Wednesday, 27 August 2014

Hai semua, okay ni bab 2 sambungan dari entry sebelum ini. Seriusly memang penat (baru ku tahu macam ni jadi penulis). Okay...selamat membaca..

BAB 3

Hujung minggu ini, Indah akan pulang ke kampung bersama Tajul Fahin untuk bertemu dengan ayahnya untuk memaklumkan tentang perkahwinannya dan meminta restu daripadanya. Dato Safiya pada mulanya bertegas mahu mengikut Indah, namun ditegah oleh anak-anaknya terutamanya Tajul Fahin. Biarlah dia dan Indah berdepan dengan ayah Indah walaupun dia sedia maklum tentang kegarangan ayah Indah.

“Jah, kau boleh tolong aku tak?” pinta Safuan yang muncul secara tiba-tiba menyentakkan Indah dari lamunannya.

“Kau nak aku tolong apa Safuan?”soal Indah.

“Kau tolong attend meeting kat Putrajaya dengan Encik Zen. Aku ada emergency case. Kena pergi Rawang kejap lagi” balas Safuan sambil memandang Indah.

Indah terkejut seketika. Pergi meeting dengan Tajul Razin? Ini yang lemah ini.

 “Ooo..yeke. Encik Zen dah tahu ke?” soal Indah.

“Dah, dia yang suruh aku cakap dengan kau. Dato Safiya pun dah bagi green light. Kau tolong aku ek? Kau jela harapan aku sekarang”pinta Safuan mengharap.

“Okaylah, aku tolong kau tapi pukul berapa meeting tu?” soal Indah lemah.

“Pukul 10.00 pagi. Kejap lagi Encik Zen datang, kau gerak sekali dengan dia. Ni hah dokumen-dokumen untuk meeting tu.” balas Safuan sambil meletakkan dokumen-dokumen di atas meja Indah.

“Thanks tau Indah. Nanti aku belanja kau okay” sambung Safuan lagi sebelum berlalu pergi.

Indah tersenyum kelat sambil memandang Safuan berlalu pergi. Tidak lama kemudian, Tajul Razin datang ke tempatnya dan mereka bersama-sama pergi ke mesyuarat tersebut. 

Sepanjang perjalanan, baik Indah mahupun Tajul Razin diam membisu. Hanya lagu di corong radio yang memecah kesunyian di dalam kereta. Fikiran Indah kerap kali teringat akan kenangannya bersama Tajul Razin semasa menghadiri mesyuarat seperti sekarang. Hampir mengalir air mata Indah, namun dia sedaya upaya menahannya daripada jatuh. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan lelaki yang telah memijak-mijak maruahnya. Akan tetapi, Tajul Razin perasan akan tingkah laku Indah ini. Namun, dia hanya berpura-pura tidak melihat dan fokus pada pemanduaanya

Sepanjang mesyuarat, Indah hanya menumpukan sepenuh perhatiannya pada kerja dan mendengar segala butiran mesyuarat. Sesekali mata Indah tertangkap anak mata Tajul Razin dan hatinya sedikit gundah sementelah redup mata itulah yang membuat dia sentiasa tersenyum dan gembira. Begitu juga Tajul Razin. Sudah lama dia tidak menatap mata yang membuai mimpi dan angannya.

Selesai mesyuarat, Tajul Razin mengajak Indah untuk makan tengahari. Indah hanya menggangguk tanpa sepatah dua perkataan yang keluar dari mulutnya. Sebenarnya Indah enggan mengikutnya tetapi mengenangkan perutnya yang telah menyanyikan beberapa buah lagu keroncong asli, diturutkan sahaja ke mana Tajul Razin ingin membawanya.

“Indah, terima kasih yea sebab sudi tolong saya saya hari ini” kata Tajul Razin memecahkan kesunyian yang menyelubungi mereka berdua.

“Sama-sama. Saya tolong pun sebab Safuan yang minta”jawab Indah separuh hati.

Akhirnya Tajul Razin dapat juga mendengar jawapan dari mulut comel Indah walaupun jawapan yang diberikan agak sinis.

“Saya tahu Indah bukannya rela nak ikut saya ke Putrajaya. Betul kan?”duga Tajul Razin sekadar ingin berbual-bual dengan Indah.

“Ya, memang saya tak rela. Tapi takkan saya nak tolak pulak. Lagipun saya ni cuma kuli. Kenalah ikut arahan dan bersikap professional. Nanti Dato Safiya pulak yang malu dapat PA yang kebudak-budakan” balas Indah menahan geram.

“Tak apa, saya faham. Saya tahu saya banyak buat salah dengan Indah. Apa-apa pun thanks again” kata Tajul Razin sayu.

“Tahu pun encik. Dah lah saya dah kenyang. Terima kasih Encik Zen kerana belanja saya hari ini. Saya minta diri dulu.”kata Indah sebelum bangun dan berlalu pergi. Indah sebenarnya sudah hilang selera sewaktu Tajul Razin memulakan bicara. Dia sudah tidak mampu bertahan untuk duduk semeja dengannya.

Tajul Razin terpinga-pinga sebelum kelam kabut membayar bil dan mengejar Indah yang berlalu dengan pantas.

 “Indah, nanti dulu. Awak nak balik dengan apa? biar saya hantar awak. Lagipun awak pergi ke sini dengan saya. Jadi memang tanggungjawab saya untuk hantar awak balik.” kata Tajul Razin sambil mencengkam lengan Indah untuk menahannya dari pergi.

“Eh Encik Zen. Apa pegang-pegang ni? Lepaslah!” bentak Indah sambil menepis genggaman Tajul Razin.

“I’m sorry. Tapi please, biar saya hantar awak balik. Lagipun dekat sini tak banyak teksi atau bas” pujuk 
Tajul Razin yang kelihatan kekok dengan perbuatannya sebentar tadi.

“Tak apalah Encik Zen. Saya boleh balik sendiri. Encik Zen tak payah lah risau. Pandai-pandailah saya cari jalan nak balik.” balas Indah sebelum berlalu.

Tajul Razin berdiri kaku. Dia tidak menyangka hati Indah sekeras ini. Niatnya tadi cuma ingin memecahkan kesunyian yang melanda antara mereka selain dia rindu mendengar suara cinta hatinya yang kian menjauh dari dirinya. Namun, dia tidak menyangka akan mengakibatkan Indah nekad untuk pulang sendiri. Tajul Razin mengeluh lagi.

Indah pula berjalan laju meninggalkan Tajul Razin yang terdiam kaku. Namun, dengan tiba-tiba hadir seorang lelaki separuh umur menghampirinya dan menampar Indah. Nasib Indah baik kerana dia sempat disambut oleh Tajul Razin yang laju menerpa ke arahnya sebelum dia terjatuh. Kalau tidak, mungkin batu besar dan jalan bermandi darah gadis yang malang itu.

“Indah, kau ni betul-betul dah memalukan keluarga. Ke hulur ke hilir dengan jantan. Apa nak jadi dengan kau ni. Aku tak kira Indah. Kau kena nikah. Aku tak mahu kau conteng arang kat muka aku lagi. Malu tau.”marah lelaki tua yang merupakan ayah Indah, Encik Halim. Hatinya bertambah panas melihatkan anaknya dipeluk lelaki lain sesuka hati. Lelaki yang sama yang datang ke rumahnya bersama Indah tempoh hari.

“Abah…Indah tak macam tu Abah. Abah dah salah faham. Indah tak buat kerja-kerja tu Abah” rayu Indah pada ayahnya selepas meleraikan pelukan Tajul Razin yang menyambutnya dari jatuh.

“Kalau kau tak macam tu, habis ini apa?” marah Encik Halim sambil melemparkan gambar Indah dan Tajul Razin yang kelihatan mesra.

“Abah…Abah salah faham Abah. Kitaorang tak ada apa-apa” jelas Indah pada ayahnya.

“Kau kata tak ada apa-apa!!! Anak tak tahu malu!!” kata Encik Halim sebelum tangannya diangkat ingin mengajar anaknya.

Namun, tangannya tidak sempat hinggap di pipi anaknya kerana dengan tangkas ditepis oleh Tajul Razin. Hampir-hampir sahaja terkena pada mukanya. Tajul Razin agak gerun dengan ayah Indah, namun dia menguatkan semangatnya dan tidak mahu penampar ayah Indah yang tidak berhati perut hinggap di pipi Indah. Dia hairan sungguh bagaimana ayah Indah yang Indah sayang dan sanjung selama ini boleh berubah sedemikian rupa.

“Pakcik…sudah-sudah lah seksa hidup Indah. Kalau pakcik dah tak nak terima dia, keluarga saya sanggup terima dia. Tapi pakcik tolong jangan buat Indah macam ni” rayu Tajul Razin pada Encik Halim.

“Kau jangan masuk campur dalam hal aku dengan anak aku! Kau pun sama jugak, usung anak dara orang ke hulur ke hilir. Dah tak tahu halal haram dah ke! Daripada korang buat maksiat, lebih korang nikah lah!!” jerkah Encik Halim.

“Saya tahu pakcik, sebab tahulah saya pernah datang berjumpa dengan pakcik. Tapi pakcik tolak saya mentah-mentah. Dan pakcik kena ingat, siapa wali pada Indah?” balas Tajul Razin geram.

Encik Halim terdiam. Berani sungguh anak muda ini menentangnya. Pada masa yang sama, dia termalu sendiri dengan sikapnya.

“Macam nilah pakcik. Tentang perkahwinan Indah, pakcik jangan risau. Semuanya saya dan keluarga saya akan uruskan. Tapi sebelum tu, marilah kita ke rumah saya untuk bincangkan hal ni” pelawa Tajul Razin.

“Tak payah, aku tak hadap nak pergi rumah kau. Aku jumpa kau lain kali je” kata  Encik Halim sebelum berlalu pergi.

Indah melihat ayahnya berlalu pergi sambil menangis. Dia ingin mengejarnya, namun Tajul Razin menahannya.

“Dah Indah, sekarang kita balik dulu. Nanti kita bincang dengan ayah Indah yea” pujuk Tajul Razin lembut.

“Tak nak!! Biar saya balik sendiri!!” kata Indah sambil menepis Tajul Razin dengan kasar dan ingin berlalu 
pergi.

Namun Tajul Razin dengan pantas merentap tangan Indah dengan kasar dan membawanya ke kereta. Indah sekali lagi cuba meleraikan pegangan Tajul Razin, tetapi tenaga wanitanya yang tidak seberapa tidak mampu meleraikannya. Akhirnya Indah terpaksa pulang juga bersama Tajul Razin.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sepanjang perjalanan pulang, baik Indah mahupun Tajul Razin diam membisu. Hanya perbualan telefon di antara Tajul Razin dan Dato Safiya yang kemudiannya bertukar tangan kepada Indah yang kedengaran. Dato Safiya kebimbangan pada mulanya mendengar berita yang disampaikan oleh anaknya namun lega apabila Indah mengatakan dia tidak apa-apa. suasana kembali sunyi selepas panggilan telefon dimatikan. Namun, hati Indah diselubungi rasa geram dan tanda tanya dengan tingkah laku Tajul Razin memulakan bicara. Dia sudah tidak dapat bertahan lagi.

“Apa sebenarnya yang Encik Zen nak dengan saya yea? Tak cukup-cukup lagi encik sakitkan hati saya. Sekarang encik tunjuk baik pulak dengan selamatkan saya dari ayah saya” tanya Indah geram.

Tajul Razin hanya  berpura-pura diam dan hanya fokus pada pemanduannya.

“Saya tak faham la dengan permainan Encik Zen ni. Encik Zen dah buang, dah campak saya jauh-jauh habis tu, kenapa beria-ria tolong saya tadi? Saya tak suka la dengan sikap Encik Zen macam ni” sambung Indah yang bertambah geram dengan Tajul Razin yang diam membisu.

“Saya tak ada niat apa-apa pun. Lagipun takkan saya nak biar bakal adik ipar saya kena maki hamun sepak terajang tadi. Nanti mama dan semua juga yang risau.” jawab Tajul Razin tenang.

“Biarlah saya kena maki hamun semua dari saya kena terhutang budi dengan Encik Zen. Mati pun tak apa. Saya serius tak faham dengan Encik Zen ni. Dahlah Encik Zen tinggalkan saya terkapai-kapai, hilang entah ke mana, lepas tu Encik Zen mainkan perasaan dan cinta saya. Sekarang tolong pulak saya. Apa ni?!” luah Indah melepaskan segala-galanya.

Tajul Razin tidak bersuara. Hanya diam mendengar luahan perasaan Indah. Biarlah dia lepaskan segala-galanya. Kalau ikutkan perasaan, mahu sahaja Tajul Razin memberhentikan kenderaannya dan menjelaskan segala-galanya. Namun dikuatkan hatinya demi mengotakan janjinya pada semua.

“Cakaplah Encik Zen!!”marah Indah sambil memukul lengan Tajul Razin.
Mata mereka berdua bertaut seketika. Namun, Tajul Razin melarikan pandangannya ke jalan raya. Hati Indah sakit sangat dengan tingkah laku Tajul Razin yang diam dan membuatnya tertanya-tanya.

“Encik Zen berhentikan kereta ni sekarang! Saya nak turun!” arah Indah marah.

Tajul Razin hanya diam dan berpura-pura tidak mendengar apa yang Indah katakan.

“Saya kata saya nak turun. Tolong berhenti Encik Zen!” jerit Indah yang nekad. Dia sudah tidak mampu untuk duduk di dalam kereta itu.

Tajul Razin akhirnya beralah. Kalau Indah berterusan menjerit mahu pekak telinganya. Silap-silap disangka yang bukan-bukan oleh pemandu-pemandu lain. Dia memberhentikan kereta di tepi jalan dan membiarkan Indah turun dari keretanya. Sebelum turun, Indah sempat memberi amaran kepadanya untuk tidak mengekori Indah. Indah akhirnya berjaya menahan sebuah teksi untuk menuju ke destinasi yang Tajul Razin tidak ketahui. Perlahan-lahan keretanya mengekori teksi yang membawa Indah. Hatinya tidak tenteram jika tidak mengetahui ke mana Indah pergi.

Teksi yang membawa Indah akhirnya berhenti di sebuah kawasan perumahan. Tajul Razin seperti biasa memberhentikan keretanya tidak jauh dari tempat Indah turun dari teksi yang dinaikinya. Tidak lama selepas itu, Indah masuk ke dalam salah sebuah rumah dan hilang dari pandangan Tajul Razin.
Tajul Razin mengucapkan syukur di dalam hatinya kerana akhirnya dia mengetahui di mana Indah tinggal setelah keluar dari rumahnya. Hampir seminggu Tajul Razin berada dalam kegelisahan kerana tidak mengetahui di mana Indah tinggal. Disuruhnya Safuan bertanya pada Hasma, namun Hasma enggan memberitahunya sementelah kawan baik Indah itu merupakan tali barutnya. 

Namun Tajul Razin kehairanan. Rumah siapa yang Indah masuk tu? Setahu dia, Indah tidak mempunyai kawan lain yang rapat selain Hasma. Mungkin rumah itu rumah kawannya yang Tajul Razin tidak kenali. Akhirnya baru dia teringat yang mamanya ada memberitahunya bahawa Tajul Fahin ada membeli sebuah rumah berdekatan dengan rumah yang Indah masuk tadi. Mungkin rumah itu rumah Fahin. Bagus juga Indah tinggal di situ, sekurang-kurangnya keselamatan dia terjamin walaupun hatinya sedikit terluka kerana Indah tidak mahu lagi tinggal di rumahnya. 

Tajul Razin terdiam seketika sambil memerhatikan rumah yang Indah duduki sebelum berlalu pergi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kau mengambil hatiku
Jadikannya kelabu
Kau menghancurkan semua impian
Yang tersimpan sejak dulu
Kau racuni cintaku
Hingga menjadi benci
Tak lelah aku setia
Tersiksa sendiri

Bait lirik lagu Benci nyanyian Utopia meniti di bibir Indah. Ini menyebabkan Hasma menerjah masuk bilik Indah kerana tidak tahan dengan nyanyian sumbang kawannya.

“Indah…udah-udah la tu nyanyi. Bingit telinga aku tau. Ni kalau jiran-jiran keliling dengar ni, tak ke kena complain” ngomel Hasma.

Indah memberhentikan nyanyian dan lagu kegemarannya. “Kau ni Hasma. Aku tengah syok layan perasaan aku lah. Kasi lah chance kat aku nak melalak. Bukannya selalu pun.” Muka Indah masam mencuka.

“Yelah aku tahu la kau tengah frust menonggeng tapi takkan asyik lagu tu je. Pasang la lagu lain. Ni tak lagu indon jugak kau dok pasang dan melalak bagai” balas Hasma.

“Hasma, aku bukan apa. Aku rasa lagu ni la yang paling dekat dengan hati aku. Yealah, kau cuba hayati lirik dia. Semua ada kena mengena dengan aku tau” Indah mengesat air matanya yang mula bergenang.

“Dah kenapa pulak nak menangis ni. Yealah…aku faham. Aku tahu sekarang ni kau tengah menderita. Tapi aku tak tahu la nak komen apa dah. Kau sabar ek.” pujuk Hasma serba salah.

“Hasma, kau tahu kan aku sayang sangat dengan Encik Zen tu. Bila dia buat aku macam ni, aku rasa hati aku hancur sangat-sangat. Aku rasa macam dah tak nak hidup dah. Tapi aku bersyukur, iman aku kuat lagi. 
Kalau tak, dah lama aku terjun bunuh diri” luah Indah teresak-esak.

“Ish kau ni. Ke situ pulak. Habis kalau kau mati nanti aku macam mana? Masalah kau boleh settle macam tu je? Dah lah Indah, cukup-cukup la kau kenang si Tajul kejam tu. Kalau ikut hati aku, mahunya dia makan pelempang aku. Lepas tu aku lipat-lipat dia jadi kertas bungkus nasi lemak. Baru ada akal.” ngomel Hasma cuba untuk meredakan esakan Indah.

Tiba-tiba esakan Indah terhenti. “Eh….janganlah sampai macam tu pulak. Kesian pulak nanti kat merak kayangan aku tu.”

“Eh kau ni. Kata marah, kecewa semua…yang kau back up dia kenapa pulak? Tak faham aku dengan kau ni Indah” Hasma menggeleng kepala.

“Entah la Hasma. Aku ni kadang-kadang rasa benci sangat dengan dia. Kadang-kadang tu rasa sayang pun ada. Aku pun tak faham dengan diri aku ni” luah Indah kehairanan dengan diri dia sendiri.

“Ish…ada-ada je la kau. Dah daripada kau menangis melolong tak tentu pasal. Kau nyanyi la puas-puas lagu favorite kau tu sampai terkeluar anak tekak. Aku nak pergi melantak jap” kata Hasma sebelum keluar dari bilik Indah yang dirasakannya macam pusat karaoke.

Hasma membiarkan Indah terus hanyut dengan dunia nyanyian sumbangnya. Biarlah, kalau itu mampu menggembirakan hati kawannya, dia rela memekakkan telinga. Sungguh hati Hasma turut sakit melihatkan penderitaan kawannya yang seorang ini. Dahlah dibuang oleh ayahnya sendiri. Kini menderita pula dipermainkan perasaan oleh seorang lelaki. Sangkanya Tajul Razinlah yang mampu membuat Indah tersenyum bahagia buat selamanya. Namun, lelaki itu telah merobek hati Indah hingga hancur. 

Kalau tidak mengenangkan Tajul Razin itu anak kepada majikannya, sudah tentu dibelasahnya cukup-cukup. Ada juga Hasma bertanyakan kepada si lembik, Safuan, namun seperti biasa dia hanya diam membisu dan mengatakan dia tidak mencampuri urusan peribadi bosnya. Ini menyebabkan Hasma bertambah geram tetapi mengenangkan Safuan juga bersimpati dengan keadaan Indah sewaktu di hospital, dibatalkan niatnya untuk marah padanya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tajul Razin duduk di tempat dia selalu menyiapkan kerjanya sewaktu Indah berada di rumahnya. Hatinya teringat kembali kenangan lama sewaktu memikat Indah. Setiap malam, ada sahaja dimintanya kepada Indah untuk dirinya. Yealah, hatinya sedang dilamun cinta, sudah tentu ingin sentiasa dekat dengan Indah. Selalunya dia akan meminta Indah membuat hot chocolate untuknya, tak pun menolongnya menyiapkan slide presentation untuk mesyuarat esoknya padahal tugas Indah hanyalah menolong mamanya bukannya menjadi PA kepada Tajul Razin. Adakalanya dilihat Indah mengeluh, namun dia tetap tersenyum manis di hadapan Tajul Razin. Tidak pernah sekali dia merungut dengan permintaannya yang bukan-bukan. Namun, ia hanya tinggal kenangan yang tak mungkin dipadamkan buat selamanya.

Tiba-tiba pintu rumahnya dibuka menghentikan lamunan Tajul Razin. Dilihatnya Tajul Fahin baru pulang membawa sebuah beg kecil.

“Bro, tak tidur lagi?”tanya Tajul Fahin sambil duduk di sebelah abangnya.

“Belum, abang tak mengantuk lagi. Fahin dari mana?” tanya Tajul Razin pula sekadar ingin mengetahui kemana adiknya pergi. Bimbang juga kalau-kalau perangai lama adiknya berulang kembali.

“Tadi I pergi ambil cincin kahwin I dengan Indah yang I tempah hari tu. Kebetulan I terserempak dengan kawan I masa belayar dulu, so kitaorang lepak-lepak jap. Tu yang baru balik ni” balas Tajul Fahin sambil mengeluarkan isi dari beg yang dipegangnya. Dia tahu abangnya bertanya kemana dia pergi kerana risau kalau-kalau dia kembali kepada zaman silamnya. Jangan risau bro, adik u ni takkan buat hal lagi.

“Bro, apa pendapat you tentang cincin ni? You rasa Indah suka tak?” sambung Tajul Fahin sambil 
menghulurkan bekas cincin kepada abangnya.

Tajul Razin melihat bekas cincin yang dihulurkan oleh adiknya. Sepasang cincin tersemat indah di dalam bekasnya. Cantik sungguh. Pandai adiknya memilih.

“Nice, you don’t have to worry. Indah mesti suka punya.”Tajul Razin meyakinkan adiknya walaupun apa yang diluahkannya amat berat untuk diluahkan.

“Yeke bro? Lega I kalau macam tu. I naik atas dulu, nak tunjuk cincin ni dekat mama. Tadi dia bising betul bila I lambat-lambat ambik cincin” Tajul Fahin bangun sambil diperhatikan abangnya.

Tajul Razin sepertinya tidak mampu menanggung deritanya lalu pergi ke biliknya. Mampukah dia bertahan dengan penderitaan ini. Membiarkan insan yang disayangi menjadi isteri dan adik ipar. Perlahan-lahan dia berdoa agar diberikan kekuatan menghadapi dugaan ini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dua minggu lagi, Indah Harlina bakal disatukan dengan Tajul Fahin. Tarikh perkahwinannya telah diputuskan apabila ayah Indah bertemu dengan Dato Safiya dan Tajul Razin di sebuah restoran. Puas Dato Safiya dan Tajul Razin memujuk ayahnya ke rumah untuk berbincang di samping menemukan Indah dengan ayahnya. Namun ayah Indah berkeras mahu berjumpa mereka berdua di restoran. Abah, sampainya hati Abah tak mahu jumpa dengan Indah. Hati Indah menangis lagi.

“Aunty, dua minggu tu tak ke cepat sangat” tanya Indah kepada Dato Safiya selepas pulang bertemu dengan ayah Indah. Tajul Razin pula terus ke biliknya setelah masuk ke dalam rumah.

“Indah, masa jumpa ayah Indah tadi Aunty ada cuba minta untuk tangguhkan seminggu dua lagi, tapi ayah Indah berkeras nak Indah dinikahkan dengan segera. Aunty minta maaf yea” pujuk Dato Safiya sayu.

“Tak apa bukan salah Aunty pun. Mungkin dah nasib Indah kena buang dengan ayah sendiri.” Hati Indah terluka sangat-sangat dengan tindakan ayahnya hingga mengalir air matanya.

“Janganlah cakap macam tu. Walaupun ayah Indah dah tak sayangkan Indah, Aunty sekeluarga kan ada. Aunty sayang Indah macam anak Aunty sendiri tau” kata Dato Safiya sambil mengesat air mata di tubir mata Indah

“Indah tahu, sebab tulah Indah sayang sangat dengan Aunty” balas Indah sambil memeluk ibu angkatnya. Sungguh dia bersyukur dipertemukan dengan seorang wanita sebaik Dato Safiya.

“Dah..jangan menangis lagi. Kejap lagi Tajul Fahin balik, kita pergi jumpa wedding planner. Prepare apa yang patut yea” kata Dato Safiya sambil tersenyum.

“Okay Aunty, Indah ikut je apa yang baik baik untuk Aunty” balas Indah sambil tersenyum.

Dato Safiya dan Indah berbual-bual mengenai persiapan perkahwinan sementara menunggu Tajul Fahin pulang. Di kala dua beranak ini berbual, Tajul Razin hanya mendengar dari jauh. Sungguh dia kasihankan Indah yang dibuang ayahnya apatah lagi dia juga telah melakukan hal yang sama demi keluarganya. Dia berdoa agar ayah Indah sedar akan kesilapannya dan kembali menyayangi anaknya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dulang hantaran yang telah digubah tersusun rapi di hadapan Indah. Ramai jiran-jiran dan kenalan Dato Safiya datang membantu menyiapkan persiapan pernikahan Indah. Walaupun Dato Safiya telah melantik perancang perkahwinan namun, dia tetap meminta pertolongan dari jiran-jirannya untuk majlis pernikahan anak terunanya. Esok, Indah bakal melangkah ke fasa baru dalam hidupnya dan secara rasminya bergelar menantu kepada Dato Safiya. Indah hanya memandang sayu apa yang dihadapannya. Hati Indah sedikit pun tidak gembira memandangkan bakal suaminya bukanlah pilihan hatinya. Lainlah kalau Tajul Razin, sudah tentu pada masa ini, hatinya gementar tidak terkata. Aduhai hati….tolonglah jangan ingat kat dia lagi.

“Bro, are you serious with you decision”Tajul Zahin menegur Tajul Razin yang leka memerhatikan Indah melayan tetamu yang datang membantu menyiapkan persiapan majlis pernikahan Indah.

“Yes, I’m serious bro. Kalau ini mampu membahagiakan family kita, abang sanggup” balas Tajul Razin.

“But I tahu you sebenarnya sayangkan Indah sangat-sangat kan? And Indah pun sama jugak. Then why do you torture yourself, sacrificing your love just for bro Fahin?” Tajul Zahin keliru dengan tindakan abangnya yang dianngap tidak masuk akal.

“Zaf, Fahin tak boleh hilang Indah. You tengok sendiri your brother. He had changed a lot after I gave up my love for Indah. You taknak ke tengok your brother berubah?” tanya Tajul Razin.

“Then how about you? Selama ni you dah sacrifice macam-macam for this family. You taknak ke bahagia? 
Yes, I’m happy bila bro Fahin berubah, but perlu ke sampai you kena korbankan you own feeling just for him” luah Tajul Zahin.

Sungguh dia tidak sanggup melihat abangnya berkorban lagi. Sepanjang hidupnya, dia telah meihat abang berkorban dari masa mudanya menguruskan syarikat sehinggalah sekarang. Dia juga sudah letih melihat abangnya termenung memikirkan permintaan Tajul Fahin yang tidak masuk akal.

“Zaf, Abang pun teringin nak bahagia. Tapi abang akan lebih bahagia kalau keluarga ni dapat bersatu macam dulu. Please, Zaf. Kalau betul Zaf sayangkan mama and this family, please support my decision. Doakan Indah bahagia dengan Fahin” rayu Tajul Razin mengharapkan pengertian adiknya.

“Okay, but honestly for the first time, I’m not agree with your decision. I really hope that this marriage wil not happen” tegas Tajul Zahin.

“Zaf, once again i’m telling you, apa yang abang buat ni untuk kebaikan semua. Abang tak kisah kalau hati abang ni hancur janji our mom will be happy. Zaf tak nak ke mama happy?” pujuk Tajul Razin lagi.

“Of course I want mama to be happy. But if this is the way then I ikut jelah. But no matter what happen next, I’ll always bu your side” balas Tajul Zahin mengenangkan abangnya beria-ria memujuknya menerima keputusannya.

Tajul Razin tersenyum. Dia kemudiannya berlalu menuju keluar bersama keretanya sementara Tajul Zahin keluar menghirup udara segar. Dia berharap agar keajaiban akan berlaku di hari pernikahan Indah esok. 

Okay.....mesti korang semua dh excited kan sebab terhenti dekat sini je. Jnagan risau, patik akan cuba sedaya upaya menyambungnya jika ada permintaan

BTW, feedback dari korang semua amatlah dihargai
Sekian....
See you guys again for the nex entry. 
Peace         
  
  


No comments:

Post a Comment