap darah yang mengalir di kaki isterinya. ‘Ya Allah,darah!’. Tanpa berlengah, Tajul Razin dengan segera membawa isterinya ke hospital.
---------------------------------------------

Di hospital, doktor mengesahkan yang Indah keguguran. Tajul Razin dan adiknya, Tajul Fahin yang tiba awal di situ terkejut. ‘Indah mengandung, macam mana aku boleh tak tahu?’ soal Tajul Razin dalam hatinya. Doktor juga mengesahkan yang Indah mengalami stress yang menjadi punca utama dia keguguran.

“Tetapi encik jangan bimbang. Walaupun Isteri encik keguguran, dia masih lagi boleh mengandung selepas ini” kata doktor tersebut sebelum beredar.

“Bro, you tak tahu ke yang Indah dah pregnant?” tanya Tajul Fahin sekadar ingin tahu.

“Serious Fahin, I tak tahu” jawab Tajul Razin yang masih cuba untuk menerima kenyataan yang isterinya keguguran.

Tajul Fahin cuba menenangkan abangnya.“It’s okay, bro. You banyakkan bersabar and buat masa ini, Indah need your support. You go and meet her. Pasal hal lain semua, let me handle okay”

Tajul Razin tiba di wad yang menempatkan Indah. Kebetulan Indah baru sahaja sedar dan turut mengetahui tentang keadaan dirinya. Air mata Indah mula mengalir di tubir matanya.

“Abang, I’m so sorry. Kalau Indah tahu yang Indah mengandung, mesti tak jadi macam ni” luah Indah yang serba salah dengan suaminya.

“Hei jangan menangis macam ni. Bukan salah Indah seorang. Salah abang jugak. Abang pun tak perhatin dengan keadaan isteri abang yang seorang ni. Jangan salahkan diri yea” pujuk Tajul Razin lembut. Sedih hatinya melihat isterinya menangis menyalahkan dirinya.

Tangisan Indah mulai reda dek pujukan suaminya. “Tapi abang, kalau Indah tak pegang nasihat mama yang suruh Indah hati-hati tentu tak jadi macam ni” luahnya kesal.

Beberapa hari lepas, Dato Safiya ada mengingatkannya agar berhati-hati, namun tidak dihiraukan oleh Indah kerana sudah menjadi kebiasaan ibu mertuanya mengingatkan hal-hal yang bagi sudah biasa kedengaran.

“Mama ada ingatkan sayang ke?” tanya Tajul Razin ingin tahu.

“A’a, dia siap suruh abang bawa Indah pergi klinik lagi. Tapi Indah asyik busy sampai lupa pesan mama. Mesti mama marahkan Indah bila dia datang nanti” luah Indah bersama tangisannya semula.

“Indah, janganlah menangis balik macam ni. Mama takkan salahkan Indah. Lagipun, mungkin bukan rezeki kita nak timang anak buat masa ni’ pujuk Tajul Razin semula.

Namun kali ini, tangisan Indah tidak mahu reda. Sebaliknya dia menangis lebih teruk lagi di sisi suaminya. Akan tetapi, dibiarkan sahaja oleh Tajul Razin. Mungkin dengan cara ini, isterinya akan bertambah kuat untuk menghadapi cubaan dari-Nya. Dan akhirnya, Indah terlena setelah puas menangis sehingga dia tidak tahu Dato Safiya ada melawatnya.

Dato Safiya mengucup ubun-ubun menantunya lalu membisikkan kata-kata yang sayup-sayup kedengaran di telinga Tajul Razin.

“Indah, mama sayang Indah sangat-sangat dan mama tak salahkan Indah atas apa yang terjadi”.

Hati Tajul Razin tersentuh. Sungguh besar kasih sayang mamanya pada Indah. ‘Sayang, mama tak salahkan sayang tau. So, have a rest sweetheart. I’ll always love you until jannah’
--------------------------------------

Dua tahun berlalu, hari berganti hari, Indah dan Tajul Razin masih sibuk dengan kerjaya masing-masing. Walaupun begitu, mereka sentiasa menghabiskan waktu bersama di hujung minggu. Namun, baik Indah mahupun Tajul Razin masing-masing masih mengharapkan kehadiran cahaya mata yang mampu menyinari hidup mereka suami isteri. Begitu juga Dato Safiya dan sahabat baiknya, Katrina yang menginginkan hal yang sama. Hati Dato Safiya cemburu namun gembira apabila melihat Safuan yang telah berkahwin dengan Hasma tahun lalu telah menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Syukri.

“Harap-harap, tak lama lagi Indah pun akan jadi mummy macam Hasma. Betul tak Zen?” usik Dato Safiya tatkala Indah menggendong Syukri yang comel sewaktu melawat Hasma di hospital tempoh hari.
Indah tersenyum malu dengan usikan ibu mertuanya. Tajul Razin pula sekadar mengiyakan usikan mamanya.

Dan ternyata apa yang diluahkan Dato Safiya benar-benar terjadi apabila Indah disahkan hamil tujuh minggu. Gembira sungguh Tajul Razin tatkala menerima berita tersebut.

“Patut la lately ni Indah asyik moody je. Abang nak bergurau sikit pun tak boleh. Rupa-rupanya dah ada geng dah” kata Tajul Razin selepas dia dan Indah keluar dari bilik doktor.

“Indah pun tak sangka abang yang Indah dah pregnant. Alhamdulillah, Indah bersyukur sangat. Akhirnya doa kita, mama dan semua termakbul” balas Indah dengan tangisan kesyukuran.

“Abang pun bersyukur sangat-sangat sayang. Tak lama lagi kita akan jadi daddy dan mummy dan lepas ni, abang nak sayang jaga diri baik-baik. Tak nak dah buat kerja berat-berat. Nak-nak kerja kat office tu. Semua tu biar Abang dengan adik-adik abang yang handle” arah Tajul Razin.

“Abang, Indah kan baru pregnant dua bulan. Biarlah kerja-kerja tu semua Indah buat. Nanti bila Indah dah sarat, barulah Indah rehat” balas Indah.

Tajul Razin merenung tajam ke arah isterinya. “Sayang, kali ini sayang kena dengar cakap abang. No more excuse. Abang nak sayang rehat. Tak mahu dah fikir-fikir soal pejabat tu semua”

Kecut perut Indah mendengar apa yang dikatakan suaminya. Dia faham benar akan pendirian dan perngai suaminya yang tegas . Lagipun, apa yang dikatakan oleh suaminya adalah untuk kebaikannya juga. Akhirnya Indah mengalah.

“Okay, Indah dengar cakap abang. Tapi tak mahulah buat muka serius sangat. Takut Indah” kata Indah seakan-akan merajuk.

“Serius sangat ke muka abang? Sorry la, tak sengaja. Abang bukan apa, abang buat semua ini sebab abang sayangkan sayang dengan baby kita ni” pujuk Tajul Razin.

Indah tersenyum. Suaminya memang pandai memujuk. “Indah tahu abang sayangkan Indah sebab tulah 
Indah pun sayang sangat-sangat dengan abang. Tiada lelaki lain tau yang mampu jadi suami Indah selain abang seorang je”

Tajul Razin tersenyum mendengar kata-kata yang diungkapkan oleh Indah. “Sayang pun sama. Tak ada wanita lain yang mampu gantikan sayang sebagai isteri abang. Dahlah tu, jom kita balik rumah. Abang dah tak sabar nak bagitahu mamaa dengan mak siti pasal baby kita”

Tajul Razin dan Indah bergerak meninggalkan perkarangan klinik untuk ke rumah Dato Safiya. Sambil mengusap perutnya hati Indah berbisik. ‘Ya Allah, Aku memanjatkan kesyukuran atas nikmat dan anugerah yang Kau berikan. Aku berjanji akan menjaga amanah-Mu sebaik-baiknya. Buat anak mama, mama janji mama akan jaga sayang sebaiknya demi papa, nenek dan semua yang sayangkan anak mama. Nanti, bila anak mama dah lahir, mama harap anak mama boleh menjadi penyeri buat keluarga kita. Amin.’

Di dalam kereta yang dipandu oleh suaminya, Indah terkenangkan semula perjalanan hidupnya yang penuh onak duri dan derita. Namun dia bersyukur kerana akhirnya dia mampu mengecapi kebahagiaan bersama suami yang tercinta, Tajul Razin. Indah nekad akan terus melayari bahtera perkahwinannya dengan bahagia hingga ke akhir hayatnya.
---TAMAT---


p/s: sekian dari patik untuk readers semua. Salah dan silap typo bagai ke apa ke, harap2 maafkanlah yea. For the next post pasal KTAR ni mungkin tak disambung lagi atau akan disambung pada tahun depan (ada hal sikit...idea pun dah kurang)
So, after this, maybe akan ada novel dari air tangan patik sendiri. sudi2 lah mengunjungi blog ini apabila ada entri baru @ story baru. Peace...tata and Salam to all readers
Bab 6


Tajul Fahin berjalan-jalan di persisiran pantai di Pulau Pinang. Dia ke sini selepas kembali dari mengerjakan ibadah umrah di tanah suci Mekah. Hatinya kini lebih tenang walaupun perasaan cintanya pada Indah yang kini mungkin sedang bahagia bersama abangnya masih menebal. Abangnya memang layak bergandingan dengan Indah berbanding dia. Tiba-tiba telefon di dalam poketnya berdering minta diangkat. Nama adiknya, Tajul Zahin tertera di skrin telefonnya.

“Hello bro, you ada kat mana? Dah banyak hari I call you” soal Tajul Zahin yang lagaknya seperti seorang inspektor polis menyoal penjenayah.

“I ada dekat Penang ni. Sampai je kat airport, I terus ke sini. Dalam dua tiga hari nanti, I balik la KL. Ada apa hal urgent you call I berkali-kali Zaf” jawab Tajul Fahin kehairanan dengan adiknya yang tiba-tiba mencarinya.

“Fahin, masa you hilang, you tahu tak? Indah dah hilang dua minggu after she got married with Bro Razin ” beritahu Tajul Zahin tenang.

Tajul Fahin terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh adiknya. “What?! Macam mana pulak dia boleh hilang? Dah try cari kat mana-mana tempat dia selalu pergi?”

“Dah. Most of her favorite places kitaorang dah pergi but she’s not there. Even Abang Zen dah hire investigator but still tak jumpa apa-apa pun” jawab Tajul Zahin dengan nada kecewa. Dia kasihan melihat abangnya Tajul Razin yang seperti orang gila mencari kakak iparnya yang hilang.

“Maybe ada tempat yang Indah suka pergi tapi kita je yang tak tahu” duga Tajul Fahin.

“I think so but now Abang Zen, Safuan and Hasma dah bertolak ke Penang. Abang Zen kata hati dia berat cakap Indah ada dekat sana”balas Tajul Zahin.

Sedang Tajul Fahin berbual dengan adiknya di talian, matanya tiba-tiba terpandang wajah seorang wanita yang saling tidak tumpah seperti Indah sedang duduk menikmati pemandangan tepi pantai. Setelah diamatinya betul-betul, ternyata jangkaan Tajul Fahin adalah benar. Indah berada di hadapan matanya. Dia tidak menyangka akan berjumpanya di sini.

“Hello bro, are you still there?”tanya Tajul Zahin apabila abangnya diam di talian.

“Zaf, I think you better tell Zen to come here quickly. Indah memang ada dekat sini. Depan mata abang”kata Tajul Fahin.

“Seriously!....Wow…tak sangka instinct Abang Zen betul. I’ll call him now but, no matter what, please bro jangan biar Indah lari until Abang Zen sampai sana.”Tajul Zahin gembira mendengar berita tersebut. Dia juga bersyukur kerana tidak lama lagi abangnya bakal bertemu semula dengan Indah yang dirinduinya.

“Oraite bro. I’ll try.”kata Tajul Fahin sebelum menamatkan perbualannya dengan adiknya.
-------------------------------------------------

“Indah?” tegur seorang lelaki kepada Indah.

Indah yang sedang leka menenangkan fikirannya sambil melihat pemandangan di depan matanya terkejut apabila namanya dipanggil oleh seorang lelaki yang suaranya seperti biasa didengar. Lantas, dia berpaling. Alangkah terkejut Indah apabila lelaki yang memanggil namanya adalah Tajul Fahin. Macam mana pulak dia boleh ada dekat sini?

Indah kaget. “Eh! Abang Fahin, abang buat apa dekat sini?”tanya Indah sekadar menyembunyikan rasa tidak selesanya. Seboleh-bolehnya dia ingin lari dari sesiapa yang bernama ‘Tajul’ buat masa ini.

“Eh apasal panggil abang pulak. Panggil Fahin je. Kita kan dah jadi satu keluarga. Saya datang sini sebab nak makan angin lepas balik dari umrah dua minggu lepas”jawab Tajul Fahin tenang.

 “Fahin kata tadi baru balik dari umrah kan? Macam mana dekat Mekah? Okey?” tanya Indah yang teruja melihat perubahan adik iparnya yang kini lebih tenang air mukanya berbanding dulu.

“Alhamdulillah okey. Saya tenang sangat bila pergi sana. Akhirnya saya temui apa yang saya cari selama ini.” Sungguh hatinya tenang saat melihat Kaabah sewaktu di Mekah. Segala kekusutan yang melandanya seakan lenyap seketika.

 Tajul Fahin tersenyum memandang Indah. Indah masih lagi kelihatan cantik di matanya cuma dia kelihatan kurus berbanding dahulu. Mungkin kerana apa yang telah berlaku di antaranya dan abangnya yang terpaksa berpisah kerananya. Tajul Fahin berasa berdosa apabila mengenangkan semula perbuatannya dahulu.

“Indah, kenapa Indah tinggalkan Abang Zen? Bukan ke Abang Zen lelaki yang Indah cintai?” soal Tajul Fahin memulakan topik perbualan yang amat berat buat dirinya dan Indah.

“Saya keliru. Sekejap saya berpisah dengan abang awak, sekejap saya ni kena kahwin dengan awak. Lepas tu, dengan tiba-tiba, saya kahwin dengan Abang Zen. Awak pulak, hilang, siap tinggalkan nota lagi Kalau awak di tempat saya pun, awak mesti confuse kan?”luah Indah.

“Indah, Maafkan saya atas apa yang berlaku dalam hidup Indah selama ini. Semua yang terjadi selama ini disebabkan tindakan bodoh saya. Saya terlalu mementingkan diri. Saya tak sepatutnya merebut cinta Indah dari Abang Zen. Dan kalau Indah nak tahu, sebenarnya Abang Zen putus dengan Indah pun disebabkan saya.” jelas Tajul Fahin kesal.

“Apa?! Jadi selama ini awaklah penyebab apa yang jadi semua ini?” Indah terkejut dengan pengakuan Tajul Fahin. Ya Allah, apa aku dah buat ni?

“Yes Indah. Sayalah punca apa yang jadi dalam hidup awak? Saya terlalu sayangkan Indah sehingga saya sanggup suruh Abang Zen lepaskan Indah. Saya pernah cuba lupakan Indah sebab saya tahu Indah sayangkan Abang Zen. Macam-macam cara saya dah buat untuk lupakan Indah. Tapi saya tak mampu. Dan disebabkan Abang Zen tak tahan tengok adik dia ni memderita lagi, dia sanggup berkorban demi lepaskan Indah untuk saya” terang Tajul Fahin. Dia harus menebus segala kesilapannya terutamanya dengan Indah dan dia ingin melihat Indah bahagia bersam dengan abangnya.

Indah terdiam. Dia tidak menyangka yang selama ini Tajul Razin sanggup berkorban sedemikian rupa demi adiknya. Dia pun dapat merasakan yang Tajul Razin tidak sanggup berpisah dengannya. Oh Abang Zen, Indah minta maaf sangat-sangat.

“Indah, selama ini saya tak sedar yang Abang Zen dah banyak berkorban demi saya dan keluarga. Masa arwah papa buat hal dulu, dialah yang menjadi penguat semangat mama dan selepas arwah papa meninggal, Mama pula selalu menangis disebabkan perangai saya yang suka mabuk-mabuk. Saya pernah beritahu Abang Zen, Indah sahaja orang yang mampu buat saya berubah dan dia sanggup lepaskan Indah untuk saya. Ya, memang saya dah berubah tapi hati saya tak tenang. Saya dah menyeksa dua jiwa yang memang saya tahu pada hakikatnya saling mencintai antara satu sama lain.” jelas Tajul Fahin.

“Kalau awak dah tahu kenapa awak teruskan juga?”tanya Indah ingin tahu.

“Saya ego. Saya ingat saya mampu bahagiakan Indah macam mana Abang Zen bahagiakan Indah. Saya silap Indah. Dan sekarang saya merayu sangat-sangat dengan Indah. Please Indah, tolong jangan tinggalkan Bro Razin lagi. Saya  merayu sangat-sangat bagi abang saya” rayu Tajul Fahin. Dia sanggup berbuat apa sahaja asalkan kakak iparnya kembali ke pangkuan abangnya.

“Fahin, awak tahu tak awak dah buat saya merana dan bencikan Abang Zen? Saya benci sangat-sangat dengan Abang Zen sampai saya sanggup tinggalkan Abang Zen walaupun dia dah jadi suami saya. Hati saya ni hancur sangat-sangat. Sampai saya rasa saya dah tak boleh nak hidup.” luah Indah. Dia sudah tidak mampu membendung perasaan yang dipendamnya selama ini. Disangkanya selama ini Tajul Razin memang sengaja meninggalkannya.    

 “Sekarang awak bagi tahu yang Abang Zen terpaksa buat macam ni. Terpaksa tinggalkan saya. Apa ni? Sekarang saya dah rasa menyesal sangat-sangat tinggalkan dia.” sambung Indah yang mula diselubungi rasa bersalah dan berdosa pada suaminya.

Tajul Fahin cuba menyakinkan Indah yang dirinya tidak bersalah. “Indah, saya tahu saya salah. Awak tak perlu rasa bersalah pada Abang Zen. Saya yang patut minta maaf dengan dia atas kesilapan saya.”

“Dah…saya tak nak dengar apa-apa lagi dari awak. Apa yang lepas tu, biarlah lepas. Saya pun dah maafkan awak. Dan sekarang saya nak balik KL cepat. Saya nak minta maaf dengan Abang Zen” kata Indah sebelum dia memulakan langkah untuk ke rumah Makcik Katrina.

Indah nekad di perlu pulang ke pangkuan suaminya. Dia merasa sangat berdosa kerana menuduh Tajul Razin yang juga merupakan insan dan suami yang dicintainya sepenuh hati.

 ‘Abang Zen, tunggu Indah ya. Indah nak balik, nak minta maaf dengan abang. Indah berdosa sangat dengan Abang sebab tuduh abang tanpa fikir perasaan abang. Kenapalah Indah ni bodoh sangat ikutkan perasaan?’ bisik hati kecil Indah yang berjalan laju mengalahkan lipas kudung.

Namun, Tajul Fahin tidak sempat memberitahu Indah yang Tajul Razin dalam perjalanan ke sini. Lalu, dia mengambil keputusan untuk mengekori Indah agar senang dia memberitahu abangnya bila sampai nanti..

Semasa Indah hendak melintas jalan untuk ke rumah Makcik Katrina, matanya terpandang seorang lelaki yang berada di seberang jalan. Lelaki yang mampu membuat tidur Indah tidak lena. Lelaki itu ialah suaminya, Tajul Razin. Ya Allah, betulkah lelaki itu suami aku? Mata Indah mula berlinangan air mata.

Sedang Indah dan Tajul Razin leka bertentangan mata walaupun dari jauh, tiba-tiba seorang lelaki yang memegang sebatang kayu datang menghampiri Indah dan memukul kepalanya. Dia ialah Yazid, lelaki yang menjadi pemuas nafsu kakak tirinya, Wati. Indah terkulai layu di hadapan mata Tajul Razin dan yang lain-lain. Tajul Fahin yang berada berdekatan dengan Indah juga tidak sempat berbuat apa-apa. Dia dengan segera menyambut Indah dari jatuh. Tajul Razin, Safuan dan Hasma yang baru sahaja menyeberangi jalan meluru ke arah Indah.

Dengan pantas Tajul Razin segera memangku Indah untuk di bawa ke hospital berdekatan sambil diekori oleh adiknya, Safuan dan Hasma. Indah, bertahan sayang, jangan tinggalkan abang.
---------------------------------------------------

Di hospital, Indah dibawa ke unit kecemasan. Tajul Razin, Tajul Fahin, Safuan dan Hasma menunggu di luar dengan penuh rasa bimbang. Sedang Indah dirawat di unit tersebut, telefon Indah yang berada di dalam simpanan Hasma berdering. Nama ‘Makcik Katrina’ tertera di skrin.

“Hello Indah, Indah kat mana? Makcik cari Indah dekat pantai tadi tak ada pun?” soal Makcik Katrina.

“Hello Makcik, saya Hasma, kawan Indah. Indah sekarang ada di hospital. Dia kena pukul tadi” beritahu Hasma sebak.

“Hah? Ya Allah, teruk ke?” soal Makcik Katrina panik.

“Teruk juga. Tapi sekarang doktor tengah merawat dia.”jawab Hasma yang mula menangis.

“Baiklah makcik datang hospital sekarang” kata Makcik Katrina sebelum menamatkan panggilan. Dia peru segera ke hospital untuk melihat Indah yang dianggapnya seperti anak kandungnya.

Setelah hampir 2 jam, doktor yang merawat Indah memberitahu yang darah beku di dalam otak Indah kesan dari pukulan di kepalanya telah berjaya dikeluarkan. Namun menurutnya lagi, Indah berkemungkinan besar koma. Berita tersebut mengejutkan semua yang berada di hospital terutamanya Makcik Katrina. Dia yang turut berada di situ pengsan selepas mendengar berita mengenai Indah. Tajul Razin pula terduduk diam mengenangkan nasib isterinya yang koma. ‘Ya Allah, sungguh besar cubaan-Mu buat aku dan Indah.'
---------------------------------------------------------

“Mama, bila Indah nak sedar mama? Zen tak sanggup nak tengok Indah macam ni. Zen tak kuat ma” rintih Tajul Razin pada mamanya.

“Zen…mama pun tak  tahu bila Indah akan sedar. Zen tak boleh macam ni. Zen kena kuat. Kalau Zen lemah, Indah pun akan lemah. Walaupun Indah terbaring macam ni, tapi dia boleh rasa apa yang kita rasa Zen.” pujuk Dato Safiya melihatkan anaknya yang hampir hilang semangat. Hatinya pilu mengenangkan nasib anak menantunya yang memderita entah sampai bila.

Dua bulan berlalu, Indah masih lagi koma. Terbaring kaku tanpa sesiap pun tahu sampai bila keadaan ini berlarutan. Kini, Indah telah ditempatkan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur setelah Tajul Razin mengambil keputusan untuk memindahkan isterinya bagi memudahkan dia menjaganya. Makcik Katrina juga turut dibawanya bersama memandangkan wanita tersebut beria-ria ingin menolongnya menjaga Indah kerana dia telah menganggap Indah seperti anaknya.

Ternyata Allah Maha Berkuasa. Siapa sangka rupa-rupanya Makcik Katrina yang Indah temui merupakan rakan kongsi mamanya sewaktu di awal pembabitannya di dalam dunia perniagaan.

“Kat?!” tegur Dato Safiya sewaktu terpandang wajah Katrina ketika dia melawat menantunya.
Katrina terkejut apabila melihat tuan punya suara yang memanggilnya. Dia ialah sahabat susah senangnya suatu ketika dahulu sebelum dia menghilangkan diri. “Fiya?!....Kau Safiya kan? macam mana kau boleh ada kat sini? Kau pun kenal Indah ke?”

“Indah ni menantu aku Kat. Fahin ada bagi tahu aku yang Indah duduk dengan seorang makcik nama dia Katrina. Tapi aku tak sangka pulak rupanya kau orangnya. Yelah, sepanjang kita kenal, aku tak tahu pun nama penuh kau” balas Dato Safiya.

“Tulah Fiya….kecil je kan dunia ni. Aku ingat lepas bertahun-tahun, aku tak dapat nak jumpa kau lagi. Tapi siapa sangka, Indahlah yang temukan kita semula”kata Katrina yang bersyukur kerana dapat berjumpa dengan sahabat baiknya.

“Tapi kan bagus kalau Indah boleh tengok semua ni. Indah..bangunlah. Mama datang ni. Mama dah jumpa balik dengan kawan baik mama, Kat yang mam cerita dulu dekat Indah. Mama happy sangat. Indah bangunlah” rayu Dato Safiya yang memegang tangan Indah yang sejuk beku. Katrina yang berada di sisi Dato Safiya cuba menenangkannya

Namun, Indah masih tidak memberikan apa-apa respon. Ini menyebabkan Tajul Razin bertambah sedih mengenangkan nasib isterinya yang terbaring kaku. Hatinya sering merintih dan berdoa agar Indah kembali sedar kerana sungguh dia tidak kuat tanpanya di sisi.
-------------------------------------------------------------------

Lima bulan kini telah berlalu sejak peristiwa tragis di dalam hidup Tajul Razin. Indah kini berada di rumah Dato Safiya setelah doktor membenarkannya dibawa pulang ke rumah walaupun masih koma. Dia juga dijaga oleh suaminya, Tajul Razin yang setia di sisinya setiap detik dan ketika. Katrina juga menolong Tajul Razin apabila diperlukan di samping menjadi teman.  

Tajul Razin juga tidak lagi sibuk menguruskan hal ehwal syarikat kecuali urusan-urusan penting dan sulit yang memerlukan dia menguruskannya sendiri. Dia kini lebih senang membiarkan adiknya, Tajul Fahin yang sudah meninggalkan dunia perkapalan sejak Indah koma. Bagi Tajul Fahin, dia iklhas ingin membantu abangnya menguruskan syarikat di samping menebus kesilapannya yang selama ini hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan kepentingan keluarga. Adik bongsu mereka, Tajul Zahin juga turut berganding bahu menguruskan syarikat tersebut walaupun masih sibuk dengan dunia seninya. Dia berkeras mahu menolong abang-abangnya selain mahu Tajul Razin tenang dan relaks sambil memberikan sepenuh perhatian kepada kakak iparnya yang masih terlantar koma.

Dengan perubahan kedua-dua adinknya, Tajul Razin merasa bersyukur kerana impian mamanya melihat keluarga bersatu tercapai. Amat benarlah telahan mama selama ini. Kehadiran Indah mampu menyatukan keluarganya yang telah lama terpisah. Akan tetapi dia akan lebih gembira jika Indah dapat melihat semua ini dan tidak lagi terlantar seperti sekarang.

“Indah….sudah-sudahlah sayang tidur yea. Sayang bangunlah. Abang rindu sangat-sangat dengan Indah” luah Tajul Razin suatu hari selepas selesai membacakan novel kegemaran Indah. Hari ini entah kenapa hatinya tergerak untuk berkata demikian. Mungkin kerana rindunya pada Indah yang sekian lama tidak menunjukkan tanda-tanda dia akan sedar dari tidurnya.

“Sayang, sayang nak tahu tak? Makcik Katrina yang Indah kenal masa di Penang dulu rupa-rupanya mak kandung Indah.” sambung Tajul Razin cuba menarik perhatian Indah kerana dia tahu Indah mendengar ceritanya walaupun dalam keadaan koma.

Sebelum ini, Tajul Razin menghubungi Encik Halim untuk memaklumkan mengenai keadaan Indah. Selepas mengetahui akan berita anaknya yang koma, Encik Halim masih tidak menghiraukan berita tersebut dan masih tidak datang menjenguk Indah. Namun pada minggu lepas, Encik Halim membuat kejutan datang ke rumahnya untuk melawat Indah, akan tetapi dia membatalkan niatnya kerana perasaan bersalah atas perbuatannya pada Indah selama ini.

“Abah ada datang rumah nak jenguk Indah. Tapi dia tak masuk, sebab dia serba salah dengan Indah. Abah sekarang dah insaf, sayang. Dia dah bercerai dengan mak tiri sayang bulan lepas sebab dia dapat tahu mak tiri sayang bomohkan dia selama ini. Masa dia nak balik lepas jumpa abang dengan mama, dia terserempak dengan Makcik Katrina. Dia terkejut sangat-sangat. Rupa-rupanya dialah mak Indah yang Indah ingat dah tak ada. Indah taknak bangun ke jumpa dengan mak Indah” Tajul Razin mula sebak mengenangkan Indah yang masih tidak memberikan apa-apa respon.

“Indah…sampai bila Indah nak seksa jiwa abang. Indah tak kesian ke dekat abang? Dulu Indah tinggalkan abang lepas kita kahwin. Sekarang takkan Indah nak tinggalkan abang seorang-seorang lalui hidup ini. Abang tak mampu sayang. Abang perlukan sayang sangat-sangat dan abang tahu sayang pun perlukan abang. Tolong lah sayang. Abang merayu sangat-sangat ni. Tolonglah bangun” rayu Tajul Razin mula menangis hiba. Sampai bilakah dia harus melihat isterinya terlantar kaku? Sungguh da rindu senyum dan tawa Indah yang dahulu.

“Zen! Kan mama dah pesan. Jangan menangis macam ni. Tak elok, kesian Indah .Zen kena kuat. Zen kena bagi Indah semangat supaya dia boleh bangun balik. Bukan meratap macam ni” tegur Dato Safiya apabila dia yang kebetulan ingin masuk menjenguk Indah bersama Katrina dan Encik Halim.

“Yealah Zen, janganlah menangis macam ni. Kesian Indah. Abah pun sedih juga. Tapi kita kena banyak berdoa semoga Indah cepat sedar dan sembuh” sampuk Encik Halim yang duduk di birai katil di sisi anaknya yang koma.

Kasihan dan serba salah menyelubungi hati Encik Halim saat melihat anaknya yang terlantar. Hampir-hampir juga dia membatalkan niatnya menjenguk Indah sekali lagi, namun dengan nasihat dan semangat yang diberikan oleh Katrina dan Dato Safiya, dikuatkan semangatnya untuk menjenguk Indah. Dia juga bercadang untuk membantu Tajul Razin menjaga Indah bersama-sama Katrina. Sesungguhnya kehadiran semula Katrina dalam hidupnya banyak memberikan dia semangat untuk berdepan dengan kesilapan yang telah dia lakukan.

“Zen dah tak kuat ma, abah, ibu. Zen dah tak sanggup nak tengok Indah macam ni. Dah lima bulan Indah koma. Kalau boleh, Zen rela gantikan tempat Indah dari lihat Indah macam. Zen nak Indah yang dulu, ma” luah Tajul Razin sambil memeganga tangan isterinya. Jika Tuhan mengizinkan dia untuk membuat pilihan, sungguh dia rela menggantikan tempat isterinya yang koma dari melihat Indah terlantar tanpa sebarang respon di hadapannya.

Tiba-tiba jari Indah yang berada di tangan Tajul Razin mula bergerak-gerak. Tajul Razin terkejut. Begitu juga dengan Dato Safiya, Encik Halim dan Katrina yang berada di dalam bilik itu. Lantas mereka terus memanggil nama Indah yang mula menunjukkan respon.

Indah membuka matanya. Dilihatnya ayah dan juga ibunya yang menatap wajahnya. Dia tersenyum.

“Abah…Ibu pun ada” kata Indah perlahan.

“Ya sayang. Kami ada di sini” balas Katrina sambil tersenyum.
Indah memalingkan wajahnya. Dia melihat Dato Safiya tersenyum ke arahnya. Indah membalas senyuman tersebut. Namun dia terkejut apabila dia melihat Tajul Razin yang memegang tangannya. Lantas, dia segera menarik tangannya dari genggaman lelaki tersebut.

“Eh apa pegang-pegang ni. Siapa awak?”soal Indah.

Mereka yang berada di dalam bilik tersebut terkejut dengan reaksi Indah terutamanya Tajul Razin. Tanda tanya segera bermain di fikirannya akan kelakuan isterinya yang baru sedar dari koma. Namun dia besyukur kerana akhirnya Tuhan memakbulkan doanya agar isterinya telah kembali walaupun berkelakuan sebegini.

“Indah, ni abang. Suami sayang” kata Tajul Razin terkejut.

“Suami?! Sejak bila pulak saya ada suami?” balas Indah kehairanan.

“Indah, ini Tajul Razin, suami Indah. Indah dengan dia dah kahwin lima bulan lepas” Dato Safiya cuba mengingatkan Indah tentang Tajul Razin.

‘Huh? Mamat muka ketat ni suami aku. Biar betul’ bisik hati Indah.

“Aunty, Indah tak percaya la Encik ni suami Indah. Indah tak kenal pun dia siapa” balas Indah yang mula memandang pelik ke arah Tajul Razin.

Mereka yang berada di dalam bilik sekali lagi terpinga-pinga dengan sikap Indah. Tajul Razin juga kehairanan. Kenapa Indah tidak mengenali suaminya yang sekian lama merinduinya? Lantas, Dato Safiya menyuruh Tajul Razin memanggil doktor untuk memeriksa keadaan menantunya.
-----------------------------------------

Doktor Ikmal yang merawat Indah mengesahkan yang dia mengalami amnesia di mana dia hilang daya ingatannya. Menurut Doktor Ikmal lagi, Indah hanya mengingati masa silamnya sewaktu mula-mula berada di rumah Dato Safiya. Indah juga hanya kenal Encik Halim, Katrina, Dato Safiya dan juga Tajul Zahin.

“Tapi kenapa dia tak ingat saya dan adik saya, Tajul Fahin, doktor?” soal Tajul Razin ingin tahu.

“Saya pun tidak pasti kenapa. Tapi adakalanya pesakit tidak mengingati seseorang itu mungkin disebabkan dia ada kaitan dengan kenangan yang manis atau pahit di dalam hidupnya” jawab Doktor Ikmal tenang.

Sungguh Tajul Razin sedih mendengarkan peneragan Doktor Ikmal sebentar tadi. Ini bermakna Indah tidak kenal akan dirinya dan juga Tajul Fahin kerana dirinya merupakan sebahagian kenangan indah dan buruk yang menyeksa jiwa dan perasaannya. Tajul Razin kecewa dengan perbuatannya melukai hati Indah dahulu walaupun dia tidak rela untuk melakukannya. Begitu juga Tajul Fahin. Dia bertambah kesal dengan sikapnya yang mementingkan diri hingga menyebabkan hati Indah yang baik terluka.

Kini, Tajul Razin harus berusaha keras agar ingatan Indah dapat pulih seperti sediakala. Dia akan mencuba sedaya upaya membawa Indah pergi ke tempat-tempat yang pernah dikunjungi oleh mereka berdua kerana menurut Doktor Ikmal, ingatan Indah akan kembali seperti dahulu jika dia pergi ke tempat-tempat teresebut. Dia tidak mahu Indah berterus-terusan tidak mengenali dirinya yang terlalu menyayanginya. Tajul Razin yakin dan percaya yang suatu saat dan ketika nanti, isterinya akan mengenali dirinya. 

Bersambung ke bab seterusnya J


Bab 5


“Hah!!!…termenung jauh nampak. Ingat siapa tu? Pakwe ke?”usik Tajul Razin menghentikan lamunan Indah yang memandang ke arah desiran ombak yang menghempas pantai.

“Hisy Abang Zen ni. Mana ada. Indah teringat dekat abah la.” balas Indah sambil mengurut dadanya.

“Yeke ingat abah? Tak percaya la abang. Ni mesti ingat buah hati ni” galak Tajul Razin mengusik Indah sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Abang ni tak percaya Indah ke? Lagipun kalau Indah ada buah hati pun, bukannya buah hati tu ingat kat kita pun” Indah pura-pura merajuk.

“Mana Indah tahu buah hati Indah tu tak ingat kat Indah? Jangan-jangan sekarang ni dia tengah berangan-angan pasal Indah” duga Tajul Razin.

“Abang tahu ke siapa buah hati Indah” balas Indah tidak mahu mengalah. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa pantasnya degupan jantung Indah kini. Sungguh dia yakin kini yang Tajul Razin juga merasakan perasaan yang sama dengannya.

“Adalah….”Tajul Razin tersenyum simpul.

“Indah, Indah tahu tak sebenarnya abang suka sangat dengan laut. Kalau boleh abang nak jugak kerja macam Fahin, dapat berlayar sana sini. Tapi abang tak dapat buat semua tu” sambung Tajul Razin.

“Kenapa abang tak dapat buat semua tu?”tanya Indah kehairanan.

“Sebab abang tak mahu hampakan impian mama dan arwah papa untuk sambung legasi TS Holding. Lagipun abang kan anak sulung, dah menjadi tanggungjawab abang untuk mewarisi perniagaan mama dan arwah papa” balas Tajul Razin tenang sambil memandang keindahan pantai ciptaan-Nya.

“Kesian abang terpaksa lupakan minat abang demi keluarga. Tapi TS Holding berjaya disebabkan ada abang, boss yang garang lagi tegas ni”usik Indah.

“Ooo…perli abang yea. Memang la abang kena garang dan tegas. Kalau tak, semua pekerja tak proaktif. Lagipun kalau abang kerja macam Fahin tu, tak adalah abang dapat jumpa dengan adik abang yang seorang ni”Tajul Razin tersenyum.

Berbunga hati Indah bila Tajul Razin berkata demikian. “Siapa adik abang? Takkan Indah kot” sengaja Indah menduga demi menyembunyikan rasa gembira di hatinya. Kalau ikutkan hati, mahunya Indah menjerit dan terlompat-lompat, tapi takut pulak Tajul Razin yang dapat malu.

“Yealah siapa lagi. Indah lah. Indah kan anak angkat mama. So, automatically Indah pun jadi adik abang. Betul tak?”balas Tajul Razin.

“Yup, you’re right.” Kata Indah.

“Amboi, semenjak jadi PA mama ni. Dah pandai speaking ek”usik Tajul Razin.

“Mestilah. Kata anak angkat Dato Safiya. Tapi abang, Indah teringatkan abah la kat kampung. Kenapa abah sanggup buang Indah? Nak tampar Indah. Indah tak fahamlah”soal Indah kehairanan.

“Indah, mungkin betul cakap Indah dulu. Ayah Indah berubah sebab makcik dan kakak tiri Indah. Indah berdoalah yea semoga ayah Indah sedar akan kesilapan dia. Lagipun Indah jangan risau, selagi abang dengan keluarga abang ada, Indah takkan sunyi. Abang pun dah taubat taknak dah halau Indah lagi.” Tajul Razin mengangkat kedua belah tangannya tanda berjanji.

“Terima kasih abang. Indah hargai sangat” balas Indah.

Kedua-dua merpati ini duduk menghayati pemandangan pantai yang cantik. Baik Indah mahupun Tajul Razin, kedua-duanya mengkagumi kebesaran dan ciptaan-Nya. Namun pemandangan itu hanyalah tinggal memori manis dalam hidup Indah Harlina.

Indah menangis mengenangkan memori yang tercipta di pantai tersebut. Dia memandang sayu pantai di hadapannya. Indah yang hilang entah kemana rupa-rupanya membawa dirinya jauh ke Pulau Pinang demi mencari ketenangan. Di situ jugalah tersimpannya memori yang menjadi penguat semangat buat Indah.

Semalam, Indah keluar dari rumah secara senyap-senyap tanpa disedari oleh suaminya yang lena di sofa di ruang tamu. Rasa kasihan menjalar di segelinap hatinya namun, hatinya yang masih sakit perlu diubati dengan pergi jauh darinya. Sedang Indah menikmati pemandangan pesisiran pantai, dirinya disapa oleh seorang wanita berusia.

“Assalamualaikum nak. Dari tadi makcik tengok anak ni sorang-sorang je. Lepas tu termenung dan menangis. Anak okey ke?” tanya wanita tua itu.

Indah tersenyum sebelum berkata, “Waalaikumsalam, saya okey makcik, cuma mata ni masuk habuk tadi”

“Yeke? Tadi makcik tengok anak menangis sungguh-sungguh tadi. Betul ke anak okey ni?”tanya wanita itu tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Indah.

Indah termalu sendiri, sungguh dirinya tidak pandai menipu. “Yea makcik, saya okay. Terima kasih makcik sebab makcik ambil berat pasal saya. Boleh saya tahu nama makcik?”soal Indah menukar topik.

“Oo…nama makcik Katrina. Anak?”jawab Katrina sambil tersenyum.

“Oo…nama saya Indah. Makcik datang sini nak bercuti ke?”soal Indah

“Eh tak lah Indah. Makcik tinggal tak jauh dari sini. Datang ke pantai ni pun sebab nak ambil angin.”jawab Katrina sambil tersenyum. Wajah anak gadis di hadapannya dipandang tenang. Sungguh Katrina teringat akan anaknya yang entah apa nasibnya.

Pertemuan di antara Indah dan Katrina berakhir dengan Katrina menjemput Indah ke rumahnya. Dia juga mempelawa Indah tinggal bersamanya kerana Katrina tinggal bersendirian di rumahnya. Indah juga tidak kisah kerana sekurang-kurangnya ia mampu menghiburkan hatinya dan melupakan masalah yang melanda dirinya kini. Dia juga selesa di samping Makcik Katrina yang baru dikenalinya. Sungguh pertemuan ini amatlah istimewa buat dua insan ini baik Indah mahupun Katrina. 

Akan tetapi, adakalanya Indah rindu akan Dato Safiya. ‘Apa agaknya khabar Mama? Ya Allah, lindungilah ibu mertuaku walau dalam apa jua keadaan’ Doa Indah tiap kali dalam solatnya. Sungguh dia masih memerlukan masa untuk mengubati hati dan berhadapan dengan masalahnya.
---------------------------------------------------------------------------------------

Genap dua minggu, Indah Harlina hilang tanpa khabar berita. Genap dua minggu jugalah, hidup Tajul Razin seakan sunyi  dan kelam. Makan, minum, tidur dan dirinya tidak terurus serba serbi walaupun dipaksa oleh mamanya dan Mak Siti. Kerja-kerja di pejabatnya juga langsung tidak mampu mengubati rasa gundah di hatinya. Sering kali Safuan menjadi mangsa melepaskan tekanan yang Tajul Razin alaminya. Nasibnya baik kerana Safuan memahami akan keadaan dirinya. Ditinggalkan oleh yang tersayang tanpa khabar berita. 

Kini, Tajul Zahin mengambil alih sebahagian tugasnya memandangkan abangnya masih kusut memikirkan kehilangan kakak iparnya dan Tajul Fahin pula masih belum pulang sejak hari pernikahannya yang tidak menjadi itu. Rasa kasihan menyelubungi Tajul Zahin sementelah abang baru sahaja ingin mengecap kebahagiaan setelah menderita akibat pengorbanannya melepaskan insan yang dia cintai sepenuh hati. 
Hidupnya dirasakan seperti tiada makna. Sehari kehilangan Indah dirasakan ibarat seribu tahun oleh Tajul Razin. dan kalau tidak dikuatkan iman, mahunya dia membunuh diri. Pelbagai cara telah dilakukan oleh Tajul Razin demi mencari isterinya, namun gagal. Malah, dia turut menggunakan khidmat penyiasat persendirian yang akhirnya menemui jalan yang buntu.

“Boss….kejap lagi ada meeting dengan semua department.” Safuan masuk sambil tenang meingatkan 
‘boss’nya akan rencananya hari ini.

“Awak cancelkan meeting tu. Tak pun suruh Zahin attend” arah Tajul Razin.

“Tapi boss, Encik Zahin attend meeting dekat Rawang and boss dah banyak kali cancel meeting ni.” Safuan tenang lagi walaupun dalam hati dia berdoa agar ‘boss’nya tidak marah-marah seperti selalu.

“Awak ni tak faham arahan saya ke?! Saya kata cancel, cancelkan je la!”tempik Tajul Razin. Nasib baik jeritan tersebut tidak kedengaran di luar kerana pintu biliknya ditutup. Kalau tidak, kemungkinan ada pekerja yang mati terkejut mendengar jeritan Tajul Razin.

“Baiklah, boss. Saya cancel meeting tu. Saya minta diri dulu” Safuan berlalu keluar. Namun ditahan oleh Tajul Razin.

“Safuan, I’m so sorry. Saya sebenarnya tengah buntu. Isteri saya dah hilang dua minggu. Entah apa jadi dekat dia, hanya Allah je yang tahu. Saya harap awak faham keadaan saya”rayu  Tajul Razin yang menyesal melempiaskan tekanan yang dihadapi kepada PAnya.

“It’s okay boss. Boss rehat okey. Pasal meeting tu, pandai-pandailah saya arrange nanti” Safuan menenangkan Tajul Razin. Dia tahu hati budi ‘boss’nya. Walaupun kelihatan garang seperti singa kelaparan dan cerewet, namun dia sangat menjaga kebajikan pekerja-pekerjanya terutama dirinya sendiri. Malah, Safuan telah menanggap Tajul Razin seperti abangnya memandangka dia hanyalah anak tunggal dalam keluarganya.
------------------------------------------------------------------------------

“Jah, mana lah kawan kau hilang tu ek? Kesian aku tengok boss tu. Dah tak rupa orang dah” keluh Safuan pada Hasma apabila dia tiba di meja wanita tersebut.

“Yealah…aku pun kesian dengan Encik Zen tu tapi entah la weh. Dah jenuh dah aku call dia, tapi phone dia off. Sms, Whatapp pun aku dah try, tapi satu pun dia tak balas.” jawab Hasma yang turut bersimpati akan nasib suami kawan baiknya.

“Kawan kau ni pun satu jah. Dah elok-elok dah nikah dengan orang dia tangkap cintan sepenuh hati. Boleh pulak dia lari. Patutnya dia happy la. Tak pasal-pasal aku kena menghadap balik ragam boss yang suka marah-marah tak tentu pasal tu. Nasib baik aku kenal dia dah lama, kalau tak, mahunya tiap-tiap bulan bertukar PA dia” ngomel Safuan.

“Yang boss kau pun satu, pergi putus macam tu je dengan Indah siapa suruh. Sampai masuk hospital, melalak lagu jiwang semua kawan aku tu. Tapi yealah, Encik  Zen pun tak mahu buat macam tu kan. Kalau tak sebab Encik Fahin, tentu sekarang ni kawan aku tu tengah bahagia habis dengan Encik Zen. Geram pulak aku dengan Encik Fahin tu.” luah Hasma.

Hasma telah mengetahui hal yang sebenar yang terjadi setelah didesaknya Safuan untuk menceritakan kepadanya. Hasma terkejut yang teramat dan turut terharu dengan pengorbanan Tajul Razin demi kebahagaiann adiknya. Kini, dia merasa amat kasihan dengan anak bosnya kerana Indah meninggalkannya tanpa mengetahui duduk cerita yang sebenar. 

“Aku pun geram jugak dengan Encik Fahin tu, tapi kalau tak disebabkan dia lari masa hari dia nikah dengan Indah tu, tentu Encik Zen dengan Indah tak kahwin. Aku harap sangat-sangat si Jah tu balik semula dekat Boss. Tak adalah bernanah telinga aku ni dengar dia marah. Aku nak tidur pun tak aman asyik mimpi kena marah dengan dia je” sambung Safuan.

“Tu lah Safuan, aku pun nyaris-nyaris ‘kena’ dengan Encik Zen. Aku pun harap Indah balik la cepat. Dah la Safuan, pergi la balik tempat kau. Karang tak pasal-pasal ada tsunami pulak kat sini” balas Hasma sebelum kembali fokus dengan kerjanya. Safuan juga sudah berlalu memandangkan dia takut kalau-kalau Tajul Razin keluar dan melihatnya bersembang dengan Hasma lama-lama.
--------------------------------------------------------------------

Tajul Razin masih duduk di meja pejabatnya. Hati dan jiwanya hanyalah memikirkan Indah. Fikirannya juga menjengah ke lima bulan sebelum Indah menghilangkan diri. Sungguh tempoh tersebut amatlah berat bagi Tajul Razin…..

Lima bulan lalu, hati Tajul Razin sungguh berbunga bahagia kerana Indah mencintainya sebagaimana dia menyintai Indah. Dalam masa yang sama, hatinya juga tertanya-tanya dengan perubahan mamanya yang asyik mengurungkan diri di dalam bilik. Apabila Tajul Razin bertanya akan masalah yang dihadapi mamanya, mamanya hanya mengatakan yang dia kurang sihat dan melarang sekeras-kerasnya memberitahu Indah akan keadaannya. Sehinggalah tiba pada suatu hari, hari yang sama Tajul Razin melamar Indah sebagai suri hidupnya.

“Zen, mama harap Zen boleh lupakan Indah untuk Fahin” kata Dato Safiya berat.

“Tapi mama, kenapa Indah yang jadi pilihan Fahin? Fahin sendiri tahu kan Indah dengan Zen” tanya Tajul 
Razin tidak berpuas hati.

“Mama pun tak tahu Zen. Zen sendiri tahu kan Fahin macam mana sekarang. Fahin mabuk-mabuk lepas tu asyik je panggil nama Indah. Dia siap merayu dengan mama supaya kahwinkan dia dengan Indah. Mama pun tak sanggup nak suruh Zen lupakan Indah sebab mama pun suka Zen dengan Indah bersama, tapi mama terpaksa Zen” luah Dato Safiya yang mula kelihatan stress.

Kaget Tajul Razin melihat mama sedemikian rupa. Dia dengan pantas menenangkan mamanya dengan memberinya ubat penenang dan air yang berada di atas meja di sisi katil mamanya. Lalu dia berkata “Mama, mama jangan stress-stress okey. Sekarang Zen nak mama rehat. Tentang Indah dengan Fahin, nanti pandai-pandailah Zen uruskan”

Mamanya hanya tersenyum kelat mendengarkan kata-kata Tajul Razin. Dia menghantar anaknya yang meminta diri untuk keluar dengan pandangannya. ‘Apalah nasib anakku yang seorang ini. Sentiasa perlu berkorban demi adik-adiknya’ keluh Dato Safiya dalam hatinya.

Semalaman Tajul Razin mengurung dirinya selepas mendengar permintaan mamanya. Hatinya kini tidak tahu untuk digambarkan perasaannya. Mampukah dia memenuhi permintaan mamanya untuk melupakan Indah? Sungguh dia tidak mampu. Namun, ada jalan lainkah untuk menyelesaikan hal ini?

‘Indah, apakah kita memang tidak ditakdirkan bersama?’ Tajul Razin mengeluh.
-----------------------------------------------------

Tajul Razin benar-benar tersepit di antara janjinya mengahwini Indah dan juga permintaan mamanya. Namun dia kini benar-benar perlu melupakan Indah kerana dia telah berjanji dengan adiknya. Janjinya pada Tajul Fahin dibuat sewaktu Tajul Razin menjaga adiknya yang demam kuat. Dia berjanji akan meninggalkan Indah demi melihat adiknya berubah. Ternyata adiknya kini telah banyak berubah dan mamanya gembira dengan perkembangan tersebut. Namun, baik hatinya mahupun hati Indah pasti akan terluka kerana perpisahan yang tidak direlakan bakal berlaku.

Demi menguatkan semangat berhadapan dengan perpisahan yang bakal berlaku, Tajul Razin sering kali outstation di luar negara. Walaupun, jasadnya berada jauh dari Indah, namun jiwa dan ingatannya tetap pada insan yang dia cintai sepenuh hati. Kerana itu, Tajul Razin pasti akan pergi ke tempat yang pernah dikunjunginya bersama Indah. Di situ, dia akan menjerit dan menangis semahu-mahunya. Amatlah berat perasaan Tajul Razin untuk melepaskan Indah.
-----------------------------------------------------

Sejak Tajul Razin terpaksa melupakan Indah demi memenuhi hasrat mamanya dan juga mengotakan janjinya pada adiknya, kerap kali Tajul Razin mengelak dengan Indah sehingga dia perasan akan perubahan reaksi Indah yang bersedih kerananya. Air muka Tajul Razin juga tidak seceria dahulu. Namun, hampir setiap malam pasti Indah akan mengirimkan mesej bertanya tentang khabarnya yang menghilang secara tiba-tiba. Emel juga dikirim oleh Indah kepadanya bagi bertanyakan hal yang sama. Antaranya:

‘Abang Zen, kenapa buat tak endah je dengan Indah? Kenapa abang macam nak mengelak je dengan Indah? Apa salah Indah? Kalau betullah Indah ni banyak menyakiti hati abang dengan perangai Indah yang bukan-bukan, Indah rela ikut je apa yang abang suruh dan tinggalkan apa yang abang tak suka. Tapi jangan buat Indah macam ni abang. Indah tak suka dan terseksa bila abang diam tanpa khabar berita. Hidup Indah ni dah macam nak kiamat bila abang buat Indah macam ni. Please Abang, tolonglah jangan seksa jiwa Indah. Kalau betul abang dah meluat tengok muka Indah, abang bagi tahu je, biarlah Indah bawa diri. Please Abang Zen, Indah merayu sangat-sangat. Tolonglah jangan buat Indah macam ini- Indah Harlina’

Tajul Razin laju menekan papan kekunci komputernya untuk membalas emel Indah. Namun dia memadamnya kembali apabila teringat akan janji yang perlu dikotakannya.

‘Indah, abang tak bermaksud nak menyeksa jiwa Indah jauh sekali untuk tidak menghiraukan Indah. Pada abang, Indah tak pernah pun buat apa-apa salah pun dengan abang. Sikit pun hati abang ni tak meluat tengok muka Indah. Abang terpaksa sayang. Abang terpaksa buat macam tu dekat Indah.’ bisik hati Tajul Razin yang tidak mampu diluahkan di dalam emel pada Indah yang disayangi.
Akhirnya Tajul Razin hanya membiarkan emel-emel Indah masuk tanpa dia membalasnya.
--------------------------------------------------

Tajul Razin dan Indah duduk di bangku menghadap pemandangan bukit yang tenang. Tajul Razin mula memetik gitar dan menyanyikan lagu khas buat Indah

Andai dia tak bias denganku

Aku relakan hidupku tanpa cinta

Seumur hidupku

Tuhan ku harap sekali saja

Aku bias mencintai dan dicinta

Seumur hidupku

Buat sekali sahaja…..

“Abang Zen, kenapa abang nyanyi lagu sedih-sedih ni? Nyanyi lah lagu yang happy sikit” pinta Indah setelah Tajul Razin selesai menyanyikan lagu nyanyian Syam Kamarul yang berjudul Selamaku Bernafas.

“Entah….rasa tiba-tiba pulak nak nyanyi lagu tu. Macam sedap je dengar. Dah jadi favorite abang pulak.” balas Tajul Razin selamba.

“Laa….tapi takkan tak ada lagu lain abang nak nyanyi? Dahlah tadi abang nyanyi penuh dengan perasaan” tanya Indah kehairanan.

“ Alaa…Indah. Sekali sekala biarlah Indah dengar lagu jiwang sikit. Lagipun abang tahu Indah kan suka lagu jiwang-jiwang ni. Kalau tak, takkan la ada suara katak dekat dapur dok menyanyi lagu Kisah Kita” usik Tajul Razin.

Kisah Dongeng lah abang. Dah lah salah tajuk lepas tu abang kata Indah katak ek. Abang jahat” Indah memukul manja lengan Tajul Razin.

“Aduh…sakitlah Indah. Ni mesti dah berjangkit dengan Hasma kan?” Tajul Razin mengusap lengannya yang sengaja dikatakannya sakit.

“Abanglah…..panggil Indah katak. Sabar je” Indah merajuk.

“Yealah…abang salah. Janganlah merajuk lagi. Suara Indah sedap sebenarnya. Lena je tidur abang bila teringat”pujuk Tajul Razin apabila melihat muka Indah masam mencuka.

“Indah janganlah merajuk lagi. Nanti kalau abang dah tak ada, tak ada siapa nak pujuk Indah” sambung Tajul Razin sedikit meluahkan rasa beban yang ditanggungnya.

“Apa maksud abang cakap macam tu? Abang macam nak pergi jauh je tinggalkan Indah” tanya Indah yang cuba sedaya upaya membaca riak muka Tajul Razin yang mendung secara tiba-tiba.

“Mana ada abang nak tinggalkan Indah. Abang saja je cakap macam tu. Yealah, kita ni hanya manusia biasa yang mampu merancang. Tapi yang menentukan segala-galanya, Allah. Betul tak?” Tajul Razin pura-pura tersenyum menyembunyikan perasaan sebenarnya.

“Betul. Tapi Abang Zen janganlah tinggalkan Indah. Indah tak sanggup nak berpisah dengan abang” keluh Indah yang tiba-tiba diselubungi perasaan bimbang akan kehilangan Tajul Razin.

“Sayang, Abang janji abang takkan tinggalkan Indah. Indah lah satu-satunya wanita yang mampu bertakhta di hati abang selepas mama. Walau macam mana pun nanti, Indah lah pilihan abang. Sebab tu, abang nyanyi lagu tadi khas untuk Indah sebagai bukti cinta abang untuk Indah selamanya.” Tajul Razin sedaya upaya menyakinkan Indah.

Indah tersenyum. Tajul Razin pula membalas senyumannya dengan ikhlas walaupun hakikatnya dia bakal menyakiti hati wanita yang dicintainya. Janji yang ditabur sebentar tadi bukanlah hanya janji kosong. Akan tetapi janji yang akan dipegang oleh Tajul Razin seumur hidup.

Kerja-kerja di pejabatnya ditinggalkan begitu sahaja. Sungguh Tajul Razin seperti hilang arah hidup. Begitu seksa jiwanya menanggung rindu yang bukanlah sikit. Rupa-rupanya beginilah yang dirasai Indah sewaktu dia menghilang. Akhirnya terkena juga padanya. ‘Indah, jangalah buat abang macam ni lagi. Dah puas abang cari Indah. Please sayang, tolonglah balik.’ bisik hati Tajul Razin dalam perjalanannya pulang ke rumah.

Di rumah, Tajul Razin  duduk di birai katilnya sambil membuka galeri di dalam gadgetnya yang mengandungi gambar-gambar kenangannya bersama Indah demi mengubat rindunya yang lara. Comel dan cantik sungguh Indah di matanya. Tajul Razin tersenyum sendiri. Betullah kata orang. Dengan hanya menatap gambar insan yang kita cintai, sudah mampu membuat kita senyum sampai ke telinga. Sungguh dia rindu akan isterinya yang hilang entah ke mana dan dengan gambar-gambar itulah yang menjadi penguat untuk dia terus bertahan berjauhan dari Indah buat sementara.

Tajul Razin leka menatap gambarnya bersama Indah sewaktu di Pulau Pinang. Entah kenapa naluri dan hatinya terdetik ‘Jangan-jangan Indah ada dekat Penang. Dia pernah cakap, kalau dia nak tenangkan fikiran, dia suka pergi pantai’.

 Tanpa melihat waktu di jamnya yang sudak menjengah ke angka empat pagi, Tajul Razin dengan pantas menelefon Safuan supaya bersiap untuk menemaninya ke Pulau Pinang. Disuruhnya Safuan mengajak Hasma sekali, Hasma kan kawan baik Indah. Tentu Hasma juga teringin benar berjumpa dengan Indah selain menolongnya memujuk Indah.

‘Ya Allah, aku mengharap agar naluriku ini benar dan Kau pertemukanlah kami agar aku mampu membahagiakan dia semula.’ Doa Tajul Razin sewaktu di dalam perjalanan ke Pulau Pinang dengan seribu satu harapan.

Pada Hasma dan Safuan pula, mereka hanya menurut arahan Tajul Razin walaupun mereka masing-masing kurang yakin yang Indah berada di sana

Bersambung ke bab seterusnya J



Salam and hai semua, seperti yang dijanjikan...sambungan cerpen yang lalu. So, semoga readers semua enjoy :)


Bab 4


Pagi Jumaat yang tenang, ramai tetamu sudah mula mengerumuni rumah Dato Safiya yang tersergam indah. Hari ini merupakan hari bersejarah buat keluarga Dato Safiya kerana bakal menerima menantunya yang pertama. Segala persiapan telah diatur dengan rapi dan teliti agar majlis perkahwinan anak angkatnya berjalan dengan lancar.

“Aku nikah akan dikau Tajul Fahin Bin Tajul Mukmin dengan anakku, Indah Harlina Binti Halim dengan mas kahwinnya seratus ribu ringgit tunai” Encik Halim melafazkan akad nikah dengan tenang.

Tajul Fahin yang segak berbaju melayu berwarna putih perak, tenang melafazkan akad nikah dengan sekali 
lafaz bersaksikan imam dan para tetamu yang hadir. Dato Safiya bersyukur akhirnya Tajul Fahin dan Indah sah bergelar suami isteri. Dia kini boleh menarik nafas lega apabila segala perancangannya berjalan lancer. Walaupun pada asalnya dia ingin menggandingkan Indah dengan anak sulungnya, Tajul Razin, namun dia tetap bersyukur kerana hajatnya yang meinginkan anak perempuan akhirnya tercapai. Selepas ini, giliran Tajul Razin pula berkahwin tidak lama lagi. Dia berharap agar jodoh anaknya dengan Ilyana berkekalan apabila mereka disatukan kelak..

Usai selesai menunaikan solat sunat, pengantin lelaki pun menghampiri Indah yang tunduk dan manis berbaju senada dengannya. Dia mencapai tangan Indah dan menyarungkan cincin perkahwinan mereka. Namun, Indah perasan yang cincin tersebut merupakan cincin yang pernah diberi oleh Tajul Razin kepadanya. Eh, kenapa pulak cincin ni yang tersarung kat jari aku?

Indah mengangkat mukanya dan terkejut apabila Tajul Razin berada di hadapannya. Kenapa pulak mamat muka yang paling aku menyampah ni yang sarung cincin kat jari aku? Bukan ke patut suaminya, Tajul Fahin yang sarungkan cincin? Dah tu cincinnya pulak cincin yang pernah aku pulangkan dulu? Ini sudah pelik. Indah kehairanan. Dia tercari-cari kelibat lelaki yang baru bergelar suaminya sebentar tadi.

“Sayang cari siapa tu? Abang ni ada kat depan mata takkan sayang tak nampak” Tajul Razin menegur Indah yang sepertinya tercari-cari sesuatu.

“Saya cari suami sayalah. Mana dia?”balas Indah masam mencuka.

“La…abang kan suami sayang. Buat apa nak cari-cari lagi” Tajul Razin ketawa.
Indah terkejut bukan kepalang. Eh apa ni? Tadi bukan ke yang akad nikah si adiknya? Apasal pulak abangnya jadi suami aku. TIDAK!!!

Indah terjaga dari tidurnya.

“Ya ALLAH!! Mimpi rupanya.” Indah meraup mukanya yang dibasahi peluh. Dia segera bangun dan pergi ke bilik air untuk mengambil wudhu. Dia ingin menenangkan hatinya yang gelisah dek mimpinya.
Usai solat sunat, Indah duduk di sejadahnya. ‘Apa petunjuk yang ingin Kau berikan, Ya Allah’ bisik Indah di dalam hatinya. Dia berdoa agar majilis pernikahannya yang bakal berlangsung pada hari ini berjalan dengan lancar.
---------------------------------------------------------------------------------------------

Majlis pernikahan Indah Harlina dan Tajul Fahin bakal berlangsung tidak lama lagi. Di bilik Indah, Mak Kiah, mak andam di kampungnya sedang menyolek Indah yang tampak anggun dengan persalinan berona putih krim. Dia dan Mak Kiah sempat berbual-bual mengenai ayahnya yang kini berubah sikap.

“Mak Kiah kesian tengok Indah kena halau dengan ayah Indah. Sejak Wati tu kahwin dengan Safuan, Mak Kiah tengok ayah Indah tu dah tak macam rupa orang. Asyik je ikut cakap bini.”ngomel Mak Kiah.

“Entah lah Mak Kiah. Indah pun tak tahu kenapalah Abah benci sangat dengan Indah. Indah ni rasa macam Indah pulak anak tiri Abah” keluh Indah sambil kepalanya kusut memikirkan mimpinya yang bertandang semalam.

“Tak apa Indah. Mak Kiah dah kenal Indah dari kecik lagi. Mak Kiah tahu Indah bukan macam yang ayah Indah sangkakan. Indah bawak bersabar yea. Mungkin nanti, Indah akan lagi bahagia bila dah kahwin ni. Mak Kiah pun dah tak sanggup tengok Indah menderita lagi. Mak Kiah berdoa agar Indah bahagia dengan suami Indah hingga ke anak cucu” Mak Kiah menenangkan Indah sambil tangannya lincah membetulkan selendang di kepala Indah.

“Amin….Moga doa Mak Kiah termakbul hendak-Nya” balas Indah sambil tersenyum.

Namun gundah di hati Indah hanya Allah yang mengetahuinya. Sungguh dia tidak tenang. Dia merasakan akan terjadi sesuatu di pernikahannysebentar lagi. ‘Ya Allah, janganlah apa-apa buruk jadi kejap lagi. Sungguh aku tak kuat menghadapinya’ Doa Indah di dalam hatinya sekuat-kuatnya.

“Indah, Dato panggil kau suruh masuk bilik dia” kata Hasma setelah masuk ke biliknya tiba-tiba.

“Oh yeke? Ayah dengan  makcik aku dah sampai?” tanya Indah sebelum melangkah keluar.

“Dah. Tapi aku tengok muka ayah dengan mak tiri kau dah macam buah kedondong kat kampung aku. Masam gila” balas Hasma sambil menolong Indah yang terkial-kial dengan bajunya.

“Diaorang macam tak ikhlas je nak datang” keluh Indah.

“Dahlah Indah, jangan fikir macam-macam. Tu Dato dah tunggu kau lama dah. Baik kau pergi cepat. Aku tengok muka dia pun dah lain macam dah. Macam ada hal penting je nak bagi tahu kau” arah Hasma.

Indah kemudiannya berlalu ke bilik Dato Safiya. Dia melihat Dato Safiya duduk di sofa di dalam biliknya sambil termenung sebelum tersenyum apabila melihat Indah menghampirinya.

“Indah, hari ini merupakan hari yang bersejarah buat Aunty. Anak Aunty yang cantik rupawan ni akan kahwin. Aunty harap sangat Indah pun redha dan gembira sebab bakal menjadi sebahagian dari keluarga Aunty” Dato Safiya memegang tangan Indah.

“Aunty, apa yang baik untuk Aunty, baik jugak untuk Indah” balas Indah sambil tersenyum.

“Indah, Aunty nak Indah janji akan ingat pesan Aunty ni yea.” kata Dato Safiya tenang.

“Apa dia Aunty? Indah janji akan ingat sampai bila-bila pesan Aunty” tanya Indah sambil tertanya-tanya.
Dato Safiya menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara.“Indah,kadang-kadang kita sangka dialah jodoh kita. Padahal Allah telah menetapkan dialah jodoh kita dunia dan akhirat. Jadi Indah cintai dan terimalah dia seadanya  yea”

Indah menyeka air mata di tubir mata bakal ibu mertuanya. “Baiklah Aunty. Indah janji Indah akan ingat nasihat Aunty tu. Tapi Aunty janganlah nangis”

Dato Safiya tersenyum lagi demi meredakan kerisauan anak kesayangannya. Sungguh hati Dato Safiya serba salah dengan Indah yang menderita kerana permintaannya. Harapannya agar Indah akan gembira dengan perkahwinannya yang bakal berlangsung sebentar sahaja lagi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Indah duduk bersimpuh di tempat yang dikhaskan untuknya. Dia menjadi tumpuan mata para tetamu. Dari kejauhan, dilihatnya ayahnya sedang berjabat tangan dengan bakal suaminya untuk memulakan akad nikah. Namun, Indah terkejut dan terdiam seketika saat melihat pengantin lelaki yang berjabat tangan dengan ayahnya ialah Tajul Razin.

Tajul Razin dengan tenang melafazkan akad nikah “Aku terima nikahnya Indah Harlina Binti Halim dengan mas kahwinnya lapan puluh ribu ringgit tunai”

Jurunikah dan juga saksi berpuas hati dengan lafaz akad nikah yang dibuat oleh pengantin lelaki. Doa dibacakan setelah selesai akad nikah tersebut dan Tajul Razin tidak dapat menahan sebak mengalirkan air mata tanda kesyukuran kepada yang Maha Esa.  ‘Syukur Alhamdulillah akhirnya impianku memperisterikan Indah Harlina tercapai juga. Terima Kasih, Ya Allah’ bisik Tajul Razin dalam hatinya.

 Namun, lain pula yang terjadi dengan Indah. Dia seperti tertanya-tanya akan apa yang terjadi. Hasma yang berada di sampingnya turut merasakan hal yang sama. Dato Safiya yang duduk bersebelahan dengan Indah seakan-akan mengerti apa yang terbuku di fikiran menantunya. Dia berusaha menenangkan Indah dan mengingatkannya akan pesanannya sebelum majlis akad nikah berlanagsung.

Suasana tenang menyelubungi majlis membatalkan air sembahyang yang berlangsung selepas Tajul Razin selesai menunaikan solat sunat. Jari manis Indah disarungkannya dengan cincin yang pernah dibelinya suatu ketika dahulu dan menjadi saksi akan percintaan dan perpisahannya dengan Indah. Indah pula kelihatan seperti tunggul kayu yang tidak berperasaan saat Tajul Razin menyarungkan cincin tersebut. Tajul Razin faham mengapa isterinya sedemikian rupa. Dia nekad akan menjelaskan segala-galanya dan akan mencuba sedaya upaya bertahan dengan amarah Indah.

‘Siapa tak marah, dah la aku tinggal dia terkapai-kapai, lepas tu tiba-tiba kahwin pulak dengan dia’ bisik hati kecil Tajul  Razin.

Namun Indah mengalirkan air mata saat suaminya mencium dahinya. Dia sebak kerana akhirnya dia dapat bersama dengan insan yang paling dicintai walhal selama ini hatinya sedaya upaya membencinya. Indah seketika terlupa akan persoalan yang membelenggu jiwanya dan dengan spontan mencapai tangan Tajul Razin dan menciumnya tanda dia telah meletakkan sepenuh harapan dan jiwa kepada suaminya. Dengan reaksi yang diberikan isterinya, Tajul Razin sekali lagi bersyukur kerana Indah mampu menerimanya walaupun dia telah melukakan hati Indah selama ini.

“Sayang, percayalah abang takkan sia-siakan sayang selepas ini” bisik Tajul Razin ke telinga Indah.

Rata-rata tetamu yang hadir sebak dan gembira melihatkan momen pasangan pengantin baru. Hasma juga seperti Indah, terlupa akan persoalan yang bermain di mindanya. Dia juga turut sebak saat melihat momen tersebut kerana dia sendiri antara saksi saat dua hati ini bersatu dan berpisah. Dia tumpang gembira melihat sahabatnya dunia dan akhirat akhirnya bersatu dengan pilihan hatinya. Mak Siti yang menangis teresak-esak terpaksa ditenangkan oleh Hasma. Dato Safiya pula tersenyum sambil mengalirkan air mata jernih tanda dia bersyukur akhirnya anak sulungnya bersatu jua dengan pilihan hatinya. Dalam hatinya juga, dia bersyukur kerana tiada hati sesiapa yang merana walhal dia risau akan keadaan Tajul Fahin yang hilang entah ke mana.

“Mungkin dia pergi mencari ketenangan kot, mama jangan risau yea” pujuk Tajul Zahin cuba menenangkan hati mamanya.    

Mengimbas kembali kata-katanya anak bongsunya membuatkan hati Dato Safiya tenang. Harapannya agar Tajul Fahin diberikan kekuatan untuk menghadapi kisah cintanya yang tidak kesampaian. Dia juga berharap moga-moga badai yang selama ini melanda keluarganya akan berakhir tidak lama lagi dengan kehadiran Indah sebagai menantu sulungnya.
--------------------------------------------------------------------------------------

Usai majlis pernikahannya, Indah Harlina mengurung diri di dalam bilik pengantin yang juga merupakan bilik Tajul Razin. Dia terpaksa masuk ke bilik tersebut memandangkan dia tidak mahu ibu mertuanya dan yang lain mengesyaki yang bukan-bukan. Di tangannya, terdapat sepucuk surat yang diberikan oleh Dato Safiya semasa Indah berada di dapur. Surat tersebut merupakan peninggalan terakhir Tajul Fahin sebelum menghilangkan diri pada hari ini. Dengan cermat, Indah membuka dan membaca surat tersebut demi mengetahui isi kandungannya.

‘Assalamualaikum wahai Indah Harlina yang Tajul Fahin cintai,
Maafkan abang kerana meninggalkan Indah di hari pernikahan kita. Hari yang sepatutnya menjadi memori paling bermakna buat abang dan Indah kerana kita akan bergelar suami dan isteri. Jujur abang katakan abang sebenarnya tak sanggup untuk meninggalkan Indah pada hari ini tapi abang nekad demi melihat Indah bahagia. Abang tak sanggup dan tak mahu menjadi kejam semata-mata ingin memenuhi impian abang untuk memiliki Indah.

Indah, abang tahu, Indah sebenarnya masih sayangkan Abang Zen walaupun Indah menafikan sekeras-kerasnya. Sewaktu Indah dengan abang, abang perasan Indah tak seceria macam selalu. Malah, semua yang Indah suka yang ada kaitan dengan Abang Zen, Indah benci dan tolak mentah-mentah. Itu dah jelas bagi abang yang Indah masih sayangkan Abang Zen walaupun Indah sedaya upaya menyakinkan abang yang Indah akan berusaha menyintai dan menerima abang seadanya.
Indah, sesungguhnya abang bersyukur dan berterima kasih pada Indah kerana cuba menerima abang dalam hidup Indah. Abang juga nak berterima kasih pada Indah kerana melayan kerenah abang dan memaafkan kesalahan abang kerana pernah cuba untuk meragut kesucian Indah suatu ketika dahulu. Sungguh abang menyesal dan tak mampu untuk maafkan diri abang atas keterlanjuran diri abang. Nasib baik pada malam itu, tiada apa-apa yang berlaku. Kalau tidak, abang tak mungkin dapat memaafkan diri abang buat selama-lamanya.

Indah, Abang Zen pernah bagi tahu abang, ‘Cinta itu Anugerah, tak boleh dipaksa-paksa’. Sekarang abang percaya dengan kata-kata tersebut. Walau macam mana pun Indah memaksa diri untuk terima abang tapi Indah masih sayangkan Abang Zen kan? . Oleh itu, abang rela mengalah demi melihat Indah bahagia bersama dengan orang yang Indah cintai sepenuh hati. Janganlah Indah bimbang. Walaupun abang kehilangan Indah tapi abang akan bahagia asalkan Indah pun bahagia. Tapi tak salahkan kalau abang simpan Indah dalam hati?

Indah, sebelum abang mengundur diri abang ingin memohon kemaafan dari Indah andai selama ini abang banyak menyakiti hati dan perasaan Indah. Abang doakan semoga Indah bahagia dengan Abang Zen hingga ke akhir hayat and Welcome To Our Family, Indah Harlina. Sekian’

Indah mengalirkan air mata saat dia habis membaca surat kiriman Tajul Fahin. Dia tidak menyangka Tajul Fahin memahami isi hatinya. Walaupun Tajul Fahin dilihatnya seperti tidak mempedulikan perasaan orang di sekelilingnya, akan tetapi untuk kesekian kalinya dia mengkagumi Tajul Fahin. Namun, bebeza pula dengan Tajul Razin. Indah masih tidak mampu menerima Tajul Razin sebagai suaminya sepenuh hati. Sungguh dia masih ingat betapa remuknya hati saat Tajul Razin mempermainkan perasaannya sehingga dia merana seluruh jiwa dan raganya. Indah keliru mengapakah Tajul Razin sanggup melukakan hatinya?

Indah memandang sepi hiasan di bilik pengantinnya. Matanya terpandang akan botol-botol wangian yang tersusun di atas meja solek. Kesemuanya berjumlah 8 botol tanda cinta antara dirinya dan Tajul Razin. Dia mengambil sebotol wangian ‘Sweetheart Always’ dan menghidu wangiannya. Wangiannya tersebut mengingatkannya akan cinta hatinya.

Tiba-tiba Indah merasakan pinggangnya dirangkul dari belakang. Bau wangian yang biasa dihidu oleh Indah menusuk hidungnya.

“Sayang….abang ingat lagi. Sayang suka sangat bila abang hadiahkan pada sayang” bisik Tajul Razin lembut.

Tiba-tiba Indah merasa telinganya berdesing dengan panggilan ‘sayang’ tersebut lalu dia meronta-ronta minta dilepaskan dari pelukan Tajul Razin.

“Apa sayang-sayang ni?! Rimas la. Lepaskan saya la Encik Zen!”marah Indah sambil masih cuba untuk melepaskan diri.

“Okay….abang lepas. Tapi sayang jangan la marah-marah dengan panggil abang macam ni” ujar Tajul Razin sambil melepaskan isterinya.

“eee….rimas la nak panggil abang-abang ni. Encik Zen ingat saya tak marah dan boleh lupa ke dengan apa yang encik dah buat” jerkah Indah. Entah kenapa hatinya begitu sakit sehingga dia berani memarahi suaminya.

“Indah, abang tahu abang salah sebab sakitkan hati Indah sangat-sangat but I can explain” rayu Tajul Razin.

“Explain?! Dah terlambat Encik Zen. Jangan ingat saya ni senang-senang boleh maafkan Encik Zen. Encik Zen buat saya macam barang. Bila encik suka, encik ambil. Bila tak, buang macam tu je. Ingat saya boleh lupa ke?” balas Indah separuh menjerit. Biarlah apa Dato Safiya atau Mak Siti fikir, Indah sudah tidak peduli. Dia melepaskan geramnya yang terpendam sekian lama.

“Sayang, janganlah macam ni. Abang betul-betul minta maaf okay. I’m so sorry. Tolong lah maafkan abang.” rayu Tajul Razin. Dia tahu dia telah menyakiti hati Indah dan perbuatannya amatlah sukar dimaafkan. Namun, andai diberikan jalan lain, pasti dia tidak akan sesekali menyakiti hati pujaan hatinya yang seorang ini.

“Dah, saya taknak dengar apa-apa lagi. Lebih baik Encik Zen keluar!. Keluar!” jerit Indah. Sungguh Indah tidak mampu berhadapan dengan suaminya. Dia tahu adalah berdosa menengking dan memarahi suami, namun dia tidak mampu menahan beban yang dia tangggung olehnya selama ini.

Tajul Razin akhirnya mengalah. Dia keluar dari bilik pengantinnya sambil melihat Indah yang mula teresak-esak menangis. Mahu sahaja Tajul Razin pergi menenangkan isterinya, namun ditegah dirinya melakukan hal tersebut. Silap hari bulan, mahu penampar Indah untuk kali yang kedua hinggap di pipinya jika dia berbuat demikian. Dia juga tidak mahu merumitkan lagi keadaan. Dia harus rasional bagai menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak.  Dibiarnya Indah bersendirian di dalam bilik.

‘Biarlah…mungkin esok nanti Indah akan okay. Bila dia dah okay, aku akan jelaskan semuanya’ bisik hatinya.

Tajul Razin baring di sofa di ruang tamu. Buat pertama kali dalam sejarah hidupnya, dia dihalau keluar pada malam pertama dia bergelar seorang suami. Kalau orang lain mungkin sedang indah dibuai asmara, namun dia, dihalau keluar oleh isteri sendiri. Apa boleh buat, dah nasib badan. Tajul Razin mengeluh lagi. Akan tetapi dia berazam akan mengubati parut di hati Indah dan akan melayari bahtera perkahwinannya dengan bahagia sehingga dicemburui oleh mata-mata yang memandang.

“Eh Zen, kenapa tidur kat sini?”tegur Dato Safiya yang kebetulannya lalu untuk ke biliknya di tingkat atas.

“Zen kena halau ma. Indah marah sangat dengan Zen atas apa yang berlaku selama ni. Tu yang dia halau Zen” Tajul Razin tersenyum kelat.

“Marahnya Indah dekat Zen yea. Tak apa la, Zen sabar yea. Mama rasa marah Indah tu sekejap je. Lagipun dia penat sebab ramai tetamu tadi kan? Esok dia okaylah tu” Dato Safiya menenangkan anaknya.

“Baiklah ma. Zen harap Indah tak marah lagi dengan Zen esok. Bolehlah Zen explain apa yang dah jadi sebenarnya selama ni” bala Tajul Razin cuba untuk meyakinkan diri dan mamanya.

“Harap-harap macam tu la hendaknya. Tiba-tiba mama rasa bersalah sangat. Kalau tak kerana permintaan mama untuk Zen lupakan Indah dan lihat Fahin berubah, tentu semua ni takkan berlaku. Mama menyesal sangat-sangat Zen”keluh Dato Safiya. Perasaan bersalah menyelubungi dirinya. Kenapalah dia sanggup memenuhi permintaan anak keduanya dan melukakan hati anak yang banyak berkorban demi keluarga dan impiannya. Sungguh Dato Safiya kesal.

“Ma…janganlah cakap macam tu. Mama pun tersepit jugak. Kalau tak disebabkan Fahin desak mama suruh kahwinkan dia dengan Indah., tentu hal macam ni tak terjadi. Lagipun, Zen tak pernah salahkan mama atau sesiapa termasuk adik Zen sendiri dengan apa yang dah jadi. Zen anggap ini semua takdir yang ditentukan-Nya dan Zen percaya ada hikmah disebaliknya” Tajul Razin menenangkan mamanya yang mula kelihatan stress.

“Zen, mama nak minta maaf sangat dengan Zen. Mama tak sepatutnya buat macam tu. Mama tahu Zen dengan Indah saling mencintai antara satu sama lain. Mama tak sepatutnya pisahkan kamu berdua. Mama silap Zen.” Air mata mula mengalir dari tubir mata Dato Safiya.

“Mama, dahlah tu. Jangan menangis. Kan Zen dah cakap tadi. Semua ni bukan salah sesiapa tapi telah tersurat di dalam takdir keluarga kita. Mama jangan nangis lagi yea. Sekarang Zen nak mama naik atas berehat. Jangan fikirkan masalah-masalah ini semua. Pasal Indah, mama jangan risau. Pandai-pandailah Zen pujuk dia nanti” kata Tajul Razin cuba untuk meredakan tangisan Dato Safiya. Cukuplah mamanya menderita selama ni. Dia tak sanggup melihat mamanya jatuh sakit seperti dulu. Dia lebih rela menderita daripada melihat orang di sekelilingnya merana.

Tajul Razin menemani Dato Safiya ke kamarnya. Tangisan mamanya juga mulai reda. Dia menemani mamanya sebentar sebelum meminta izin untuk keluar.

“Zen….mama harap sangat agar Zen dengan Indah boleh jadi macam dulu dan mama doakan semoga anak mama ni bahagia hingga ke akhir hayat” Tajul Razin hanya tersenyum sebelum keluar meninggalkan bilik mamanya. Pesanan mamanya sedikit sebanyak menguat azamnya untuk mengejar kebahagiaan yang dia angankan selama ini.Doa Tajul Razin agar Indah dapat menerimanya kembali seperti dulu. ‘Indah, janganlah Indah merajuk dan marah-marah dengan Abang lagi. Abang janji akan bahagiakan Indah seumur hidup abang’ bisik Tajul Razin mengharap.
----------------------------------------------------------------------------------------

‘Abang Zen, Maafkan Indah atas sikap Indah yang tidak menghormati abang sebagai suami. Sesungguhnya Indah keliru dengan apa yang terjadi. Untuk itu, biarlah Indah pergi untuk sementara. Selamat tinggal suamiku-Indah Harlina’

Nota yang ditinggalkan Indah dibaca oleh Tajul Razin. Dia terduduk setelah membacanya. ‘Indah….sayang pergi mana? Bagilah abang peluang untuk jelaskan apa yang terjadi selama ini’ bisik Tajul Razin bimbang.
Pagi tadi, Tajul Razin cuba mengetuk pintu biliknya. Namun dia sebarang respon lalu dia pun dengan nekad masuk ke biliknya tanpa mengambil kira risiko yang bakal dihadapi. Yelah…Indah mungkin akan menjerit dan menyuruh dia keluar kerana masih marah padanya. Namun dia tidak peduli, apa nak jadi, jadilah. Dia tidak sanggup terus-terusan bermasam muka dengan isterinya.

Tajul Razin hampa apabila isterinya tidak kelihatan setelah dia memasuki biliknya. Dijenguknya ke bilik air, kosong. Lantas, dia menuju ke bilik Tajul Fahin. Namun hanya hiasan kamar pengantin yang memenuhi ruang tersebut tanpa kelibat sesiapa. Hendak diterjahnya bilik adik bongsunya, Tajul Razin berfikir dua kali. ‘Tak mungkin Indah nak masuk bilik Zaf’. Dia akhirnya berlalu ke dapur sambil berharap agar bayang isterinya ada di situ. Sekali lagi Tajul Razin hampa kerana Indah tiada di situ. Yang ada hanyalah Mak Siti dan si gebu Teana yang sedang leka makan.

Tajul Razin menuju semula ke biliknya. Mencari sebarang petunjuk di mana isterinya berada dan berjaya menemui nota yang ditinggalkan Indah bersama telefon bimbitnya. Hancur hati Tajul Razin mengenangkan isterinya sanggup meninggalkannya. Namun, setelah membaca nota tersebut, dia redha dan segera bersiap untuk mencari isterinya. ‘Ya Allah, temukanlah aku kembali dengan isteriku. Janganlah Kau pisahkan kami lagi’ bisik hati Tajul Razin sepanjang perjalanan mencari isterinya yang hilang entah kemana.

Bersambung ke bab seterusnya J