Assalamualaikum, hai readers yang datang menjenguk,
Lama kan tak post. Actually ada satu info mahu kasi tahu
As ramai yang tahu, my interest is writing an novel.
Tapi sampai sekarang, karya tu tak sempat disiapkan. Masih lagi mencari mood plus sekarang pun dok nak build up career dulu.
So, that novel (kalau siapa yang pernah baca) has been removed from this blog
and insha Allah will be publish if i'm able to finish it
tapi buat sementara maybe i'll publish a bit more to short story @ mini novel
Cuma sekarang ni, jiwa, hati and jasad tak dalam writing world
So apa2 pun keep supporting novel and drama industry k
Rarely become a blogger but Dreamy to be novelist. Thanks visiting my blog. Hope you enjoy to read it
Thursday, 1 September 2016
Tuesday, 19 April 2016
Bab 4
Andai bisa diungkapkan rasa rindu pada yang pergi, pasti akan terluah segala rasa yang tersimpan di dalam kalbu
Sebulan telah berlalu, Adi masih terlantar koma di
hospital gara-gara menyelamatkan kekasih hatinya. Setiap hari Hana akan
melawatnya dan bercakap dengannya. Dia menyesal akan kesilapannya dalam menilai
Adi. Namun, Adi masih tidak menunjukkan sebarang respon
“Hana...” suara
seorang wanita menghentikan lamunan Hana yang panjang.
“Aliya....bila
you sampai?” soal Hana sambil mengelap air mata yang kini menjadi penemannya.
Aliya Maizura juga kini menjadi kawan baiknya sejak peristiwa pahit yang
menimpa kekasih hatinya. Dia juga sudah mengetahui hubungan sebenar antara Adi
Alfian dan Aliya Maizura.
“Baru je.....You
okay?”
“I’m okay. Just I
wonder sampai bila Adi nak terlantar macam ni?” keluh Hana. Sungguh dia tak
sanggup melihat Adi Alfian terlantar sebegini. Hatinya dilanda sakit dan
penyesalan..
“Sabar la Hana.
Kita doa banyak-banyak okay,” pujuk Aliya.
Hana Zahira
mengangguk lemah. Dia kemudiannya mengambil Surah Yassin untuk dibaca.
Tiba-tiba Adi
menunjukkan reaksi dengan mengerakkan tangannya. Kelopak matanya dibuka
perlahan. Terasa berat kepalanya. Namun digagahkan juga matanya untuk dibuka. Dalam
masa yang sama, satu suara yang biasa kedengaran memanggil-manggil namanya. Syukur,
akhirnya Adi telah pun sedar.
“Syukur sangat
Hana bila abang dah sedar”
“A’a Adi.....kau
tahu tiap-tiap hari Hana ni jenguk kau. Sayang betul dia kat kau,” usik Aliya.
Hana hanya tersenyum malu tetapi tidak membantah kerana ia memang hakikatnya.
Adi tersenyum. “Aku
tahu...walaupun aku ni koma, tapi aku dapat rasa Hana ada dekat dengan aku,”
komen Adi Alfian. Sepanjang dia terlantar koma, entah kenapa dia mampu
merasakan kehadiran cinta hatinya.
“Alahai dah
terlantar macam ni pun nak sweet talker bagai you ni kan,” usik Aliya. Sungguh
dia bersyukur kerana Adi Alfian dan Hana Zahira akhirnya kembali bahagia.
***************************************************
Di sebalik kebahagiaan pasti akan ada halangan. Akan
tetapi andai halangan itu dari Maha Pencipta, apalah daya untuk kita menghalangnya.
“Hana....Hana!!!!!”
jerit Adi seraya membuka matanya. Dia bermimpi buruk tentang sesuatu. Dia
beristighfar sebentar. Kini matanya mula mencari kelibat Hana. Ternyata gadis
itu sedang lena di buai mimpi di tepi katilnya. Adi tersenyum, bahagia kerana
kekasih hatinya sentiasa ada di sisinya kini.
Namun
entah mengapa hatinya tiba-tiba tidak sedap. Lantas, dia cuba mengejutkan Hana.
Tiada respon. Adi mula panik.
“Hana,
bangun sayang. Tak elok Hana tidur macam ni,” Adi cuba mengejutkan Hana sekali
lagi. Namun hampa, sebaliknya tangan gadis itu terkulai layu.
“Ya
Allah..Hana!!!! Doktor, Nurse!!,” jerit Adi meminta tolong.
Hana
Zahira telah pergi selamanya. Pergi menghadap Sang Pencipta dan meninggalkan
Adi Alfian bersendirian. Doktor mengesahkan bahawa kematian Hana Zahira
berpunca daripada ketumbuhan yang berada di dalam otaknya. Patutlah Aliya ada
memberitahu Adi yang arwah kekasihnya pernah mengadu sakit kepala walhal sakit
tersebut berpunca dari ketumbuhan yang dialami oleh Hana.
Kini,
Adi pasrah dan sendirian, bertemankan rakaman video di dalam telefon pintar
Hana. Rakaman video yang dirakam sewaktu dirinya terlantar koma
“Assalamualaikum
Abang Adi Alfian yang Hana Zahira paling sayang. Tiba-tiba Hana rasa nak buat
video ni untuk Abang, Hana takut tak sempat nak luahkan apa yang Hana rasa
selama ni. Abang, Abang tahu tak, Abanglah lelaki pertama yang berjaya buat
Hana sayang, benci, rindu sangat-sangat. Tak tahu lah Hana macam mana kalau
Abang tak ada dalam hidup Hana. Mahu gila kot jadinya.
Abang,
Abang ingat tak dulu? Abang suka nyanyi lagu Selamaku Bernafas tu. Hana rindu
sangat Abang nyanyi lagu tu. Mula-mula Hana marah juga kenapa Abang suka sangat
nyanyi lagu. Abang cakap sebab lirik dia best. Tapi sekarang Hana faham maksud
tersirat lagu tu. Walaupun kita tak bersama selamanya, tapi andai ada satu saat
yang tertingga, kita kena sentiasa hargai orang yang kita sayang sampai ke
akhir nafas kita. Jadi Hana hargai sangat cinta Abang untuk Hana dan Hana nak
Abang tahu yang Hana akan simpan dan jaga cinta Adi sampai bila-bila.
Abang, andailah
satu masa nanti Hana dah tak ada di sisi abang, Hana harap sangat abang jangan
menangis tau sebab tak handsome la kalau Abang nangis. Lagipun Hana tak nak
Abang sedih sebab Hana. Dan Hana nak Abang gembira je dan cipta kisah cinta
abang yang baru. Hana izinkan tau. Hana janji Hana akan tunggu abang dan Hana
harap kita dapat jumpa di syurga nanti.
Abang, Hana tahu
selama ni Abang banyak bersabar dan layan je kerenah Hana. Sampai macam-macam
yang Abang kena buat demi yakinkan cinta Abang kat Hana. Hana tahu Hana selalu
perlekehkan cinta Abang tapi tidak pernah sekali pun Abang ragu dengan Hana.
Terima kasih abang. Tapi Hana harap sangat Abang cepatlah sedar dan kembali lah
menjadi sang pencinta Hana Zahira. Hana rindu Abang. Hana mintak maaf sebab
salah faham dengan Abang. Please abang...bangunlah..Hana sayang Abang”
Video berdurasi
tiga minit itu terhenti dengan sendirinya. Inilah kenangan terakhir Hana Zahira
buat diri Adi Alfian. Adi teresak-esak menangis. Sungguh hatinya pedih dek
kehilangan insan yang sangat dicintainya. Namun apakan daya, takdir telah
menentukan segalanya. Dia harus pasrah dan redha dengan pemergiaan Hana Zahira.
“Hana...Abang
akan selalu ingat Hanalah yang membakar semangat dan cinta Abang. Abang janji
Abang takkan menangis lagi dan setiap kali Abang rindukan Hana, Lagu Selamaku
Bernafas lah Abang akan nyanyi sebab dengan lagu itulah jiwa Abang sentiasa
dekat dengan Hana,”
Adi memetik gitar
sambil menyanyikan lagu Syamkamarul yang menjadi memori cinta antara dia dan Hana Zahira. Sayu hatinya hingga hampir menitiskan air mata ketika menyanyikan lagu tersebut. Namun, rindunya pada Hana akan terubat tiap kali menyanyikan lagu tersebut. Di dalam hati kecil jejaka tersebut, Adi berharap agar cintanya buat Hana Zahira akan kekal hingga mereka bertemu
kembali di sana kelak
Andai bisa diungkapkan rasa rindu dan cinta pada yang
telah tiada, akan diungkapkannya sehingga ke akhir nafas. Andai dia telah tiada
di sisinya, rindu pasti menggamit di hati buat sang pencinta yang setia.
**************************************************************************
**************************************************************************
So basically this is the last chapter.....So...if ada yang kurang atau biasa-biasa je saya mintak dulu and do comment on it if you want and insha Allah will update the next chapter on Cinta Seindah Novel atau nama asalnya ialah Cinta Kaki Buku Kaki Bisnes
Bab 3
Adakalanya cinta itu perlu diuji agar hati bisa yakin dialah untuk kita.
Dan untuk itu, Adi nekad untuk menguji sama ada Hana
sudah bersedia menerimanya. Bukan kerana dia letih menanti cinta daripada Hana,
tetapi dia yakin yang Hana juga merasakan perasaan yang sama dengannya.
‘Sepuluh- Kalau
cinta awak untuk saya, please do meet me, Hana.
Mungkin
permintaan saya ni pelik, tapi saya harap sangat awak dapat kotakan. Hampir
setiap hari saya menyatakan perasaan saya pada awak. Dan kali ini, saya nak
sangat tahu apa isi hati awak? Kalau awak sudi berkenalan dengan saya, please
keluar dan jumpalah saya. Saya tunggu awak di taman berhampiran rumah awak.
Dan jika saya hanya mengganggu awak selama
ini. Buanglah saya dari hidup awak selamanya – Adi Alfian.’
Selepas menbaca
kad tersebut, Hana bergegas keluar menuju ke taman berhampiran rumahnya. Dia tidak
memikirkan akan kemungkinan Adi tidak muncul seperti semalam. Dia mencari-cari
kelibat lelaki yang mula bertakhta di hatinya. Namun sekali lagi dia hampa.
“Adi....awak kata
nak jumpa saya. Tapi kenapa awak tak muncul-muncul?” kata Hana sambil duduk memeluk
lututnya. Ada mutiara jernih mula membasahi pipinya.
Tiba-tiba sehelai
tisu dihulur ke arahnya. Lantas, Hana menyambut dan memandang ke atas untuk
melihat siapakah gerangan yang menghulurkan tisu tersebut. Dan ternyata jejaka
yang dicarinya tadi yang menghulurkannya.
Pandangan mata
Hana Zahira dan Adi Alfian mula bertaut seketika. Hati mereka berbicara
meluahkan rasa cinta di hati mereka. Namun tiba-tiba...
‘Pang’
Satu tamparan
hinggap di muka Adi. Dia mengusap pipinya. Pedih terasa namun kehairanan
menguasai fikirannya. Lantas, dia memandang Hana Zahira untuk meminta
penjelasan
“Kenapa awak suka
hantar bunga curi-curi dekat saya? Kenapa tak hantar terus je dekat saya? Jumpa
saya depan-depan. Seksa tau saya rindukan awak,” Hana melepaskan rasa yang terbuku
di hatinya.
Adi tersengih
macam kerang tak laku di hadapan wanita pujaannya. “Sorry la. Saya takut awak
buang je bunga yang saya bagi. Sebab tu saya hantar curi-curi.”
Muka Hana Zahira
yang pada mulanya masam bertukar senyum tatkala mendengar suara yang
dirinduinya. “Sakit tak kena pelempang free?”
Adi Alfian
menggelengkan kepalanya lantas tersenyum. “Tak...sebab pelempang ni datang dari
orang yang saya sayang.”
Baik Hana Zahira
mahupun Adi Alfian, kedua-duanya tersenyum bahagia. Bahagia kerana akhirnya
cinta mereka bersatu.
************************************************************
Cinta itu ibarat langit. Adakalanya panas, adakalanya
suram dan adakalanya ribut melanda. Walau apapun badai yang melanda, kita harus
mengharunginya.
Di cafe, Adi Alfian menunggu kedatangan Hana Zahira. Hari
ini mereka berjanji untuk bertemu di sini. Dan hari ini juga genap 6 bulan
mereka bercinta. Siapa sangka tekadnya untuk memiliki cinta si gadis yang
garang ibarat singa lapar akhirnya membuahkan hasil.
“Adi? Is that
you?”
Adi memandang si
pemilik suara yang menyentakkan lamunannya. “Aliya?!! Eh....apa you buat kat
sini?”
Aliya Maizura, si
gadis yang pernah bertakhta di hati Adi suatu ketika dahulu. Lebih kurang 3
bulan mereka menyulam cinta. Namun, sudah tertulis di Loh Mahfuz yang cinta
mereka tidak bersatu.
“I ada
appointment dengan wedding planner I. You pulak? Tengah tunggu someone special
ke?” usik Aliya tersenyum menampakkan lesung pipitnya.
Adi tertawa kecil
mendengar usikan bekas kekasihnya. Aliya masih tidak berubah. Masih lagi suka
mengusiknya walaupun mereka tidak lagi bertemu sejak setahun yang lepas.
“Macam mana you
tahu I tengah tunggu someone special? Nampak ek tertulis kat muka I” tanya Adi
Alfian tidak mengalah.
“I nampak dari
jauh lagi you duk senyum sorang-sorang. Mesti la ada someone special yang dah
bertakhta di hati you kan? So, tell me who’s the lucky girl that catch mr.
gentleman kita ni?”
Walaupun hubungan
mereka sudah berakhir, Aliya masih mengambil berat tentang Adi. Bahkan, Aliya
turut memperkenalkan bakal suaminya kepada Adi
Adi tersenyum.
Terbayang wajah Hana yang manis tersenyum kepadanya. Lantas, dia pun
menceritakan tentang gadis yang berjaya menawan hatinya kepada Aliya Maizura.
“Wow...i tak
sangka Adi yang i kenal ni sanggup buat macam just to win her heart.”
“Yelah...bukan
senang tau nak cairkan hati dia. Thats why i sayang sangat kat dia”
“Yeah....you
should Adi and i'm happy for you. At least, sekarang you dah ada pengganti i.
Kalau tak, i serba salah sangat.” Aliya muram seketika apabila mengenangkan
kisah cintanya dan Adi Alfian yang tidak kesampaian.
“Aliya....enough
ok. You tak perlu nak rasa serba salah. Our history is our past ok. You pun dah
happy dengan future husband you and i pun dah jumpa my loved one. No worries ok,”
pujuk Adi cuba meredakan ketegangan.
Aliya tersenyum.
Lega hatinya apabila bekas kekasihnya kini menemui kebahagiaannya.
“So how's your
preparation for your big day? Mesti nervous kan.”
“Tahu takpe Adi.
I risau sangat. Takut ada yang tak cukup la. Takut itulah, inilah. Serabut tau”
“Hey...jangan la
macam tu. You ni dari dulu sampai sekarang cepat je panic for no reason. Kalau
you panic, semuanya tak jadi. Silap-silap masa big day you, you tak sempat naik
pelamin pasal muka pucat sangat sampai pengsan,” usik Adi cuba mengenakan
Aliya.
“You!!! Puas hati
dapat bahan i kan? Bukan nak doakan I,” Aliya Maizura berpeluk tubuh tanda
tidak puas hati dengan usikan bekas kekasihnya.
“You pun apa
kurangnya, suka membahan I kan,” balas Adi tanpa menghiraukan rajuk gadis di
sebelahnya. Mereka berdua saling berpandangan dan diam seketika. Tidak lama
kemudian terburai ketawa mereka kerana sedar akan perilaku mereka yang
kebudak-budakan
Sedang mereka
rancak berbual dan bergurau senda, tanpa mereka sedari ada mata yang
memerhatikan kelakuan mereka. Pandangannya tajam dan
Tak sangka aku,
rupanya kau penipu Adi. Aku benci kau. Hati Hana Zahira bagai disiat-siat
apabila melihat adegan mesra Adi dan Aliya sebentar tadi.
Lantas, Hana
Zahira memulakan langkah untuk mendekati mereka.
“Seronok sembang.
Borak pasal apa?” tanya Hana sinis.
Adi tersenyum
memandang Hana. Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan nada kekasih
hatinya.
“Eh
Hana...kenalkan ini Aliya, kawan abang,”
Aliya
menghulurkan tangan untuk bersalam dengan si gadis yang berjaya menawan hati
bekas kekasihnya. Namun tangannya tidak bersambut. Sebaliknya, pandangan tajam
diterimanya.
“Oh...kawan
abang. Ke buah hati?” soal Hana marah kerana merasakan dirinya ditipu
hidup-hidup oleh Adi.
“Apa Hana cakap ni? Ini memang kawan abang
la,” Adi dapat menduga yang Hana telah
salah faham dengannya.
“Sudah la abang.
Tak payah nak tipu Hana lagi. Lelaki semuanya sama je. Penipu!!” balas Hana
sebelum berlalu pergi. Sungguh dia tidak mahu lagi berjumpa dengan lelaki yang
melukakan hatinya.
Tidak mahu Hana salah
faham dengannya, Adi dengan pantas mengejar
wanita pujaan hatinya yang berlari meninggalkannya.
Hana Zahira terus
berlari hingga melintasi jalan raya. Tiba-tiba bunyi hon kedengaran mengejut
langkah Hana. Tanpa diduga ada sebuah lori yang laju melintasinya.
“Hana!!!” Adi
menolak Hana dan membiarkan dirinya dilanggar oleh lori tersebut.
Hana Zahira
terjatuh sementara Adi Alfian terlantar di atas jalan berlumuran darah.
“Abang!!!.......Tolong!!!”
Hana Zahira menjerit sambil memeluk Adi Alfian yang berlumuran darah.
********************************************************************
********************************************************************
P/s: Aduhai Adi accident pulak....Hana dah tersalah faham pulak. Apa akan jadi pada mereka ni. Tune in to next and last chapter of Ceritera Sang Pencinta
Bab 2
‘Hai..Satu
kuntum bunga untuk awak dan satu perkara je saya nak cakap iaitu Maaf. Maaf
sebab tidak berani berkenalan dengan awak tempoh hari- Adi Alfian’
“Laa...mamat pengecut tu ke? Berani lagi dia
hantar bunga kat aku,” marah Hana yang kemudiannya mencampakkan bunga tersebut
di dalam tong sampah di luar rumahnya. Mukanya masam mencuka sebelum masuk ke
dalam rumah semula.
Tanpa disedari,
si penghantar bunga yang bersembunyi berhampiran dengan rumah gadis tersebut
mengeluh dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Hana.
Beberapa hari
yang lalu, dia telah mengekori Hana bagi mengetahui lokasi rumah gadis
tersebut. Lalu dia menghantar bunga sebagai permulaan misi cintanya. Namun, cubaannya gagal. Akan tetapi, ia tidak
mematahkan semangat Adi untuk terus memenangi cinta Hana.
Keesokannya harinya, Hana menerima kiriman bunga lagi. Namun kali ini,
jumlah bunganya menjadi dua.
‘Dua-
Saya ikhlas. Ikhlas nak berkenalan dengan awak. Please jangan hampakan saya L- Adi
Alfian’
Ish...dia
ni. Kenapa la degil sangat. Desis hati Hana sambil membuang bunga tersebut. Dia
tidak menyangka akan menerima kiriman bunga lagi dari jejaka tersebut.
Hari
berikutnya, kiriman tiga kuntum bunga diterima oleh Hana lagi. Namun kali ini
hatinya seakan-akan terusik dengan kata-kata di dalam kad yang dikirimkan
bersama bunga tersebut.
‘Tiga-
I love you.
Ya,
saya sayang awak, Hana Zahira. Mungkin awak fikir saya pengecut tapi percayalah
kerana cinta saya pada awak, saya berani untuk tackle awak. Hope awak sudi
terima cinta saya? - Adi Alfian’
Selesai
membaca kad tersebut, Hana ternampak akan nota ringkas yang menyatakan nombor
telefon jejaka yang menghantar bunga tersebut.
Amboi mamat
ni...tangkap cintan betul dengan aku. Tapi betul ke dia ikhlas nak kenal dengan
aku? Betul ke dia sayangkan aku?
“Ah...Hana,
jangan-jangan dia nak mainkan kau je kot. Lelaki sekarang bukan boleh percaya,”
Ibarat kata
orang, di mulut kata lain di hati kata lain, begitu jugalah dengan tindakan
Hana. Bunga yang dikirim oleh Adi tidak dibuang olehnya, tetapi dibawa masuk ke
dalam rumahnya.
Adi yang melihat
reaksi gadis tersebut tersenyum kerana bunga yang dikirimnya tidak lagi menjadi
makanan buat tong sampah. Namun itu tidak bermakna misinya berjaya. Dia perlu
berusaha lagi demi cintanya buat sang gadis. Justeru, dia tidak akan berhenti
menghantar bunga berserta kata-kata cinta yang tulus dari hatinya kepada gadis
tersebut.
Hari-hari yang
berikutnya, Hana sentiasa ternanti-nanti bunga kiriman Adi walaupun hatinya
belum menyayangi jejaka tersebut.
‘Empat- I love
you too. Itulah kata-kata yang saya nak dengar dari awak, Hana Zahira. Tetapi
saya tahu bukan mudah untuk awak mengatakannya kerana mesti awak tak percayakan
saya cintakan awak. Tidak mengapa, saya tetap akan tunggu cinta awak. Dan jika
awak sudah bersedia, do call me okay J-Adi Alfian.
‘Lima- I will
always love you. Itu janji saya saat saya yakin awaklah cinta saya. Biarlah
seribu pun wanita di hadapan saya, takkan sama dengan Hana Zahira- Adi Alfian.
Dua hari berturut-turut,
hati Hana seolah-olah mula terpaut dengan kata-kata kiriman Adi. Namun pada
hari-hari berikutnya, Hana Zahira kecewa kerana tiada kiriman untuknya.
Mana lelaki tu
pergi? Tak nak ke hantar bunga kat aku? Hati Hana Zahira diulit bimbang
Namun
keesokannya...enam kuntum bunga ros menanti di hadapan pintu rumah Hana sewaktu
dia pulang.
‘Enam- I hope you
miss me too.
Sorry sebab tak
hantar bunga pada awak beberapa hari lepas. Tapi itu tak bermakna cinta saya
pada awak telah pudar. Saya akan tetap setia menanti awak menyambut cinta saya
and I’m sorry, please dont hate me J.- Adi Alfian.
Hana tersenyum
manis selepas membaca kad kiriman jejaka yang mula menambat hatinya. Walaupun
pada awalnya Hana menolak perasaannya terhadap Adi, ternyata hatinya telah
terpaut dengan jejaka tersebut sejak hari pertama di mana dia menolak niat baik
Adi.
‘Adi...saya tahu
awak sayang saya. Tapi beri saya masa sampai saya betul-betul yakin tentang
awak dan diri saya,’ bisik hati Hana. Selain itu, dia juga tidak berani
menghubungi jejaka tersebut walaupun nombor telefonnya tertera pada setiap kad
yang dihantar.
Hari-hari
berikutnya, kiriman bunga dari Adi bertambah sekuntum demi sekuntum dan Hana
mula mengumpulnya.
‘Tujuh- Saya akan
tetap kejar cinta awak selamanya. Hana Zahira, saya tak janji yang saya tak
akan buat awak terluka tapi percayalah, saya tetap akan kejar awak kerana saya
yakin awak untuk saya-Adi Alfian.
‘Lapan-Awak
bagaikan anugerah yang terindah dalam hidup saya. Saya sentiasa mengingati awak
dan saya selalu berdoa agar saya dikurniakan anugerah yang terindah iaitu awak
dalam hidup saya - Adi Alfian.
Hana tersenyum
riang. “Sweet jugak dia ni,” luahnya sambil meletakkan bunga tersebut di dalam
pasu.
‘Sembilan-
Sweetheart, itulah panggilan yang saya nak panggil awak nanti. Awak nak tahu
tak kenapa saya nak panggil awak macam tu? It’s because you’re the sweetest
moment that i cannot effort to lose it. – Adi Alfian’
Hana mencium sembilan kuntum bunga kiriman Adi
Alfian. Dia kemudiannya berlari keluar ke halamannya untuk mencari kelibat tuan
empunya bunga ni. Namun hampa kerana tiada sesiapa pun di luar rumahnya.
Adi...kenapa la
awak ni sweet and romantik sangat. Serius saya dah mula yakin yang ikhlas untuk
saya dan saya pun yakin yang awaklah di hati saya sekarang.
Namun kata-kata
itu masih tidak terungkap di bibir Hana Zahira.
P/s: Haa......Nampaknya Hana dah cair tu dengan Adi. So next up....adakah mereka akan bersatu? Tune in to next chapter guys. Thanks again melayan newbie novelist ni.
Ceritera Sang Pencinta- Bab 1
Salam readers and vistors yang saya sayang, lamanya tak update blog sebab saya memang jarang-jaran aktif blog. Pada yang pernah baca e-novel saya yang pertama, mesti pelik kan mana sambungannya. Actually ada cuma kekangan masa dan komitmen as student buat saya tak sempat nak mengolahnya. Maybe dalam masa yang terdekat akan ada sambungannya. Untuk itu, saya ada satu nukilan yang saya hasilkan yang diinspirasikan dari short story seorang teman saya. Tapi saya olah sikit supaya dijadikan karya saya ni. Tajuknya mungkin cliche tapi saya harap anda terhibur. So, enjoy reading 'Ceritera Sang Pencinta' guys
CERITERA SANG PENCINTA
BAB 1
Kehidupan ini adakalanya mampu buat kita tersenyum dan
juga bersedih. Begitulah juga dengan cinta, yang adakalanya membuat kita
tersenyum dan menangis dalam masa yang sama. Tidak hairanlah jika ada kata-kata
mengatakan cinta itu buta atau gila.
Hana Zahira merenung
ke luar jendela hospital. Ada air mata membasahi pipinya. Tidak sanggup rasanya
melihat sekujur tubuh terbaring lesu.
'Adi....bangunlah.
Janganlah buat Hana macam ni'
Adi Alfian, lelaki
yang berjaya mencuri hati Hana Zahira telah terlantar koma sejak sebulan lepas.
Dia terlibat dalam kemalangan ketika mengejar kekasih hatinya.
7 bulan yang lalu,
"Assamualaikum
cik adik, boleh saya duduk sini?" Tanya seorang pemuda berkulit sawo
matang.
‘Dah
kenapa mamat ni nak duduk kat sini? Banyak kot tempat lain’ kutuk hati Hana.
Hana
mengangguk, malas hendak bersuara. Dia kembali fokus dengan iphonenya.
“Cik
Adik, boleh pinjam masa awak sekejap tak? Ada benda la saya nak cakap” Lelaki
itu bersuara memulakan bicara.
Ni
yang aku malas ni. Kira cukup baik la aku bagi dia duduk. Ni nak cakap-cakap
pulak. Nak promote barang ke apa.
“Haa...apa
dia nak cakap? Saya tengah busy ni” balas Hana keras.
“Amboi...garangnya.
Janganlah marah. Saya cuma nak cakap yang ada orang nak kenal dengan awak,”
balas lelaki itu sambil tersengih.
“Siapa?
Awak?” Hana bertanya sambil menuding jari ke lelaki tersebut.
“Hentikan
je la yea niat awak tu. Saya tak minat nak kenal dengan sesiapa pun,” sambung
Hana sebelum kembali menghadap iphonenya.
Lelaki
itu kaget tetapi tetap tenang mendengar jawapan dari Hana. “Err....cik adik,
bukan saya yang nak kenal dengan cik adik tapi kawan saya yang duduk kat hujung
sana.”
Lelaki
itu menuding jarinya ke arah sahabatnya yang tersengih ibarat kerang busuk
apabila Hana memandangnya. Hana kembali memandang lelaki di hadapannya.
Laa....kawan
dia yang nak kenal dengan aku rupanya.
“Ooo...kawan
awak ke yang nak kenal? Kenapa tak dia sendiri je yang jumpa dengan saya dan kenalkan
diri?” tanya Hana kehairanan.
“Dia
takut kalau-kalau cik adik tak sudi nak kenal dengan dia,” jawab lelaki itu
sambil senyum segaris.
“Laa...macam
tu pulak, takpe suruh la dia datang sini,” balas Hana dingin.
Lelaki
itu melambai-lambai memanggil kawannya yang resah menanti sedari tadi.
Adi
Alfian menghulurkan salam. “Hai cik Adik! Nama saya Adi Alfian. Nice to meet
you.”
“Hai!
Nice to meet you too. Nama saya Hana Zahira panggil Hana je,” balas Hana Zahira
sambil tersenyum penuh makna.
Boleh
tahan handsome mamat ni. Ada iras-iras Amar Baharin pun ada, Syafiq Kyle pun
ada sikit. Kalau berlakon ni mahunya famous satu malaya.
Adi membalas senyum . Sungguh hatinya terpaut
dengan gadis tersebut. Gadis yang berjaya mencuri hatinya sewaktu berada di
pusat membeli-belah pada minggu lepas. Siapa sangka dia akan bertemu semula
dengan gadis tersebut di sini pada hari ini. Mungkin ada jodoh kot. Siapa tahu.
“Eh..lupa
pulak saya nak kenalkan. Ni kawan saya. Namanya Syahmir,” kata Adi Alfian serba
salah.
“Ooo...Syahmir.
Baiknya kawan awak sampai sanggup tolong kenalkan awak kenal dengan saya,”
balas Hana Zahira agak sinis.
Air muka Adi Alfian berubah sikit namun dia
berjaya mengawalnya.
Boleh
tahan pedas ayat minah ni, tapi aku dah agak dah benda ni akan jadi. Sabar je
la labu.
“Dia
memang baik sebab tulah saya minta tolong dia kenalkan Hana dengan saya. Harap
Hana sudi berkenalan dengan saya,” balas Adi sambil senyum segaris dan gementar
menanti jawapan dari Hana.
Hana
tersenyum. “Saya faham dengan niat awak tu, cumanya awak simpan jela niat awak
tu sebab saya tak sudi berkenalan dengan orang yang pengecut macam awak ni.”
Hana bingkas
bangun meninggalkan Adi dan Syahmir yang terdiam dengan kata-katanya.
Puas
hati aku. Ada ke nak kenal dengan aku pakai orang tengah. Harapkan muka je handsome tapi pengecut, kutuk Hana dalam
hati.
“Tu
lah aku dah cakap tadi. Kau je yang pergi kenal dengan dia. Kau degil. Sekarang
tengok dia dah reject kau baik punya,” marah Syahmir.
Syahmir
terkejut apabila Adi memintanya untuk memperkenalkan Hana kepadanya sedangkan
dia sendiri tidak mengenali gadis tersebut. Telah beberapa kali dia mendesak
sahabatnya untuk memulakannya sendiri. Akan tetapi, Adi tetap berdegil ingin
dia memulakan langkah tersebut untuknya. Katanya dia tidak tahu bagaimana untuk
mendekatinya selain bimbang dimarahi gadis tersebut. Penyudahnya, sahabatnya
terlepas peluang untuk berkenalan dengan Hana Zahira, gadis yang mencuri
sekeping hati sahabatnya.
Adi tertunduk
sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Aku tak sangka pulak dia reject
aku macam tu je.”
“Yelah...dah kau ‘gunakan’ aku jadi orang
tengah untuk kenal dengan dia. Tak gentleman la macam tu weh,” marah Syahmir.
“Habis
tu, takkan la aku nak kena redah macam mana kau buat tadi. Dibuatnya dia reject
aku macam tadi. Tak ke sama je.”
“At
least tak ada la dia kata kau pengecut. So sekarang ni kau nak buat apa?” tanya
Syahmir. Hatinya kasihan melihat nasib kawannya yang ditolak mentah-mentah oleh
gadis pujaannya.
Adi
diam membisu. Ligat otaknya memikirkan cara untuk berkenalan dengan Hana
Zahira.
“Aku
rasa lebih baik kau lupakan jelah Hana tu. Lagipun aku tengok dia tu garang
semacam je. Silap-silap kau pun ditelannya,” sambung Syahmir apabila Adi hanya
diam membisu.
“Kau
gila ke apa?! Takkan aku nak lupa macam tu je. Kau tahu kan macam mana perasaan
aku bila first time jumpa dia minggu lepas. Merata aku cari dia sampai la jumpa
hari ni,” marah Adi . Mana mungkin dia mampu untuk melupakan gadis tersebut.
Pertama kali Adi
Aterpandang akan Hana adalah sewaktu gadis tersebut sedang ketawa riang bersama
rakannya. Entah bagaimana, hati lelakinya bagai dibawa pergi dek melihatkan
gelagat gadis tersebut. Adi bagaikan orang gila bayang sejak pertemuan tersebut.
Dia cuba untuk mencari semula gadis tersebut, namun hampa sehinggalah takdir
menemukannya pada hari ini
“Aku
tahu, aku ingat apa yang kau cerita. Habis takkan kau nak diam je, tak buat
apa-apa,” tanya Syahmir.
“Aku
takkan mengalah. Aku akan buktikan yang aku bukan pengecut macam dia sangka,”
tekad Adi.
“Baguslah
la bro. Tapi aku nak ingatkan kau satu benda jelah. Itupun kalau kau nak dengarlah,”
kata Syahmir.
“Apa
dia?”
Syahmir
menarik nafas sebelum memulakan bicaranya, “Aku tahu kau syok giler kat Hana
tu, tapi kena ingat bro, tak semua orang suka kita. Dan tak semua yang kita nak
kita akan dapat. Jadi apa-apa pun kau kena sabar dan redha. Kalau dia jodoh
kau, macam mana pun dia tolak cinta kau, mesti satu hari nanti dia akan terima
kau”
“Aku
faham tu bro. Thanks ingatkan aku. Apa-apa pun doakan usaha aku ni membuahkan
hasil,” pinta Adi dengan penuh pengharapan.
Syahmir
hanya tersenyum. Tidak pernah dia melihat sahbatnya begitu nekad untuk mengejar
cintanya. Walaupun telah ditolak mentah-mentah tadi, sahabatnya tetap ingin meraih
cinta gadis tersebut.
Bagi
Adi pula, dia sudah nekad untuk mengejar cinta Hana biarpun gadis tersebut
menolak salam perkenalannya mentah-mentah. Ibarat kata pujangga, gagal sekali
tak bererti kau akan gagal seumur hidup, begitu jugalah tekad jejaka tampan ini.
P/S: macam mana? nekad tak Adi ni? Boleh tahan kan lagak Hana? Tapi berjayakah Adi dengan nekadnya? Kalau nak tahu, turn to next chapter guys (Ada 4 bab semuanya...moga terhibur :))
Subscribe to:
Posts (Atom)