Hai semua...atas permintaan yang ramai sampai pening patik jadinya. Patik persembahkan, sambungan KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN versi patik sendiri. Untuk versi kali ini ada dua bab dan ini bab pertama. Andai ada kekurangan dibandingkan dengan coret2 patik yang sebelum ini patik mohon ampun dan maaf ek. Peace
BAB 2
BAB 2
“Indah, mulai minggu depan Aunty nak Indah uruskan cawangan
baru kita dekat Ukay Perdana. Aunty nak Indah belajar selok-belok uruskan
syarikat” arah Dato Safiyah.
“Hah? Habis Aunty macam mana? Nanti Aunty jatuh sakit sebab
stress buat kerja banyak sangat.” tanya Indah kembali.
“Indah jangan la risau. Hasma dengan Safuan kan ada. Nanti
kalau ada apa-apa, diaorang boleh tolong Aunty” jawab Dato Safiyah.
“Okay Indah akan pergi sana, tapi kalau ada apa-apa Aunty
just give me a call je. Indah terus datang” kata Indah.
“Amboi, pandai speaking sekarang yea.” usik Dato Safiyah.
“Tengok anak angkat siapa. Okaylah Aunty, Indah keluar dulu,
nak sambung kerja.” kata Indah sebelum bangun meninggalkan pejabat Dato
Safiyah.
Dato Safiyah menghantar Indah dengan pandangannya. Keputusan
Dato Safiyah memindahkan Indah ke cawangan lain adalah kerana dia ingin
mengasah bakat Indah yang dilihatnya bersungguh-sungguh mempelajari selok-belok
perniagaan. Selain itu, Dato Safiyah juga kasihan melihat Indah yang kelihatan
kurus mendadak walaupun kelihatan ceria di hadapannya. Dato Safiyah tahu
perubahan Indah ada kaitannya dengan keputusan Tajul Razin dan perkahwinannya
dengan Tajul Fahin. Kalaulah dia mampu untuk mengubah keputusan yang telah
dibuat, tentu anak angkatnya tidak menderita kerana anak-anaknya. Teringat Dato
Safiyah akan kata-kata Safuan mengenai cerita cinta tiga segi antara
anak-anaknya dan Indah.
“Kan bagus kalau Indah rupawan ni ada adik ke kembar ke, tak
lah Encik Zen atau Encik Fahin jadi macam ni”
Kata-kata Safuan yang diluahkan sewaktu perang dingin antara
Tajul Razin dan Tajul Fahin untuk merebut Indah Harlina. Akan tetapi, kenyataan
itu mustahil kerana telah ditakdirkan Indah Harlina menjadi rebutan anak-anak
terunanya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Indah Harlina keluar dari bilik Dato Safiyah dan terserempak
akan Tajul Razin yang kini dibencinya. Mereka bertentangan mata sebelum Indah
mengalihkan pandangan. Ada getar di jiwanya. Aduhai hati janganlah lemah.
“Indah…. Indah tinggal kat mana sekarang?” tanya Tajul Razin
terburu-buru melihatkan Indah ingin berlalu pergi.
“Buat apa Encik Zen nak sibuk-sibuk hal saya. Encik Zen kan
anggap saya ni macam perempuan kampung yang menumpang je.” jawab Indah sinis
sambil mengelak bertentangan mata dengannya.
“Jangan cakap macam tu Indah. Saya bukan apa, saya takut
apa-apa jadi dekat Indah. Nanti risau mama” kata Tajul Razin mengharapkan
simpati.
“Buat apa Encik Razin nak sibuk-sibuk risau pasal saya?
Jangan risau lah Encik Razin, saya masih lagi boleh berdikari walaupun Encik
Zen tak tologn saya. Lagipun, perempuan kampung macam saya ni mana layak
tinggal kat rumah Encik Razin yang gah tu. Perempuan macam anak Datok, Illyana
je yang layak. Encik Zen tak payah la nak riasukan saya” kata Indah sebelum
berlalu pergi.
Tajul Razin terdiam sambil berdiri kaku memandang Indah yang
berlalu pergi. Hampir-hampir sahaja Tajul
Razin terduduk namun dia mengagahkan
diri untuk menuju ke biliknya semula tanpa dia menyeedari ada sepasang mata
memerhatikan tingkahnya sedari tadi. Hati Dato Safiyah dirundung sedih dan sayu
melihatkan kemesraan antara Indah dan Tajul Razin yang kini tiada lagi. Doa
Dato Safiyah agar anak sulungnya tabah menghadapi dugaan yang amat perit
selepas kehilangan ayahnya suatu ketika dahulu.
Tiba di biliknya,
Tajul Razin sekali lagi teringat akan peristiwa pagi tadi. Tajul Razin tiba di
pejabat awal pagi tadi sambil dikejutkan
dengan khabar yang dibawa oleh Safuan yang masuk ke biliknya. Safuan
memberitahunya yang Indah telah memulangkan kunci rumahnya berserta kunci
kereta Teana pemberiannya. Nekad sungguh Indah kali ini. Safuan ada bertanya
pada Indah di mana dia tinggal sekarang memandangkan dia tahu apa yang berlaku
pada Indah di rumah Dato Safiyah, namun Indah hanya diam dan berlalu pergi. Ini
mengakibatkan Tajul Razin dilanda kerisauan sementelah dia tidak pernah
sekalipun tidak tahu di mana Indah berada melainkan dia pergi ke luar negara. Kini,
dia tidak mampu lagi berbuat apa-apa memandangkan Indah sudah benci akan
dirinya. Tajul Razin kembali sedih dan terkenangkan saat-saat bahagia bersama
dengan Indah.
“Assalamualaikum, lama ke tunggu abang wahai cik Indah
Harlina” tanya Tajul Razin sambil tersengih.
“Waalaikumsalam, abang ke mana? Janji kata pukul 2 petang,
ni dah pukul 2.45 petang dah. Penat Indah tunggu” jawab Indah dengan muka masam
mencuka.
“Alaa…sayang abang penat ek tunggu. Maaflah tadi abang ada
hal sikit” jawab Tajul Razin sambil terkelip-kelip matanya pada Indah.
“Apa maaf-maaf? Indah tunggu abang sampai dah 3 gelas tau
air ni Indah order. Naik senak perut ni” ngomel Indah.
“Hai… takkan tunggu abang lama sikit pun tak boleh. Dulu
abang tunggu Indah bersiap semua, tak ada pun abang merungut. Yealah….i’m so
sorry okay, my sweetheart” pujuk Tajul Razin dengan muka manisnya.
Ini yang tak tahan ni. Abang Zen kalau bab memujuk memang
lembut gigi dari lidah. Ini yang buat Indah payah nak merajuk lama-lama. Tak
tahan tengok muka comel Abang Zen kesayangannya.
“Yealah, Indah maafkan. Indah bukan apa abang, Indah takut
kalau-kalau ada apa-apa jadi kat abang. Mana tahu abang accident ke apa ke. Tak
ke susah” balas Indah sambil memandang kekasih hatinya.
“Oo…sayang abang ni caring juga yea kat abang? Kalau macam
tu, tiap-tiap hari la abang nak lambat takpun buat-buat tak sihat. Boleh la
Indah jaga abang” kata Tajul Razin mengusik Indah.
“Abang Zen, jahatnya. Sampai hati” kata Indah sambil memukul
manja lengan Tajul Razin.
“Memang la abang sampai hati. Kalau tak, takkan la abang
sayangkan Indah Harlina abang ni sampai mati” kata Tajul Razin romantik.
Muka Indah kemerah-merahan apabila Tajul Razin berkata
begitu. Kemudian mereka ketawa kegembiraan sambil berjalan-jalan di pusat
membeli-belah. Sungguh dia bahagia walaupun mereka belum punya apa-apa ikatan
yang sah. Ini yang payah ni, kalau Dato Safiyah tahu, mahu dia dengan Abang Zen
kena ‘nyanyi’ sampai bernanah telinga. Indah seboleh-bolehnya ingin
menghalalkan hubungan mereka biar tidak dipandang serong oleh sesiapa. Namun,
dia seorang wanita dan kurang manis kalau dia yang memulakan topik ini memandangkan
dia hanya menumpang di rumah Dato Safiyah.
Namun, semua kenangan dan kata-kata itu hanya tinggal
kenangan buat Tajul Razin yang akan dikenang seumur hidupnya. Tajul Razin
mengeluh mengenangkan nasib kisah cintanya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Zen, jom lunch dengan I” pelawa Illyana yang muncul
tiba-tiba dihadapan biliknya menghentikan lamunannya
“I tak ada mood la Illyana. You pergi la sendiri okay” jawab
Tajul Razin malas.
“Alaa Zen, mana boleh macam tu. I tak kira you kena juga
keluar lunch dengan I” kata Illyana sambil menarik lengan Tajul Razin.
“Eh Illyana! You ni tak faham bahasa ke? I kata, I tak ada
mood. FAHAM!!!” bentak Tajul Razin sambil melepaskan pegangan Illyana. Tajul
Razin meluru keluar meninggalkan biliknya dan Illyana yang terkapai-kapai.
Tajul Razin sungguh rimas dengan perangai Illyana yang
terlebih manja tidak seperti Indah Harlina. Lara hatinya mengenangkan suri
hatinya yang seorang itu. Untuk mengubat hatinya yang kian parah, Dia pun
berlalu menuju ke tempat parking kereta, namun dia terserempak dengan Tajul
Fahin dan Indah Harlina di dalam lif. Hatinya menjadi sayu apabila Indah
mengelak bertentangan mata dengannya.
“Bro, come join us for lunch lepas tu boleh la ikut sekali
pergi butik. Kitaorang nak fitting baju kahwin, Mana la tahu bro boleh bagi
opinion sikit. Mama pun ada sekali nanti” pelawa Tajul Fahin.
“Never mind bro. Abang ada hal nak settle dengan Safuan
kejap lagi” kata Tajul Razin berpura-pura tenang.
“Oh..okay. Take care of yourself” balas Tajul Fahin sebelum
abangnya terburu-buru keluar dari perut lif.
Hati Tajul Fahin terdetik yang abangnya seperti ingin
melarikan diri dari dia dan Indah dan dari air muka abangnya seperti sedang
menanggung beban yang amat berat. Indah pula dilihat seperti kurang selesa
semasa abangnya berada di dalam lif. Tajul Fahin tahu abangnya punya perasaan
yang sama sepertinya pada Indah, namun dia tidak kuat seperti abangnya untuk
melepaskan Indah.
“Bro Razin, I akan kenang budi you and janji jaga Indah
sebaik-baiknya” bisik Tajul Fahin dalam hatinya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tajul Razin termenung di dalam keretanya yang diletakkan
tidak jauh dari butik. Dato Safiyah ada mengajaknya ke butik untuk persediaan
perkahwinan adiknya. Pada mulanya, Tajul Razin ingin mengelak namun atas
desakan mamanya, dia terpaksa kuatkan hati melangkah ke butik yang terletak di
Damansara.
Indah keluar dari bilik persalinan di butik dengan
mengenakan busana pengantin berwarna biru lembut. Tajul Razin yang kebetulannya
baru memasuki butik terpegun dengan keanggunan Indah mengenakan busana
pengantin. Matanya tidak berkedip memandang Indah sehingga tidak sedar Tajul
Fahin memandangnya dari jauh.
“Cantiknya anak Aunty ni. Mesti nanti bersanding lagi
bertambah berseri” puji Dato Safiyah menghentikan lamunan Tajul Razin.
“Yelah mama. Baju ni sesuai sangat dengan Indah, kan bro?”
duga Tajul Fahin.
“Haah…cantik..memang cantik” jawab Tajul Razin
menyembunyikan rasa gugup di hati.
Indah tersenyum kelat. Dia tahu Tajul Razin tidak ikhlas
memujinya memandangkan dia tidak penting dalam hidupnya lagi. Tiba-tiba Indah
teringat akan suatu masa dahulu ketika dia dan Tajul Razin keluar bersama.
“Indah, jom kita masuk butik ni kejap.” ajak Tajul Razin pada
Indah.
“Buat apa nak masuk butik ni. Taknak lah. Indah penat la
Abang Zen. Asyik jalan-jalan je dari tadi. Lepas tu, nak masuk butik pulak. Nak
buat apa?” ngomel Indah sambil bertanya pada Tajul Razin.
“Alaa…kita tengok-tengok la baju pengantin kat sini. Mana
tahu ada yang berkenan. Lepas tu, boleh la nanti kita beli terus kat sini bila
nak kahwin nanti” kata Tajul Razin sambil tersenyum.
“Taknak la. Lagipun Abang Zen nak ke kahwin dengan Indah ni.
Indah bukannya anak Datuk macam Illyana tu. Lagipun Indah ni macam burung gagak
je ” duga Indah menyembunyikan rasa gembira setaman dalam hatinya.
“Apa Indah merepek ni? Of course la abang nak kahwin dengan
Indah. Cuma abang tak tahu la Indah sudi ke tak” rajuk Tajul Razin pada Indah.
“Eh..abang kan merak kayangan Indah..mesti la Indah sudi”
kata Indah sambil tersenyum manis di hadapan Tajul Razin.
Bahagianya Tajul Razin melihat senyuman dari bibir mungil
Indah. Rasa macam nak cium je. Eh…yang tu kena tunggu dah halal dulu baru boleh
buat. Tajul Razin tersengih sendiri. Kalau tak mahu kena kejar dengan parang
dengan ayah Indah, Pak Halim ataupun Indah akan mogok dengannya lebih lama
daripada peristiwa hari itu. Tak sanggup rasanya merana dek kerana rajuk Indah
yang bertakhta di hatinya.
Tajul Razin dan Indah mengenakan sepasang busana pengantin
berwarna biru laut. Indah kelihatan cantik sekali manakala Tajul Razin yang
sememangnya terkenal dengan jolokan ‘Raja Smart’ yang diberikan oleh Hasma
kelihatan segak dan bergaya ibarat pasangan diraja yang duduk singgahsana.
Betullah kata Safuan, Tajul Razin memang pandai bergaya. Ibarat orang putih
kata ‘Like mother, like son’. Indah tersenyum simpul.
“Kenapa senyum-senyum tu Indah? Dah berangan sampai ke laut
mana tu. Ni mesti Indah fikir yang bukan-bukan ni” usik Tajul Razin
menghentikan lamunan Indah.
Satu cubitan manja daripada Indah hinggap di lengan Tajul
Razin. Berbisa jugak cubitan Indah ni. Maklumlah ayahnya mungkin keturunan kaki
pukul orang. Kalau tidak, masakan perit pipi Tajul Razin menahan penampar dari
hinggap di pipi comel Indah sewaktu Indah ingin pulang bertemu ayahnya beberapa
bulan lalu. Jadi, tidak hairanlah kalau cubitan dan pukulan Indah terasa agak
perit walaupun hanya dengan tenaga perempuannya.
“Aduh…ketam mana la yang terlepas ni yea?” usik Tajul Razin
lagi sambil menggosok bekas cubitan Indah. Sakitnya.
“Ketam ni akan cubit kalau ada yang mengusik dia. Hah…tu lah
Abang Zen. Usik lagi Indah. Kan dah sakit” balas Indah berpura-pura serius.
“Yealah….Abang minta
maaf okay. Janji tak buat lagi. Tapi tadi Indah senyum-senyum, Abang jadi hairan.
Kenapa ya?”Tanya Tajul Razin ingin tahu.
“Tak adalah Abang. Indah tengok abang ni handsome. Memang
ada style la kata orang. Kalau Abang Zen jadi model ni confirm laku” jawab
Indah ketawa.
“Yeke? Kalau Abang jadi model, Indah tak jealous ke ramai perempuan
minat kat Abang?” duga Tajul Razin.
“A’a la…nanti Abang Zen tak masa dengan Indah. Kalau macam
tu, Abang jangan la jadi model. Indah taknak hilang Abang” balas Indah sedih.
“Amboi, dah pandai manja-manja dah sekarang. Siapa ajar ni?”
soal Tajul Razin.
“Abang Zen lah…siapa lagi” balas Indah. Kedua-dua mereka
ketawa sebelum Tajul Razin menyambung katanya.
“Cik Indah Harlina binti Halim, jangan lah risau yea. Tajul
Razin bin Tajul Mukmin ni untuk Cik Indah seorang je tau. Tak adanya jual spare
part kat mana-mana. Abang janji Abang akan sayang dan cintakan Indah sepanjang
hayat dan hingga akhir nafas Abang” kata Tajul Razin kepada Indah dengan
lembut.
Indah benar-benar terharu dengan janji Abang Zen. Abang Zen
benar-benar menyayanginya bagai menatang minyak yang penuh. Dia merasakan
hidupnya lengkap walaupun berjauhan dengan ayahnya. Alangkah bahagianya kalau
Abang Zen melafazkan kata-kata cintanya setiap hari.
Namun semuanya hanya tinggal kenangan. Ibarat lagu jiwang
yang berkumandang di radio yang bertajuk Pelamin Anganku Musnah nyanyian Azie,
begitulah juga harapannya membina mahligai bersama Abang Zen musnah. Sungguh
Indah merasa amat perit mengenangkan kisah dongeng. Indah seharusnya sedar akan
di mana dia berpijak agar dia tidak terluka seperti sekarang. Hati Indah
menangis lagi. Namun dia nekad untuk kembali bahagia walaupun bukan dengan
orang yang dicintainya sepenuh hati.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Aunty, boleh tak kalau kita tukar design dengan warna lain?
Indah tak suka la colour ni.” pujuk Indah pada Dato Safiyah.
Sebenarnya dia berkenan sangat dengan baju pengantin yang
dipakainya namun kerana warna biru merupakan warna cinta Indah dan Tajul Razin,
dia nekad untuk tidak memakainya kerana ia hanya menyakitkan Indah yang sedia
terluka. Semenjak dia putus dengan Tajul Razin, warna biru tidak lagi menjadi
kegemarannya. Kalau tidak, hampir setiap hari dia akan memakai warna tersebut
sehingga Hasma mengomel melihat tingkah lakunya sehingga dicop oleh kawan
baiknya sebagai ‘Minah Blue’.
“La…Bukan ke Indah suka warna biru? Ni kenapa pulak tak
suka?” duga Dato Safiyah kehairanan.
“Dulu tu suka Aunty, sekarang ni entah kenapa Indah tak suka
sangat-sangat. Kalau ada sikit-sikit warna biru tu pun Indah tak suka tengok.
Bak kata orang allergic” balas Indah memohon pengertian Dato Safiyah.
Terguris hati Tajul Razin mendengar apa yang dikatakan oleh
Indah kepada mamanya. Indah sungguh-sungguh telah membencinya sehinggakan warna
biru kesukaan Indah selama ini, kini tidak lagi dipandang. Ini menunjukkan
Indah Harlina benar-benar telah membuang Tajul Razin dari kamus cintanya.
“Okay…kalau macam tu, Indah dengan Fahin pilih warna lain
la”arah Dato Safiyah.
“Mama, Zen mintak diri dulu yea. Zen baru teringat Zen ada
appointment dengan client kejap lagi. Zen gerak dulu yea” kata Tajul Razin meminta
diri secara tiba-tiba.
“Oh..alright…Take care Zen, drive carefully okay”balas Dato
Safiyah selepas anaknya itu bersalaman dengannya dan berlalu pergi.
Dato Safiyah mengerti kenapa Indah tidak lagi menyukai warna
kegemarannya kerana warna tersebut ada kaitan dengan Tajul Razin. Dato Safiyah
juga tahu Tajul Razin terasa dengan apa yang dikatakan Indah sebentar tadi.
Dalam hati anak sulungnya itu, tiada siapa yang tahu betapa peritnya menanggung
rasa benci dari orang yang dicintainya. Namun, segalanya telah berjalan seperti
yang dirancangnya sehingga Indah juga bersetuju dengan perkahwinannya.
Tidak hanya Dato Safiyah yang merasai perubahan Indah, Tajul
Fahin juga merasakan hal yang sama. Terasa hatinya dengan perubahan Indah yang
tidak menyukai segala-gala berkaitan dengan Abangnya. Betapa abangnya banyak
mempengaruhi Indah. Namun, Tajul Fahin harus kuat dan berazam untuk menawan
hati Indah demi pengorbanan Abangnya yang tidak mampu dibayar dengan wang
ringgit.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tajul Fahin mengajak Indah makan malam di warung
kegemarannya. Namun, Indah hanya menguis-nguis makanan yang terhidang di
hadapannya. Sungguh dia tidak berselera untuk makan padahal nasi goreng kerabu
merupakan makanan kegemarannya. Nasi goreng itu jugalah makanan kegemaran Tajul
Razin sewaktu kali terakhir mereka keluar bersama.
“Kenapalah aku pergi order nasi goreng ni? Kan dah tak lalu
nak makan. Padan muka aku” ngomel Indah dalam hatinya.
“Tak sedap ke nasi
goreng tu?” tegur Tajul Fahin melihatkan tingkah laku Indah yang sepertinya
tidak mahu makan makanan di hadapannya.
“Eh….taklah Encik Fahin. Cuma saya je yang tak berapa selera
nak makan” jawab Indah
“Indah, berapa kali Abang dah bagi tahu Indah. Jangan berencik-encik
dengan Abang. Panggil Abang Fahin je. Lagipun Indah kan anak angkat mama
merangkap bakal isteri Abang. Takkan nak berencik-encik pulak” tegur Tajul
Fahin.
“Err..maaf Encik Fahin…eh silap Abang Fahin. Saya bukan apa,
saya tak biasa lagi dengan panggilan tu. Tapi saya janji saya tak panggil lagi
macam tu. Okay” balas Indah serba salah.
“Indah, Abang ni bukan apa. Abang tak mahulah ada jurang
antara kita. Kita kan tak lama lagi nak kahwin. So, Indah kenalah biasakan diri
dengan panggilan Abang Fahin tu” jelas Tajul Fahin mengharapkan pengertian
Indah.
“Okay, Indah faham Abang Fahin. Indah akan cuba sedaya upaya
untuk biasakan diri dengan panggilan tu yea” jawab Indah tenang.
“Indah, Abang tahu Indah masih sayang Bro Razin. Abang
nampak semua tu. Hati Indah masih lagi pada Bro Razin kan?. Tapi Abang harap
sangat-sangat Indah boleh beri Abang peluang dan ruang untuk Abang buktikan
cinta Abang pada Indah.” rayu Tajul Fahin kepada Indah.
Aduh…ni yang lemah ni. Soal hati nilah yang Indah
seboleh-bolehnya ingin mengelak sekarang. Tapi dia juga tidak boleh
mementingkan diri sendiri sementelah Tajul Fahin aka Tajul Sengih ni bakal
menjadi suaminya tidak lama lagi. Dia harus berusaha untuk belajar mencintai
bakal suaminya.
“Abang Fahin, Maafkan Indah kalau selama ini Indah ada buat
hati Abang terluka. Indah harap Abang Fahin faham keadaan Indah sekarang. Indah
bukan tak cuba tapi Indah perlukan masa. Indah harap Abang boleh bagi Indah
masa yea.” jelas Indah.
“Baiklah…Abang faham. Abang akan tunggu sampai Indah sudi
buka pintu hati Indah untuk Abang” balas Tajul Fahin sambil tersenyum.
“Terima kasih Abang Fahin. Indah hargai sangat-sangat” kata
Indah sambil tersenyum separuh hati.
Pada malam itu, Indah bertekad untuk tidak mensia-siakan
peluang yang diberi oleh bakal suaminya. Walaupun sukar untuk dia melupakan
Tajul Razin namun, dia harus melupakannya kerana lelaki itu hanya mempermainkan
perasaannya. Segala kenangan terindah bersamanya akan dibuang jauh demi cinta
yang datang kepadanya. Dia juga berharap agar sinar kebahagiaan akan menjelma
dalam hidupnya. Sesungguhnya dia percaya ada hikmah di sebalik yang berlaku
dalam hidupnya dan dia nekad untuk meneruskan hidupnya walaupun tanpa bersama
dengan insan yang dia cintai sepenuh hati.
“Selamat tinggal Tajul Razin.” bisik Indah dalam hatinya
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada keesokan harinya, Tajul Fahin muncul di hadapan rumah
Indah bersama Dato Safiya dan Safuan. Indah agak terkejut namun dapat mengagak
ini kerja anak manjanya, Tajul Fahin.
Kelmarin, Indah pulang sendiri ke rumahnya setelah dia
berkeras tidak mahu Tajul Fahin menghantarnya. Namun dia tidak menyedari yang
Tajul Fahin mengekorinya dari jauh sehingga mengetahui lokasi tempat tinggal
Indah yang padanya tidak selamat untuk Indah duduk. Lantas, dia segera
memaklumkan hal ini kepada Dato Safiya.
“Indah, Aunty nak Indah dengan Hasma ikut Aunty. Kita pindah”
arah Dato Safiya setelah meihat keadaan rumah Indah tinggal.
“Aunty, tak apa lah. Indah okay je tinggal dekat sini” rayu
Indah pada Dato Safiya.
“Indah No! Indah tahu tak flat, tempat yang Indah tinggal ni
macam-macam boleh berlaku. Tahap keselamatan dia pun kita tak tahu. Aunty tak
nak apa-apa jadi dekat Indah. Aunty nak Indah kemas sekarang.” Muka Dato
Safiyah kemerahan menahan geram dengan perangai Indah. Indah tidak mampu
bersuara lagi lalu pergi mengemas barangnya.
“Mama…jangan lah marah-marah Indah. Nanti mama pula yang
stress” Tajul Fahin menenangkan mamanya sambil melihat Indah berlalu ke
biliknya.
Indah dan Hasma akhirnya mengikut Dato Safiya, Tajul Fahin
dan Safuan berpindah ke sebuah rumah yang terhias indah. Rumah tersebut
sepertinya belum didiami oleh sesiapa akan tetapi hiasan dalamannya telah
berjaya mencuri hati Indah dan Hasma.
“Cantiknya rumah ni Aunty…Indah tak pernah tahu pun Aunty
ada rumah lain” puji Indah sambil leka memerhatikan sekeliling. Hasma dan
Safuan pula sedang meronda-ronda di sekeliling rumah manakala Tajul Fahin duduk
di sofa yang tersedia di rumah tersebut. Dia tersenyum saat Indah memuji rumah
yang bakal dihuni oleh gadis berkenaan kerana rumah tersebut merupakan rumahnya
yang dibeli saat dia nekad untuk memperisterikan Indah.
“Hm…cantik kan? Rumah ni tuannya dah lama beli tapi entah
kenapa dia tak mahu duduk. Tapi dia harap sangat Indah dengan Hasma boleh duduk
dekat sini. Boleh tolong tengok-tengokkan apa yang patut” balas Dato Safiya
sambil tersenyum.
Indah kaget lalu dia pun berkata “Eh…bukan rumah Aunty yea?
Kalau macam tu, Indah segan la nak duduk”
“Indah, kan Aunty dah cakap, tuan rumah ni tak kisah dan
suka sangat kalau Indah dengan Hasma duduk sini. Indah jangan risau yea. Indah
duduk je sini, okay” Dato Safiya cuba menyakinkan Indah.
“Baiklah Aunty” balas Indah sambil tersenyum.
Untuk kali ini, Indah terpaksa menerima budi baik Dato
Safiya. Tidak terbalas jasanya seumur hidup ibu angkatnya. Doanya agar Dato
Safiya akan selalu dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umurnya agar Indah dapat
terus menumpang kasih dan juga membalas budi baiknya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ini merupakan hari di mana hati Indah kembali berdarah.
Hari di mana berlangsungnya pertunangan Tajul Razin dan Illyana di rumah
keluarga Illyana. Indah juga terpaksa mengagahkan diri membantu Dato Safiya
beberapa hari sebelum hari ini menjelang tiba. Sejujurnya, Indah tidak kuat
untuk menghadiri majlis itu, namun kerana tidak mahu merosakkan kegembiraan
Dato Safiya, Indah merelakan hatinya terluka. Diajaknya Hasma menemaninya agar
dia tidak keseorangan menghadapi dugaan yang berat buat dirinya walaupun
sahabat baiknya berkeras tidak mahu mengikutnya. Sepanjang majlis berlangsung,
Indah diam membisu dan hanya tersenyum kelat apabila Dato Safiya menegurnya.
Hati Indah kembali diselubungi pilu saat Dato Safiyah
menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Illyana. Rata-rata ramai yang
tersenyum gembira terutamanya Hani, sahabat baik Illyana. Dia memang sebulu
dengan Illyana dan tidak menyenangi kehadiran Indah yang dianggapnya tidak
sesuai bergandingan dengan mana-mana anak Dato Safiyah. Namun tidak kurang juga
yang kurang menyenangi majlis pertunangan ini berlangsung seperti Tajul Zahin,
Mak Siti dan Safuan.
“Mendidih pulak aku
tengok Illyana tadi. Gedik-gedik susu pulak depan Dato Safiyah” bisik Hasma
menghentikan lamunan Indah yang jauh.
“Biarkanlah dia. Aku tengok dia cantik sangat” balas Indah
berpura-pura seperti tidak ada apa-apa berlaku.
“Kau ni okay ke tak? Kau tak sedih ke buah hati kau
bertunang dengan musuh ketat kau”soal Hasma kehairanan.
“Kau ingat aku tak sedih ke. Aku sedih tau. Rasa nak tercabut
nyawa aku ini dengan situasi sekarang tapi takkan la aku nak tunjuk sedih aku
depan semua orang. Nanti orang kata apa pulak” kata Indah separuh berbisik.
Selesai sesi menyarungkan cincin pertunangan, sesi bergambar
pula berlangsung. Tajul Razin tidak seceria mana malah kerap kali curi-curi
memandang Indah dari jauh semasa sesi bergambar dijalankan. Beberapa kali juga
dia menjeling memandang Indah yang sibuk berbual dengan para tetamu hingga
Tajul Fahin sedar akan keadaan itu. Hati Tajul Fahin sakit seketika namun dia
berpura-pura menghampiri Indah menyebabkan Tajul Razin terpaksa mengalihkan
pandangan ke tempat lain. Tingkah laku Tajul Razin ini juga membuatkan hati
Illyana diselubungi rasa cemburu dan sakit hati walaupun dia telah berjaya
menjadi tunangan kepada Tajul Razin. Dia nekad untuk merebut tempat Indah di
dalam hati Tajul Razin dan tidak akan melepaskannya walau apa yang terjadi
selepas ini.
Okay...tamat bab 1....next bab akan diberi link di komen nanti..Peace. Sila-silalah komen yea mana tahu ada penambah baikan yang boleh dibuat pada entry akan datang.
http://millaazmillaktar5960.blogspot.com/2014/08/hai-semua-okay-ni-bab-2-sambungan-dari.html
ReplyDelete