Hai semua, okay ni bab 2 sambungan dari entry sebelum ini. Seriusly memang penat (baru ku tahu macam ni jadi penulis). Okay...selamat membaca..
BAB 3
Hujung minggu ini, Indah akan pulang ke kampung bersama
Tajul Fahin untuk bertemu dengan ayahnya untuk memaklumkan tentang
perkahwinannya dan meminta restu daripadanya. Dato Safiya pada mulanya bertegas
mahu mengikut Indah, namun ditegah oleh anak-anaknya terutamanya Tajul Fahin.
Biarlah dia dan Indah berdepan dengan ayah Indah walaupun dia sedia maklum
tentang kegarangan ayah Indah.
“Jah, kau boleh tolong aku tak?” pinta Safuan yang muncul
secara tiba-tiba menyentakkan Indah dari lamunannya.
“Kau nak aku tolong apa Safuan?”soal Indah.
“Kau tolong attend meeting kat Putrajaya dengan Encik Zen.
Aku ada emergency case. Kena pergi Rawang kejap lagi” balas Safuan sambil
memandang Indah.
Indah terkejut seketika. Pergi meeting dengan Tajul Razin?
Ini yang lemah ini.
“Ooo..yeke. Encik Zen
dah tahu ke?” soal Indah.
“Dah, dia yang suruh aku cakap dengan kau. Dato Safiya pun
dah bagi green light. Kau tolong aku ek? Kau jela harapan aku sekarang”pinta
Safuan mengharap.
“Okaylah, aku tolong kau tapi pukul berapa meeting tu?” soal
Indah lemah.
“Pukul 10.00 pagi. Kejap lagi Encik Zen datang, kau gerak
sekali dengan dia. Ni hah dokumen-dokumen untuk meeting tu.” balas Safuan
sambil meletakkan dokumen-dokumen di atas meja Indah.
“Thanks tau Indah. Nanti aku belanja kau okay” sambung
Safuan lagi sebelum berlalu pergi.
Indah tersenyum kelat sambil memandang Safuan berlalu pergi.
Tidak lama kemudian, Tajul Razin datang ke tempatnya dan mereka bersama-sama
pergi ke mesyuarat tersebut.
Sepanjang perjalanan, baik Indah mahupun Tajul
Razin diam membisu. Hanya lagu di corong radio yang memecah kesunyian di dalam
kereta. Fikiran Indah kerap kali teringat akan kenangannya bersama Tajul Razin
semasa menghadiri mesyuarat seperti sekarang. Hampir mengalir air mata Indah,
namun dia sedaya upaya menahannya daripada jatuh. Dia tidak mahu kelihatan
lemah di hadapan lelaki yang telah memijak-mijak maruahnya. Akan tetapi, Tajul
Razin perasan akan tingkah laku Indah ini. Namun, dia hanya berpura-pura tidak melihat dan
fokus pada pemanduaanya
Sepanjang mesyuarat, Indah hanya menumpukan sepenuh
perhatiannya pada kerja dan mendengar segala butiran mesyuarat. Sesekali mata
Indah tertangkap anak mata Tajul Razin dan hatinya sedikit gundah sementelah
redup mata itulah yang membuat dia sentiasa tersenyum dan gembira. Begitu juga
Tajul Razin. Sudah lama dia tidak menatap mata yang membuai mimpi dan angannya.
Selesai mesyuarat, Tajul Razin mengajak Indah untuk makan
tengahari. Indah hanya menggangguk tanpa sepatah dua perkataan yang keluar dari
mulutnya. Sebenarnya Indah enggan mengikutnya tetapi mengenangkan perutnya yang
telah menyanyikan beberapa buah lagu keroncong asli, diturutkan sahaja ke mana
Tajul Razin ingin membawanya.
“Indah, terima kasih yea sebab sudi tolong saya saya hari
ini” kata Tajul Razin memecahkan kesunyian yang menyelubungi mereka berdua.
“Sama-sama. Saya tolong pun sebab Safuan yang minta”jawab
Indah separuh hati.
Akhirnya Tajul Razin dapat juga mendengar jawapan dari mulut
comel Indah walaupun jawapan yang diberikan agak sinis.
“Saya tahu Indah bukannya rela nak ikut saya ke Putrajaya.
Betul kan?”duga Tajul Razin sekadar ingin berbual-bual dengan Indah.
“Ya, memang saya tak rela. Tapi takkan saya nak tolak pulak.
Lagipun saya ni cuma kuli. Kenalah ikut arahan dan bersikap professional. Nanti
Dato Safiya pulak yang malu dapat PA yang kebudak-budakan” balas Indah menahan
geram.
“Tak apa, saya faham. Saya tahu saya banyak buat salah
dengan Indah. Apa-apa pun thanks again” kata Tajul Razin sayu.
“Tahu pun encik. Dah lah saya dah kenyang. Terima kasih Encik
Zen kerana belanja saya hari ini. Saya minta diri dulu.”kata Indah sebelum
bangun dan berlalu pergi. Indah sebenarnya sudah hilang selera sewaktu Tajul
Razin memulakan bicara. Dia sudah tidak mampu bertahan untuk duduk semeja
dengannya.
Tajul Razin terpinga-pinga sebelum kelam kabut membayar bil
dan mengejar Indah yang berlalu dengan pantas.
“Indah, nanti dulu.
Awak nak balik dengan apa? biar saya hantar awak. Lagipun awak pergi ke sini
dengan saya. Jadi memang tanggungjawab saya untuk hantar awak balik.” kata
Tajul Razin sambil mencengkam lengan Indah untuk menahannya dari pergi.
“Eh Encik Zen. Apa pegang-pegang ni? Lepaslah!” bentak Indah
sambil menepis genggaman Tajul Razin.
“I’m sorry. Tapi please, biar saya hantar awak balik.
Lagipun dekat sini tak banyak teksi atau bas” pujuk
Tajul Razin yang kelihatan
kekok dengan perbuatannya sebentar tadi.
“Tak apalah Encik Zen. Saya boleh balik sendiri. Encik Zen
tak payah lah risau. Pandai-pandailah saya cari jalan nak balik.” balas Indah
sebelum berlalu.
Tajul Razin berdiri kaku. Dia tidak menyangka hati Indah
sekeras ini. Niatnya tadi cuma ingin memecahkan kesunyian yang melanda antara
mereka selain dia rindu mendengar suara cinta hatinya yang kian menjauh dari
dirinya. Namun, dia tidak menyangka akan mengakibatkan Indah nekad untuk pulang
sendiri. Tajul Razin mengeluh lagi.
Indah pula berjalan laju meninggalkan Tajul Razin yang
terdiam kaku. Namun, dengan tiba-tiba hadir seorang lelaki separuh umur
menghampirinya dan menampar Indah. Nasib Indah baik kerana dia sempat disambut
oleh Tajul Razin yang laju menerpa ke arahnya sebelum dia terjatuh. Kalau
tidak, mungkin batu besar dan jalan bermandi darah gadis yang malang itu.
“Indah, kau ni betul-betul dah memalukan keluarga. Ke hulur
ke hilir dengan jantan. Apa nak jadi dengan kau ni. Aku tak kira Indah. Kau
kena nikah. Aku tak mahu kau conteng arang kat muka aku lagi. Malu tau.”marah
lelaki tua yang merupakan ayah Indah, Encik Halim. Hatinya bertambah panas
melihatkan anaknya dipeluk lelaki lain sesuka hati. Lelaki yang sama yang
datang ke rumahnya bersama Indah tempoh hari.
“Abah…Indah tak macam tu Abah. Abah dah salah faham. Indah
tak buat kerja-kerja tu Abah” rayu Indah pada ayahnya selepas meleraikan
pelukan Tajul Razin yang menyambutnya dari jatuh.
“Kalau kau tak macam tu, habis ini apa?” marah Encik Halim
sambil melemparkan gambar Indah dan Tajul Razin yang kelihatan mesra.
“Abah…Abah salah faham Abah. Kitaorang tak ada apa-apa”
jelas Indah pada ayahnya.
“Kau kata tak ada apa-apa!!! Anak tak tahu malu!!” kata
Encik Halim sebelum tangannya diangkat ingin mengajar anaknya.
Namun, tangannya tidak sempat hinggap di pipi anaknya kerana
dengan tangkas ditepis oleh Tajul Razin. Hampir-hampir sahaja terkena pada
mukanya. Tajul Razin agak gerun dengan ayah Indah, namun dia menguatkan
semangatnya dan tidak mahu penampar ayah Indah yang tidak berhati perut hinggap
di pipi Indah. Dia hairan sungguh bagaimana ayah Indah yang Indah sayang dan
sanjung selama ini boleh berubah sedemikian rupa.
“Pakcik…sudah-sudah lah seksa hidup Indah. Kalau pakcik dah
tak nak terima dia, keluarga saya sanggup terima dia. Tapi pakcik tolong jangan
buat Indah macam ni” rayu Tajul Razin pada Encik Halim.
“Kau jangan masuk campur dalam hal aku dengan anak aku! Kau
pun sama jugak, usung anak dara orang ke hulur ke hilir. Dah tak tahu halal
haram dah ke! Daripada korang buat maksiat, lebih korang nikah lah!!” jerkah
Encik Halim.
“Saya tahu pakcik, sebab tahulah saya pernah datang berjumpa
dengan pakcik. Tapi pakcik tolak saya mentah-mentah. Dan pakcik kena ingat,
siapa wali pada Indah?” balas Tajul Razin geram.
Encik Halim terdiam. Berani sungguh anak muda ini
menentangnya. Pada masa yang sama, dia termalu sendiri dengan sikapnya.
“Macam nilah pakcik. Tentang perkahwinan Indah, pakcik
jangan risau. Semuanya saya dan keluarga saya akan uruskan. Tapi sebelum tu,
marilah kita ke rumah saya untuk bincangkan hal ni” pelawa Tajul Razin.
“Tak payah, aku tak hadap nak pergi rumah kau. Aku jumpa kau
lain kali je” kata Encik Halim sebelum
berlalu pergi.
Indah melihat ayahnya berlalu pergi sambil menangis. Dia
ingin mengejarnya, namun Tajul Razin menahannya.
“Dah Indah, sekarang kita balik dulu. Nanti kita bincang
dengan ayah Indah yea” pujuk Tajul Razin lembut.
“Tak nak!! Biar saya balik sendiri!!” kata Indah sambil
menepis Tajul Razin dengan kasar dan ingin berlalu
pergi.
Namun Tajul Razin dengan pantas merentap tangan Indah dengan
kasar dan membawanya ke kereta. Indah sekali lagi cuba meleraikan pegangan
Tajul Razin, tetapi tenaga wanitanya yang tidak seberapa tidak mampu
meleraikannya. Akhirnya Indah terpaksa pulang juga bersama Tajul Razin.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sepanjang perjalanan pulang, baik Indah mahupun Tajul Razin
diam membisu. Hanya perbualan telefon di antara Tajul Razin dan Dato Safiya
yang kemudiannya bertukar tangan kepada Indah yang kedengaran. Dato Safiya
kebimbangan pada mulanya mendengar berita yang disampaikan oleh anaknya namun
lega apabila Indah mengatakan dia tidak apa-apa. suasana kembali sunyi selepas
panggilan telefon dimatikan. Namun, hati Indah diselubungi rasa geram dan tanda
tanya dengan tingkah laku Tajul Razin memulakan bicara. Dia sudah tidak dapat
bertahan lagi.
“Apa sebenarnya yang Encik Zen nak dengan saya yea? Tak
cukup-cukup lagi encik sakitkan hati saya. Sekarang encik tunjuk baik pulak
dengan selamatkan saya dari ayah saya” tanya Indah geram.
Tajul Razin hanya
berpura-pura diam dan hanya fokus pada pemanduannya.
“Saya tak faham la dengan permainan Encik Zen ni. Encik Zen
dah buang, dah campak saya jauh-jauh habis tu, kenapa beria-ria tolong saya
tadi? Saya tak suka la dengan sikap Encik Zen macam ni” sambung Indah yang
bertambah geram dengan Tajul Razin yang diam membisu.
“Saya tak ada niat apa-apa pun. Lagipun takkan saya nak biar
bakal adik ipar saya kena maki hamun sepak terajang tadi. Nanti mama dan semua
juga yang risau.” jawab Tajul Razin tenang.
“Biarlah saya kena maki hamun semua dari saya kena terhutang
budi dengan Encik Zen. Mati pun tak apa. Saya serius tak faham dengan Encik Zen
ni. Dahlah Encik Zen tinggalkan saya terkapai-kapai, hilang entah ke mana,
lepas tu Encik Zen mainkan perasaan dan cinta saya. Sekarang tolong pulak saya.
Apa ni?!” luah Indah melepaskan segala-galanya.
Tajul Razin tidak bersuara. Hanya diam mendengar luahan
perasaan Indah. Biarlah dia lepaskan segala-galanya. Kalau ikutkan perasaan,
mahu sahaja Tajul Razin memberhentikan kenderaannya dan menjelaskan
segala-galanya. Namun dikuatkan hatinya demi mengotakan janjinya pada semua.
“Cakaplah Encik Zen!!”marah Indah sambil memukul lengan
Tajul Razin.
Mata mereka berdua bertaut seketika. Namun, Tajul Razin
melarikan pandangannya ke jalan raya. Hati Indah sakit sangat dengan tingkah
laku Tajul Razin yang diam dan membuatnya tertanya-tanya.
“Encik Zen berhentikan kereta ni sekarang! Saya nak turun!”
arah Indah marah.
Tajul Razin hanya diam dan berpura-pura tidak mendengar apa
yang Indah katakan.
“Saya kata saya nak turun. Tolong berhenti Encik Zen!” jerit
Indah yang nekad. Dia sudah tidak mampu untuk duduk di dalam kereta itu.
Tajul Razin akhirnya beralah. Kalau Indah berterusan
menjerit mahu pekak telinganya. Silap-silap disangka yang bukan-bukan oleh
pemandu-pemandu lain. Dia memberhentikan kereta di tepi jalan dan membiarkan
Indah turun dari keretanya. Sebelum turun, Indah sempat memberi amaran kepadanya
untuk tidak mengekori Indah. Indah akhirnya berjaya menahan sebuah teksi untuk
menuju ke destinasi yang Tajul Razin tidak ketahui. Perlahan-lahan keretanya
mengekori teksi yang membawa Indah. Hatinya tidak tenteram jika tidak
mengetahui ke mana Indah pergi.
Teksi yang membawa Indah akhirnya berhenti di sebuah kawasan
perumahan. Tajul Razin seperti biasa memberhentikan keretanya tidak jauh dari
tempat Indah turun dari teksi yang dinaikinya. Tidak lama selepas itu, Indah
masuk ke dalam salah sebuah rumah dan hilang dari pandangan Tajul Razin.
Tajul Razin mengucapkan syukur di dalam hatinya kerana
akhirnya dia mengetahui di mana Indah tinggal setelah keluar dari rumahnya.
Hampir seminggu Tajul Razin berada dalam kegelisahan kerana tidak mengetahui di
mana Indah tinggal. Disuruhnya Safuan bertanya pada Hasma, namun Hasma enggan
memberitahunya sementelah kawan baik Indah itu merupakan tali barutnya.
Namun
Tajul Razin kehairanan. Rumah siapa yang Indah masuk tu? Setahu dia, Indah
tidak mempunyai kawan lain yang rapat selain Hasma. Mungkin rumah itu rumah
kawannya yang Tajul Razin tidak kenali. Akhirnya baru dia teringat yang mamanya
ada memberitahunya bahawa Tajul Fahin ada membeli sebuah rumah berdekatan
dengan rumah yang Indah masuk tadi. Mungkin rumah itu rumah Fahin. Bagus juga
Indah tinggal di situ, sekurang-kurangnya keselamatan dia terjamin walaupun
hatinya sedikit terluka kerana Indah tidak mahu lagi tinggal di rumahnya.
Tajul
Razin terdiam seketika sambil memerhatikan rumah yang Indah duduki sebelum
berlalu pergi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kau mengambil hatiku
Jadikannya kelabu
Kau menghancurkan
semua impian
Yang tersimpan sejak
dulu
Kau racuni cintaku
Hingga menjadi benci
Tak lelah aku setia
Tersiksa sendiri
Bait lirik lagu Benci nyanyian Utopia meniti di bibir
Indah. Ini menyebabkan Hasma menerjah masuk bilik Indah kerana tidak tahan
dengan nyanyian sumbang kawannya.
“Indah…udah-udah la tu nyanyi. Bingit telinga aku tau. Ni
kalau jiran-jiran keliling dengar ni, tak ke kena complain” ngomel Hasma.
Indah memberhentikan nyanyian dan lagu kegemarannya. “Kau ni
Hasma. Aku tengah syok layan perasaan aku lah. Kasi lah chance kat aku nak
melalak. Bukannya selalu pun.” Muka Indah masam mencuka.
“Yelah aku tahu la kau tengah frust menonggeng tapi takkan
asyik lagu tu je. Pasang la lagu lain. Ni tak lagu indon jugak kau dok pasang
dan melalak bagai” balas Hasma.
“Hasma, aku bukan apa. Aku rasa lagu ni la yang paling dekat
dengan hati aku. Yealah, kau cuba hayati lirik dia. Semua ada kena mengena
dengan aku tau” Indah mengesat air matanya yang mula bergenang.
“Dah kenapa pulak nak menangis ni. Yealah…aku faham. Aku
tahu sekarang ni kau tengah menderita. Tapi aku tak tahu la nak komen apa dah.
Kau sabar ek.” pujuk Hasma serba salah.
“Hasma, kau tahu kan aku sayang sangat dengan Encik Zen tu.
Bila dia buat aku macam ni, aku rasa hati aku hancur sangat-sangat. Aku rasa
macam dah tak nak hidup dah. Tapi aku bersyukur, iman aku kuat lagi.
Kalau tak,
dah lama aku terjun bunuh diri” luah Indah teresak-esak.
“Ish kau ni. Ke situ pulak. Habis kalau kau mati nanti aku
macam mana? Masalah kau boleh settle macam tu je? Dah lah Indah, cukup-cukup la
kau kenang si Tajul kejam tu. Kalau ikut hati aku, mahunya dia makan pelempang
aku. Lepas tu aku lipat-lipat dia jadi kertas bungkus nasi lemak. Baru ada
akal.” ngomel Hasma cuba untuk meredakan esakan Indah.
Tiba-tiba esakan Indah terhenti. “Eh….janganlah sampai macam
tu pulak. Kesian pulak nanti kat merak kayangan aku tu.”
“Eh kau ni. Kata marah, kecewa semua…yang kau back up dia
kenapa pulak? Tak faham aku dengan kau ni Indah” Hasma menggeleng kepala.
“Entah la Hasma. Aku ni kadang-kadang rasa benci sangat
dengan dia. Kadang-kadang tu rasa sayang pun ada. Aku pun tak faham dengan diri
aku ni” luah Indah kehairanan dengan diri dia sendiri.
“Ish…ada-ada je la kau. Dah daripada kau menangis melolong
tak tentu pasal. Kau nyanyi la puas-puas lagu favorite kau tu sampai terkeluar
anak tekak. Aku nak pergi melantak jap” kata Hasma sebelum keluar dari bilik
Indah yang dirasakannya macam pusat karaoke.
Hasma membiarkan Indah terus hanyut dengan dunia nyanyian
sumbangnya. Biarlah, kalau itu mampu menggembirakan hati kawannya, dia rela
memekakkan telinga. Sungguh hati Hasma turut sakit melihatkan penderitaan
kawannya yang seorang ini. Dahlah dibuang oleh ayahnya sendiri. Kini menderita
pula dipermainkan perasaan oleh seorang lelaki. Sangkanya Tajul Razinlah yang
mampu membuat Indah tersenyum bahagia buat selamanya. Namun, lelaki itu telah
merobek hati Indah hingga hancur.
Kalau tidak mengenangkan Tajul Razin itu anak
kepada majikannya, sudah tentu dibelasahnya cukup-cukup. Ada juga Hasma bertanyakan
kepada si lembik, Safuan, namun seperti biasa dia hanya diam membisu dan mengatakan
dia tidak mencampuri urusan peribadi bosnya. Ini menyebabkan Hasma bertambah
geram tetapi mengenangkan Safuan juga bersimpati dengan keadaan Indah sewaktu
di hospital, dibatalkan niatnya untuk marah padanya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tajul Razin duduk di tempat dia selalu menyiapkan kerjanya
sewaktu Indah berada di rumahnya. Hatinya teringat kembali kenangan lama
sewaktu memikat Indah. Setiap malam, ada sahaja dimintanya kepada Indah untuk
dirinya. Yealah, hatinya sedang dilamun cinta, sudah tentu ingin sentiasa dekat
dengan Indah. Selalunya dia akan meminta Indah membuat hot chocolate untuknya,
tak pun menolongnya menyiapkan slide presentation untuk mesyuarat esoknya
padahal tugas Indah hanyalah menolong mamanya bukannya menjadi PA kepada Tajul
Razin. Adakalanya dilihat Indah mengeluh, namun dia tetap tersenyum manis di
hadapan Tajul Razin. Tidak pernah sekali dia merungut dengan permintaannya yang
bukan-bukan. Namun, ia hanya tinggal kenangan yang tak mungkin dipadamkan buat
selamanya.
Tiba-tiba pintu rumahnya dibuka menghentikan lamunan Tajul
Razin. Dilihatnya Tajul Fahin baru pulang membawa sebuah beg kecil.
“Bro, tak tidur lagi?”tanya Tajul Fahin sambil duduk di
sebelah abangnya.
“Belum, abang tak mengantuk lagi. Fahin dari mana?” tanya Tajul
Razin pula sekadar ingin mengetahui kemana adiknya pergi. Bimbang juga
kalau-kalau perangai lama adiknya berulang kembali.
“Tadi I pergi ambil cincin kahwin I dengan Indah yang I
tempah hari tu. Kebetulan I terserempak dengan kawan I masa belayar dulu, so
kitaorang lepak-lepak jap. Tu yang baru balik ni” balas Tajul Fahin sambil
mengeluarkan isi dari beg yang dipegangnya. Dia tahu abangnya bertanya kemana
dia pergi kerana risau kalau-kalau dia kembali kepada zaman silamnya. Jangan
risau bro, adik u ni takkan buat hal lagi.
“Bro, apa pendapat you tentang cincin ni? You rasa Indah
suka tak?” sambung Tajul Fahin sambil
menghulurkan bekas cincin kepada
abangnya.
Tajul Razin melihat bekas cincin yang dihulurkan oleh
adiknya. Sepasang cincin tersemat indah di dalam bekasnya. Cantik sungguh. Pandai
adiknya memilih.
“Nice, you don’t have to worry. Indah mesti suka punya.”Tajul
Razin meyakinkan adiknya walaupun apa yang diluahkannya amat berat untuk
diluahkan.
“Yeke bro? Lega I kalau macam tu. I naik atas dulu, nak
tunjuk cincin ni dekat mama. Tadi dia bising betul bila I lambat-lambat ambik
cincin” Tajul Fahin bangun sambil diperhatikan abangnya.
Tajul Razin sepertinya tidak mampu menanggung deritanya lalu
pergi ke biliknya. Mampukah dia bertahan dengan penderitaan ini. Membiarkan insan yang disayangi menjadi isteri dan adik ipar. Perlahan-lahan dia berdoa agar
diberikan kekuatan menghadapi dugaan ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dua minggu lagi, Indah Harlina bakal disatukan dengan Tajul
Fahin. Tarikh perkahwinannya telah diputuskan apabila ayah Indah bertemu dengan
Dato Safiya dan Tajul Razin di sebuah restoran. Puas Dato Safiya dan Tajul
Razin memujuk ayahnya ke rumah untuk berbincang di samping menemukan Indah
dengan ayahnya. Namun ayah Indah berkeras mahu berjumpa mereka berdua di
restoran. Abah, sampainya hati Abah tak mahu jumpa dengan Indah. Hati Indah
menangis lagi.
“Aunty, dua minggu tu tak ke cepat sangat” tanya Indah
kepada Dato Safiya selepas pulang bertemu dengan ayah Indah. Tajul Razin pula
terus ke biliknya setelah masuk ke dalam rumah.
“Indah, masa jumpa ayah Indah tadi Aunty ada cuba minta
untuk tangguhkan seminggu dua lagi, tapi ayah Indah berkeras nak Indah
dinikahkan dengan segera. Aunty minta maaf yea” pujuk Dato Safiya sayu.
“Tak apa bukan salah Aunty pun. Mungkin dah nasib Indah kena
buang dengan ayah sendiri.” Hati Indah terluka sangat-sangat dengan tindakan
ayahnya hingga mengalir air matanya.
“Janganlah cakap macam tu. Walaupun ayah Indah dah tak
sayangkan Indah, Aunty sekeluarga kan ada. Aunty sayang Indah macam anak Aunty
sendiri tau” kata Dato Safiya sambil mengesat air mata di tubir mata Indah
“Indah tahu, sebab tulah Indah sayang sangat dengan Aunty”
balas Indah sambil memeluk ibu angkatnya. Sungguh dia bersyukur dipertemukan
dengan seorang wanita sebaik Dato Safiya.
“Dah..jangan menangis lagi. Kejap lagi Tajul Fahin balik,
kita pergi jumpa wedding planner. Prepare apa yang patut yea” kata Dato Safiya
sambil tersenyum.
“Okay Aunty, Indah ikut je apa yang baik baik untuk Aunty”
balas Indah sambil tersenyum.
Dato Safiya dan Indah berbual-bual mengenai persiapan
perkahwinan sementara menunggu Tajul Fahin pulang. Di kala dua beranak ini
berbual, Tajul Razin hanya mendengar dari jauh. Sungguh dia kasihankan Indah
yang dibuang ayahnya apatah lagi dia juga telah melakukan hal yang sama demi
keluarganya. Dia berdoa agar ayah Indah sedar akan kesilapannya dan kembali
menyayangi anaknya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dulang hantaran yang telah digubah tersusun rapi di hadapan
Indah. Ramai jiran-jiran dan kenalan Dato Safiya datang membantu menyiapkan persiapan
pernikahan Indah. Walaupun Dato Safiya telah melantik perancang perkahwinan
namun, dia tetap meminta pertolongan dari jiran-jirannya untuk majlis
pernikahan anak terunanya. Esok, Indah bakal melangkah ke fasa baru dalam
hidupnya dan secara rasminya bergelar menantu kepada Dato Safiya. Indah hanya
memandang sayu apa yang dihadapannya. Hati Indah sedikit pun tidak gembira
memandangkan bakal suaminya bukanlah pilihan hatinya. Lainlah kalau Tajul
Razin, sudah tentu pada masa ini, hatinya gementar tidak terkata. Aduhai hati….tolonglah
jangan ingat kat dia lagi.
“Bro, are you serious with you decision”Tajul Zahin menegur
Tajul Razin yang leka memerhatikan Indah melayan tetamu yang datang membantu
menyiapkan persiapan majlis pernikahan Indah.
“Yes, I’m serious bro. Kalau ini mampu membahagiakan family
kita, abang sanggup” balas Tajul Razin.
“But I tahu you sebenarnya sayangkan Indah sangat-sangat
kan? And Indah pun sama jugak. Then why do you torture yourself, sacrificing your
love just for bro Fahin?” Tajul Zahin keliru dengan tindakan abangnya yang
dianngap tidak masuk akal.
“Zaf, Fahin tak boleh hilang Indah. You tengok sendiri your
brother. He had changed a lot after I gave up my love for Indah. You taknak ke
tengok your brother berubah?” tanya Tajul Razin.
“Then how about you? Selama ni you dah sacrifice macam-macam
for this family. You taknak ke bahagia?
Yes, I’m happy bila bro Fahin berubah,
but perlu ke sampai you kena korbankan you own feeling just for him” luah Tajul
Zahin.
Sungguh dia tidak sanggup melihat abangnya berkorban lagi. Sepanjang
hidupnya, dia telah meihat abang berkorban dari masa mudanya menguruskan
syarikat sehinggalah sekarang. Dia juga sudah letih melihat abangnya termenung
memikirkan permintaan Tajul Fahin yang tidak masuk akal.
“Zaf, Abang pun teringin nak bahagia. Tapi abang akan lebih
bahagia kalau keluarga ni dapat bersatu macam dulu. Please, Zaf. Kalau betul
Zaf sayangkan mama and this family, please support my decision. Doakan Indah
bahagia dengan Fahin” rayu Tajul Razin mengharapkan pengertian adiknya.
“Okay, but honestly for the first time, I’m not agree with
your decision. I really hope that this marriage wil not happen” tegas Tajul
Zahin.
“Zaf, once again i’m telling you, apa yang abang buat ni
untuk kebaikan semua. Abang tak kisah kalau hati abang ni hancur janji our mom
will be happy. Zaf tak nak ke mama happy?” pujuk Tajul Razin lagi.
“Of course I want mama to be happy. But if this is the way
then I ikut jelah. But no matter what happen next, I’ll always bu your side” balas
Tajul Zahin mengenangkan abangnya beria-ria memujuknya menerima keputusannya.
Tajul Razin tersenyum. Dia kemudiannya berlalu menuju keluar
bersama keretanya sementara Tajul Zahin keluar menghirup udara segar. Dia berharap
agar keajaiban akan berlaku di hari pernikahan Indah esok.
Okay.....mesti korang semua dh excited kan sebab terhenti dekat sini je. Jnagan risau, patik akan cuba sedaya upaya menyambungnya jika ada permintaan
BTW, feedback dari korang semua amatlah dihargai
Sekian....
See you guys again for the nex entry.
Peace