Hari ini iolls nak post something yang iolls buat khas untuk drama kesayangan iolls sekarang iaitu 'KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN'. Iolls rindu sangat dengan drama tu so iolls pun rasa teruja nak buat post ni khas...okay enjor reading my story ok.
BAB 1
“Hai Teana, rindunya mama dekat Teana”
Indah membelai Teana, kucing pemberian buah hati
kesayangannya yang sering menganggu tidur malam nya
“Hai, takkan kat Teana je rindunya? Kat papa dia tak rindu?”
usik Mak Siti
“Rindu tu rindulah Mak Iti tapi Encik Zen kebelakangan ni
sibuk sikit. Indah kenalah faham keadaan dia.”
Jawab Indah dengan wajah yang
merona merah.
Hari ini Indah menjenguk Dato Safiyah. Sudah lama rasanya
tidak menjenguk mak angkat Indah ni. Rasa serba salah menyelubungi Indah
seketika. Selain datang menjenguk Dato Safiyah, Indah juga ingin melepaskan
rindu pada Mak Siti, Teana dan buah hati Indah yang hilang sejak dua menjak ni.
Sejak 2 minggu lalu, tiada khabar dari Abang Zen membuatkan Indah menjadi
risau. Mesej Indah di Whatapp, Facebook Mesenger dan emel langsung tidak
berbalas. Indah juga ada bertanya pada Safuan tetapi hampa Safuan cuma
memberitahu yang Abang Zen sibuk dengan urusan projek barunya di Nilai.
“Indah, mari sini duduk dekat Aunty. Ada hal yang Aunty nak
cakap dengan Indah ni.” Panggil Dato Safiyah apabila melihat anak angkatnya
masuk ke kamarnya.
“Ada hal apa Aunty nak cakap dengan Indah?” soal Indah
setelah duduk di birai katil Dato Safiyah.
“Kalau Aunty cakap ini, Indah jangan terkejut yea” duga Dato
Safyah.
“Aunty tak cakap lagi macam mana Indah nak terkejut” balas
Indah. Ada sedikit kekeruhan di wajah Dato Safiyah yang menyebabkan
Indah mula disapa kerisauan.
“Aunty ingat Aunty nak jodohkan Indah dengan anak Aunty”
kata Dato Safiyah.
Hampir terjerit Indah apabila mendengar apa yang Dato
Safiyah beritahu. Dalam hati, Indah bersyukur akhirnya dia bakal disatukan
dengan Tajul Razin pemilik hatinya selama ini. Abang Zen, Indah sayang Abang
Zen sangat-sangat.
“Oh yeke Aunty? Tapi Indah ni layak ke dengan anak Aunty?”
soal indah sekadar menutup keterujaan dia mengenai niat Dato Safyah
“Kenapa Indah cakap macam tu? Indah anak Aunty, tentulah
Indah sesuai dengan anak Aunty. Lagipun,
Aunty tengok Fahin tu pun suka dekat
Indah. Jadi apa salahnya kalau indah jadi menantu Aunty, isteri Tajul Fahin”
jawab Dato Safiyah sambil menyembunyikan rasa gugup saat memberitahu Indah akan
niat murni anak keduanya.
Indah terdiam, hampir terjatuh Indah dari birai katil Dato
Safiyah. Kenapa dengan Tajul Fahin? Bukan sepatutnya dengan Tajul Razin? Indah
berpura-pura tenang.
“Aunty nak Indah kahwin dengan Fahin?” duga Indah
“Ya, Aunty nak Indah kahwin dengan Fahin. Aunty kalau boleh nak
langsung perkahwinan Zen dengan Fahin serentak tahun ni” jawab Dato Safiyah.
“Haa? Encik Zen pun akan kahwin ke? Dengan siapa?” soal
Indah terkejut.
“Zen akan kahwin dengan anak Tan Sri Ariffin, Illyana.
Keluarga Aunty dengan keluarga Illyana dah lama merancang nak satukan Zen
dengan Illyana. Entah kenapa, tergerak pulak hati Zen nak berkahwin dengan
Illyana padahal sebelum ni dia punyalah tak suka dengan Illyana” jawab Dato
Safiyah.
Hampir pengsan Indah apabila mendengar apa yang dikatakan
Dato Safiyah. Abang Zen nak kahwin dengan Illyana? Betulkah apa yang Indah
dengar ni? Abang Zen, abang dah lamar dan janji nak kahwin dengan Indah tapi
kenapa Illyana yang abang pilih?
“Aunty, boleh tak kalau Indah fikirkan dulu mengenai
permintaan Aunty tu?” soal Indah yang berpura-pura tenang.
“Boleh sayang, tapi jangan lama-lama tau. Aunty berharap
sangat Indah setuju dengan permintaan Aunty ni” jawab Dato Safiyah
“Baiklah Aunty, Indah akan fikirkan. Indah minta diri dulu
yea, Hasma tinggal seorang kat rumah tu. Risau pulak Indah dengan dia” balas
Indah
“Baiklah, hati-hati yea sayang” kata Dato Safiyah sambil
Indah bersalam dengannya dan berlalu pergi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kenapa mesti macam ni? Apa sebenarnya yang dah jadi? Abang
Zen, tolong jelasan pada Indah. Semalaman Indah tidak tidur memikirkan permintaan
Dato Safiyah. Pada malam itu juga, dia menghantar berpuluh-puluhmesej di
Whatapp, Facebook Mesenger, E-mel pada Abang Zen. Malangnya, satu pun tidak
berbalas padahal Indah nampak status online pada akaun Abang Zen. Abang Zen,
kenapa buat Indah macam ni?
Di pejabat, Indah menerima satu emel dari abang Zen. Abang
Zen memberitahu yang dia akan berjumpa dengan Indah di taman tempat mereka
beriadah selalu. Syukur Indah akhirnya abang zen membalas pun emel indah. Kali
Indah nekad ingin mengetahu apa sebab Dato Safiyah mahu mengahwinkan Indah dengan
Tajul Fahin sedangkan sepatutnya Indah berkahwin dengan Tajul Razin.
Pada petang itu, Indah menunggu satu jam lebih awal dari
waktu sepatutnya dia dan Abang Zen berjumpa. Sungguh hati Indah tidak sedap
akan tetapi Indah gagahkan diri untuk berjumpa dengan Abang Zen.
“Abang Zen, kenapa mama nak Indah kahwin dengan Fahin? Bukan
ke sepatutnya dengan Abang?” soal Indah sebaik Tajul Razin sampai.
“Indah, sebenarnya I cuma tipu you je selama ini mengenai
janji I pada you” balas Tajul Razin.
“Abang Zen, apa Abang cakap ni? Indah tak faham?”soal Indah
bingung.
“ You kahwin jela dengan Fahin. Selama ini, I cuma mainkan
perasaan you je. Lagipun, apa yang I dapat kalau kahwin dengan you? Cinta? Itu
bukanlah apa-apa pada I” jawab Tajul Razin selamba.
“Abang Zen!!! Sampai hati Abang Zen cakap macam tu. Indah
ingat selama ini Abang Zen sayangkan Indah. Rupanya Abang Zen tipu Indah.
Sampai hati Abang Zen.” Balas Indah terkejut.
Hampir sahaja Indah terjatuh pengsan bila mendengar
kata-kata Abang Zen. Tak sangka sampainya hati Abang Zen mainkan perasaan
Indah.
“Memang I sampai hati sebab tu I tipu you. You pun memang
tak layak untuk I. Dah la Indah, you
kahwin je la dengan adik I Fahin dan fulfill my mom’s request. I tak pernah
cintakan you. Adik I, Fahin tu la yang sayangkan you sangat-sangat. You sendiri
pun nampakkan dia nak tackle you selama ni. You kahwin jela dengan dia. Pada I, you cuma perempuan kanpung yang bertuah dapat menumpang dekat rumah I” Kata
Tajul Razin tanpa memikirkan perasaan Indah.
Satu tamparan hinggap di pipi Tajul Razin dari Indah.
Sungguh Indah marah dengan apa yang dikatakan Tajul Razin.
“Encik Tajul Razin, saya tahu saya tak layak untuk encik
tapi encik tak ada hak dan tak boleh nak mainkan perasaan saya. Baiklah, kalau
itu lah yang Encik Zen nak saya akan kahwin dengan adik encik dan saya akan
buktikan yang saya ni layak untuk adik encik” kata Indah dalam keadaan marah
sebelum berlalu pergi.
Sungguh Indah tak sanggup menatap muka orang yang telah
memijak-mijak maruah Indah. Apatah lagi orang tersebut adalah orang yang paling
Indah sayang selepas Abah dan Dato Safiyah. Indah berjalan semula ke parking
sambil menangis. Dalam hati Indah, macam-macam disumpahnya Tajul Razin.
Tajul Razin masih lagi di tempat pertemuan mereka sambil
memegang pipinya yang kebas dek tamparan Indah. Kuat juga penampar Indah ni.
Tapi kuat lagi sakit hati Indah. Tajul Razin duduk termangu di kerusi taman
sambil memikirkan apa yang telah dilakukan. Sungguh hatinya sakit melihat Indah
membenci dan mengeluarkan kata-kata terakhirnya tadi. Sebenarnya, apa yang
dikatakan Tajul Razin pada Indah tadi bukanlah lahir dari hatinya. Kata-kata
yang dikeluarkan tadi adalah kerana atas keadaan yang mendesaknya melakukan
keputusan tersebut. Kalaulah Indah tahu apa yang terjadi. Tidak! Tajul Razin
kena menggagahkan diri demi memenuhi janjinya yang perlu dikotakan. Janji yang
hanya memakan dirinya dan juga melukakan hati Indah. Dia meninggalkan taman
lalu memandu tanpa arah tujuan.
Malam itu, Indah mengurung dirinya di dalam bilik. Pelawaan
Hasma untuk makan bersamanya pun ditolak Indah mentah-mentah. Soalan Hasma pun
tidak dijawabnya. Yang ingin Indah lakukan hanya mengurungkan diri dan menangis
semahu-mahunya. Jaket pemberian Abang Zen sewaktu mereka keluar berdua di
Genting Highland, Indah keluarkannya dari almari. Indah menangis semahu-mahunya
sambil memeluk jaket itu dan mengenang kisah cintanya yang hanyalah cinta
dongeng semata-mata. Sungguh Indah
merindui kenangan di tempat tersebut. Indah merasa bahagia sehingga terlupa
yang mereka telah seharian berjalan-jalan. Walaupun Abang Zen telah melukakan
hati Indah tetapi rasa cinta dan kenangan indah bersamanya masih menebal.
Begitu sukar untuk Indah menerima kenyataan dari Abang Zen tetapi apakan daya
itulah hakikatnya
Pada malam itu juga, Tajul Razin tidak mampu melelapkan
matanya kerana mengenangkan perbuatannya pada Indah yang dilakukannya tanpa
rela. Sejak pulang dari bertemu Indah, dia hanya mendiamkan diri. Dato Safiyah
yang berada di ruang tamu pun tidak ditegurnya. Ini menyebabkan Dato Safiyah
merasa runsing dengan kelakuan anaknya. sulungnya. Dia terpaksa melupakan
cintanya pada Indah demi kebaikan adiknya dan juga permintaannya. Dato Safiyah
tahu permintaannya agak kejam sementelah Tajul Razin telah banyak berkorban
demi keluarga akan tetapi dia terkejut apabila anak sulungya itu bersetuju
dengan permintaannya. Namun, sungguh dia tahu Tajul Razin tidak merelaka
sepenuhnya keputusan yang telah dibuat walaupun telah banyak kali dia
meyakinkan keputusannya pada Dato Safiyah.
Tajul Razin merenung gambarnya bersama Indah sewaktu di
Bandung dan Cameron Highland. Buat pertama kalinya selepas kematian ayahnya dia
menangis. Menangis mengenangkan derita yang perlu ditanggung kerana bakal
kehilangan Indah, wanita yang berjaya mencuri hatinya. Andai dia mampu, tentu
dia akan membawa Indah jauh dari kemelut ini. Namun, ini hanya akan menyebabkan
keluarganya hancur.
‘Indah sayang, maafkan abang kerana tidak mampu
mempertahankan cinta kita dan melukakan hati Indah. Abang terpaksa merelakan
Indah berkahwin dengan Fahin demi kebaikkannya dan permintaan mama. Kalaulah
Indah tahu akan situasi ini, abang pasti Indah tak sanggup melepaskan abang.
Untuk itu, biarlah abang simpan cinta kita dalam hati abang buat selamanya
walaupun abang tahu cinta Indah pada abang mungkin telah berubah’
Itulah kata-kata yang lahir dari hati Tajul Razin buat
Indah. Namun, kata-kata itu tidak mampu Tajul Razin katakan pada Indah kerana
Indah pasti telah membencinya. Tajul Razin menangis lagi.
Sungguh malam tersebut merupakan malam yang sayu buat Indah
Halina dan Tajul Razin.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tiga hari selepas itu, Indah ke rumah Dato Safiyah semula.
Sepanjang tempoh tiga hari, selera makan Indah berkurangan dan dia hanya
berpura-pura gembira apabila bersama Dato Safiyah. Walaupun berat kakinya
melangkah namun demi membuktikan pada Tajul Razin yang dia mampu bahagia, dia
terpaksa merelakan dirinya berkahwin dengan Tajul Fahin di samping memenuhi
permintaan Dato Safiyah. Tentang hatinya yang terluka biarlah masa yang
menentukan.
“Assalamualaikum Aunty” sapa Indah pada Dato Safiyah yang
berada di ruang tamu.
“Waalaikumsalam Indah. Indah okay ker? Aunty tengok Indah
macam tak sihat je” soal Dato Safiyah.
“Indah okay Aunty, cuma pening sikit je” jawab Indah.
“Indah jaga kesihatan yea. Aunty risau kalau Indah tak sihat
macam ni” kata Dato Safiyah.
“Jangan risau aunty, Indah okay. Indah datang ni nak
beritahu yang Indah setuju nak kahwin dengan Tajul Fahin” kata Indah tenang.
“Yeke? Alhamdulillah, terima kasih Indah kerana sudi
tunaikan permintaan Aunty ni. Akhirnya dapat juga Aunty bermenantukan Indah”
kata Dato Safiyah kegembiraan.
“Sama-sama. Aunty, Indah ke dapur sekejap. Nak jenguk Teana”
kata Indah.
Indah berjalan menuju ke dapur. Namun, secara tiba-tiba
Indah rebah dan ini mengejutkan Dato Safiyah.
“Ya Allah, Indah!!!” jerit Dato Safiyah terkejut.
Tajul Razin yang baru pulang dari pejabatnya kaget mendengar
jeritan mamanya. Dengan pantas, Tajul Razin masuk ke dalam rumah dan mendapati
Indah terbaring disamping Dato Safiyah yang memangku Indah di pahanya
“Zen!! Tolong mama hantar Indah ke hospital.” Arah Dato
Safiyah panik.
Tajul Razin segera mengangkat Indah dan membawa Indah ke
hospital bersam Dato Safiyah. Sepanjang Indah berada di dalam bilik rawatan,
Dato Safiyah berada dalam kerisauan. Tajul Razin pula sibuk menelefon Tajul
Fahin untuk memberitahu keadaan Indah. Namun panggilannya tidak berjawab dan
Tajul Razin menghantar mesej kepada adiknya.
“Doktor, macam mana keadaan anak angkat saya?” Tanya Dato
Safiyah setelah melihat doctor keluar dari bilik rawatan.
“Anak dato mengalami demam panas dan sedikit stress. Tekanan
darah dia juga rendah. Tapi Dato jangan risau, anak Dato akan sembuh tak lama
lagi. Buat masa ini, kami terpaksa menahan anak Dato di wad” jawab Doktor yang
merawat Indah.
“Alhamdulillah, terima kasih doktor kerana selamatkan anak
saya” kata Dato Safiyah lega.
“Sama-sama.”
ujar doktor itu lagi sebelum berlalu pergi.
Indah Harlina kelihatan tenang walaupun mukanya kelihatan
pucat. Dato Safiyaj merasa sayu melihat keadaan anak angkatnya. Dia tahu Indah
menderita selama ini. Walaupun Indah tidak memberitahunya namun dia dapat
merasakan penderitaannya ada kaitan dengan keputusan Tajul Razin dan
perkahwinannya dengan Tajul Fahin.
Tajul Fahin tiba di bilik Indah ditempatkan di hospital.
Sungguh dia terkejut apabila mendapat mesej dari abangnya. Melihat Indah
terlantar di hospital menyebabkan hatinya sayu apatah lagi Tajul Razin dari
jauh asyik memerhatikan Indah.
“Mama, since Fahin dah ada dekat sini, Zen balik dulu yea.
Kejap lagi Zen ada janji dengan Safuan” kata Tajul Razin kepada Dato Safiyah.
“Baiklah, take care Zen” kata Dato Safiyah seakan mengerti
apa yang tersirat di hati anak sulungnya.
“Bro, thanks hantar Indah ke sini” kata Tajul Fahin pula.
“No problem. Abang mintak diri dulu” kata Tajul Razin
sebelum berlalu pergi
Tajul Razin berada di dalam keretanya. Sebenarnya, Tajul
Razin berat hati mahu meninggalkan Indah di hospital. Namun, dia tidak mahu
manambah penderitaan Indah seandainya dia terus berada di situ. Dia tahu Indah
terseksa dan benci melihatnya kerana sewaktu di pejabat, Indah sering mengelak
apabila bertembung dengannya. Tersayat hati Tajul Razin mengenangkan perubahan
tingkah laku Indah apabila berdepan dengannya. Indah, seksa dan peritnya
melihat Indah jatuh sakit.
Please sayang, walaupun Abang tiada di sisi Indah, Abang
berharap Indah akan kuat. Abang akan sentiasa berada di sisi Indah walaupun
dari jauh.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selang beberapa hari Indah telah keluar dari hospital. Dato
Safiyah memberinya cuti untuk berehat di rumah dan Hasma ditugaskan memantau
keadaannya. Sepanjang berada di hospital, kelibat Tajul Razin datang melawatnya
tidak kelihatan. Sedih dan kecewa Indah akan sikap Tajul Razin. Sungguh dia
membenci lelaki yang dicintainya sepenuh jiwa dan raga. Namun Indah tidak tahu,
hampir setiap malam Tajul Razin melawatnya ketika dia sedang lena tidur.
Tajul Razin yang berada di bilik membuka emelnya dan
mendapati terdapat emel dari Indah Harlina.
‘Ke hadapan Encik
Tajul Razin,
Saya berharap emel ini
tidak mengganggu encik dan saya berharap encik membaca emel ini sehingga habis
kerana apa yang ingin saya katakan adalah luahan hati saya selama ini.
Encik Razin, saya
bersyukur kerana dapat mengenali keluarga Encik Razin. Keluarga Encik sudah
saya ibaratkan macam keluarga saya sendiri. Sewaktu Encik Razin menyuruh saya
keluar dari rumah Encik, sungguh hati saya pilu. Tetapi saya bersyukur akhirnya
Encik Razin sudi terima saya semula di dalam hidup Dato Safiyah. Percayalah
Encik Razin, saya tiada niat lain selain menumpang berteduh dan kasih dari
keluarga Encik Razin. Namun, layakkah Encik Razin layan saya macam ni setelah
saya diterima di dalam keluarga Encik Razin. Encik Razin buat saya macam barang
bernilai yang akhirnya dibuang begitu sahaja. ENCIK RAZIN KEJAM.
Sewaktu Encik Razin
cuba memikat saya dan akhirnya kita bercinta, sungguh saya terlalu gembira dan
merasakan Encik Razinlah jodoh saya. Encik Razin curahkan sepenuh perhatian
kepada saya sehingga saya merasakan tiada lelaki lain yang mampu menggantikan
Encik Razin. Saya sayang dan cinta Encik Razin sepenuh jiwa dan raga saya
sehingga saya rasa saya tak mampu berpisah dengan Encik Razin. Namun, Encik
Razin hanyalah mainkan perasaan saya selama ini. Begitu rendahkah nilai cinta
saya pada mata dan hati Encik Razin. Tega sungguh Encik Razin mempermainkan
perasaan saya. SAYA BENCI ENCIK RAZIN!!!
Saya masih ingat lagi
Encik Razin tiba-tiba sahaja menghilang tanpa khabar berita. Satu mesej saya
pun Encik Razin tidak balas. Risau sungguh saya akan Encik Razin. Encik Razin
sihatkah? Sakitkah? Itulah pertanyaan yang bermain di dalam fikiran saya setiap
hari. Encik Razin masih ingatkah encik sewaktu kita terserempak di butik? Encik
Razin buat saya macam orang asing dan langsung tidak menghulurkan bantuan
sewaktu saya kekurangan duit. Pilu hati saya dengan sikap Encik Razin waktu
itu. Tambah pilu apabila saya lihat Encik Razin keluar bersama Illyana. Apa
salah saya sehingga Encik Razin sanggup buat saya macam tu? SAMPAI HATI ENCIK
RAZIN!!!
Dengan tiba-tiba Encik
Razin muncul setelah melukakan hati saya. Sungguh saya tak mampu berdepan
dengan Encik Razin tetapi saya tetap maafkan kesalahan Encik Razin. Saat kita
berada di Genting Highlands selepas peristiwa yang melukakan hati saya membuat
rasa sakit hati saya hilang serta-merta. Adakah kenangan kita itu berharga buat
Encik Razin? Saya rasa tidak sebab ENCIK RAZIN PENIPU!!!
Disebabkan saya rindu
pada Encik Razin, saya sanggup datang ke rumah Encik Razin walhal saya tak
mampu untuk ke sana lagi keana peristiwa hitam itu. Apabila Dato Safiyah
meminta saya berkahwin dengan adik Encik Razin, saya keliru dan terdiam. Tapi
saya sangat terkejut apabila Dato Safiyah memberitahu Encik Razin akan
berkahwin dengan Illyana sedangkan Encik
Razin telah melamar saya dan Encik Razin sendiri menafikan sekeras-kerasnya
perasaan Encik Razin pada Illyana. Mana maruah saya Encik Razin? Kalau betul
Encik Razin ingin berkahwin dengan Illyana, tolong jujur dengan saya. Saya
redha dan terima ketentuan-Nya.
Saya terlupa yang selama
ini Encik Razin bagaikan merak kayangan sedangkan saya hanyalah burung gagak
yang tiada nilai. Saya tertipu dengan janji cinta mati Encik Razin. Tahniah
Encik Razin sebab telah sedarkan saya di man saya patut berpijak. Betullah
cakap Encik Razin. Saya memang tidak layak untuk Encik Razin yang serba
sempurna. Tapi layakkah Encik Razin menilai cinta saya yang pada Encik Razin
bukanlah apa-apa. Sungguh Encik Razin tak layak dan saya takkan lupa penghinaan
yang telah Encik Razin palitkan pada saya. Ingin saya tegaskan pada Encik Razin
yang saya akan berkahwin dengan adik Encik Razin bukanlah kerana terpaksa
tetapi disebabkan saya tahu ada orang lebih layak menerima cinta saya
berbanding Encik Razin.
Selepas ini, segala
pemberian Encik Razin akan saya pulangkan melalui Safuan. Tentang rumah Encik
Razin, jangan Encik Razin risau. Saya akan keluar dengan segera tanpa Encik
Razin perlu menghalau saya. Saya masih ada maruah yang Encik Razin tidak boleh
pijak sesuka hati.
Akhir kata, saya
berharap Encik Razin bahagia dengan pilihan Encik Razin iaitu Illyana dan sudi
menerima saya sebagai adik ipar Encik Razin. Sekian’
Hampir rebah Tajul Razin membaca emel kiriman Indah. Sungguh
hatinya menangis lagi dengan kebencian Indah padanya. Mampukah dia meneruskan
janjinya? Dengan emel yang diterima, Tajul Razin hampir sahaja ingin mencari
Indah dan menjelaskan segala-galanya. Namun, ingatannya terimbau kepada
perubahan drastic Tajul Fahin yang membuatkan mamaya gembira menyebabkan
langkahnya terhenti. Dia tidak pernah melihat mamanya segembira itu. Tegakah
dia menghapuskan senyuman mama yang telah lama hilang kerana sikap buruk Tajul
Fahin? Sungguh dia tak sanggup.
Tajul Razin kembali duduk di birai katil sambil
memandang dari jauh emel kiriman Indah.
Dia sudah tidak kehilangan harta yang paling disayangi yang membuai mimpinya
setiap malam. Indah, bencilah Abang semahu-mahu Indah andai itu mampu membuat
dirimu tenang sayang.
Kerana terpaksa, Tajul Razin merelakan Indah Halina membencinya
p/s: dah tak mampu nak sambung sebab sedih sangat. Tapi
kalau ada permintaan, akan disambung lagi. Peace