Tuesday, 19 April 2016

Bab 3



Adakalanya cinta itu perlu diuji agar hati bisa yakin dialah untuk kita.
Dan untuk itu, Adi nekad untuk menguji sama ada Hana sudah bersedia menerimanya. Bukan kerana dia letih menanti cinta daripada Hana, tetapi dia yakin yang Hana juga merasakan perasaan yang sama dengannya.
‘Sepuluh- Kalau cinta awak untuk saya, please do meet me, Hana.
Mungkin permintaan saya ni pelik, tapi saya harap sangat awak dapat kotakan. Hampir setiap hari saya menyatakan perasaan saya pada awak. Dan kali ini, saya nak sangat tahu apa isi hati awak? Kalau awak sudi berkenalan dengan saya, please keluar dan jumpalah saya. Saya tunggu awak di taman berhampiran rumah awak.
 Dan jika saya hanya mengganggu awak selama ini. Buanglah saya dari hidup awak selamanya – Adi Alfian.’
Selepas menbaca kad tersebut, Hana bergegas keluar menuju ke taman berhampiran rumahnya. Dia tidak memikirkan akan kemungkinan Adi tidak muncul seperti semalam. Dia mencari-cari kelibat lelaki yang mula bertakhta di hatinya. Namun sekali lagi dia hampa.
“Adi....awak kata nak jumpa saya. Tapi kenapa awak tak muncul-muncul?” kata Hana sambil duduk memeluk lututnya. Ada mutiara jernih mula membasahi pipinya.
Tiba-tiba sehelai tisu dihulur ke arahnya. Lantas, Hana menyambut dan memandang ke atas untuk melihat siapakah gerangan yang menghulurkan tisu tersebut. Dan ternyata jejaka yang dicarinya tadi yang menghulurkannya.
Pandangan mata Hana Zahira dan Adi Alfian mula bertaut seketika. Hati mereka berbicara meluahkan rasa cinta di hati mereka. Namun tiba-tiba...
‘Pang’
Satu tamparan hinggap di muka Adi. Dia mengusap pipinya. Pedih terasa namun kehairanan menguasai fikirannya. Lantas, dia memandang Hana Zahira untuk meminta penjelasan
“Kenapa awak suka hantar bunga curi-curi dekat saya? Kenapa tak hantar terus je dekat saya? Jumpa saya depan-depan. Seksa tau saya rindukan awak,” Hana melepaskan rasa yang terbuku di hatinya.
Adi tersengih macam kerang tak laku di hadapan wanita pujaannya. “Sorry la. Saya takut awak buang je bunga yang saya bagi. Sebab tu saya hantar curi-curi.”
Muka Hana Zahira yang pada mulanya masam bertukar senyum tatkala mendengar suara yang dirinduinya. “Sakit tak kena pelempang free?”
Adi Alfian menggelengkan kepalanya lantas tersenyum. “Tak...sebab pelempang ni datang dari orang yang saya sayang.”
Baik Hana Zahira mahupun Adi Alfian, kedua-duanya tersenyum bahagia. Bahagia kerana akhirnya cinta mereka bersatu.


************************************************************
Cinta itu ibarat langit. Adakalanya panas, adakalanya suram dan adakalanya ribut melanda. Walau apapun badai yang melanda, kita harus mengharunginya.
Di cafe, Adi Alfian menunggu kedatangan Hana Zahira. Hari ini mereka berjanji untuk bertemu di sini. Dan hari ini juga genap 6 bulan mereka bercinta. Siapa sangka tekadnya untuk memiliki cinta si gadis yang garang ibarat singa lapar akhirnya membuahkan hasil.
“Adi? Is that you?”
Adi memandang si pemilik suara yang menyentakkan lamunannya. “Aliya?!! Eh....apa you buat kat sini?”
Aliya Maizura, si gadis yang pernah bertakhta di hati Adi suatu ketika dahulu. Lebih kurang 3 bulan mereka menyulam cinta. Namun, sudah tertulis di Loh Mahfuz yang cinta mereka tidak bersatu.
“I ada appointment dengan wedding planner I. You pulak? Tengah tunggu someone special ke?” usik Aliya tersenyum menampakkan lesung pipitnya.
Adi tertawa kecil mendengar usikan bekas kekasihnya. Aliya masih tidak berubah. Masih lagi suka mengusiknya walaupun mereka tidak lagi bertemu sejak setahun yang lepas.
“Macam mana you tahu I tengah tunggu someone special? Nampak ek tertulis kat muka I” tanya Adi Alfian tidak mengalah.
“I nampak dari jauh lagi you duk senyum sorang-sorang. Mesti la ada someone special yang dah bertakhta di hati you kan? So, tell me who’s the lucky girl that catch mr. gentleman kita ni?”
Walaupun hubungan mereka sudah berakhir, Aliya masih mengambil berat tentang Adi. Bahkan, Aliya turut memperkenalkan bakal suaminya kepada Adi
Adi tersenyum. Terbayang wajah Hana yang manis tersenyum kepadanya. Lantas, dia pun menceritakan tentang gadis yang berjaya menawan hatinya kepada Aliya Maizura.
“Wow...i tak sangka Adi yang i kenal ni sanggup buat macam just to win her heart.”
“Yelah...bukan senang tau nak cairkan hati dia. Thats why i sayang sangat kat dia”
“Yeah....you should Adi and i'm happy for you. At least, sekarang you dah ada pengganti i. Kalau tak, i serba salah sangat.” Aliya muram seketika apabila mengenangkan kisah cintanya dan Adi Alfian yang tidak kesampaian.
“Aliya....enough ok. You tak perlu nak rasa serba salah. Our history is our past ok. You pun dah happy dengan future husband you and i pun dah jumpa my loved one. No worries ok,” pujuk Adi cuba meredakan ketegangan.
Aliya tersenyum. Lega hatinya apabila bekas kekasihnya kini menemui kebahagiaannya.
“So how's your preparation for your big day? Mesti nervous kan.”
“Tahu takpe Adi. I risau sangat. Takut ada yang tak cukup la. Takut itulah, inilah. Serabut tau”
“Hey...jangan la macam tu. You ni dari dulu sampai sekarang cepat je panic for no reason. Kalau you panic, semuanya tak jadi. Silap-silap masa big day you, you tak sempat naik pelamin pasal muka pucat sangat sampai pengsan,” usik Adi cuba mengenakan Aliya.
“You!!! Puas hati dapat bahan i kan? Bukan nak doakan I,” Aliya Maizura berpeluk tubuh tanda tidak puas hati dengan usikan bekas kekasihnya.
“You pun apa kurangnya, suka membahan I kan,” balas Adi tanpa menghiraukan rajuk gadis di sebelahnya. Mereka berdua saling berpandangan dan diam seketika. Tidak lama kemudian terburai ketawa mereka kerana sedar akan perilaku mereka yang kebudak-budakan
Sedang mereka rancak berbual dan bergurau senda, tanpa mereka sedari ada mata yang memerhatikan kelakuan mereka. Pandangannya tajam dan
Tak sangka aku, rupanya kau penipu Adi. Aku benci kau. Hati Hana Zahira bagai disiat-siat apabila melihat adegan mesra Adi dan Aliya sebentar tadi.
Lantas, Hana Zahira memulakan langkah untuk mendekati mereka.
“Seronok sembang. Borak pasal apa?” tanya Hana sinis.
Adi tersenyum memandang Hana. Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan nada kekasih hatinya.
“Eh Hana...kenalkan ini Aliya, kawan abang,”
Aliya menghulurkan tangan untuk bersalam dengan si gadis yang berjaya menawan hati bekas kekasihnya. Namun tangannya tidak bersambut. Sebaliknya, pandangan tajam diterimanya.
“Oh...kawan abang. Ke buah hati?” soal Hana marah kerana merasakan dirinya ditipu hidup-hidup oleh Adi.
 “Apa Hana cakap ni? Ini memang kawan abang la,” Adi  dapat menduga yang Hana telah salah faham dengannya.
“Sudah la abang. Tak payah nak tipu Hana lagi. Lelaki semuanya sama je. Penipu!!” balas Hana sebelum berlalu pergi. Sungguh dia tidak mahu lagi berjumpa dengan lelaki yang melukakan hatinya.
Tidak mahu Hana salah faham dengannya, Adi  dengan pantas mengejar wanita pujaan hatinya yang berlari meninggalkannya.
Hana Zahira terus berlari hingga melintasi jalan raya. Tiba-tiba bunyi hon kedengaran mengejut langkah Hana. Tanpa diduga ada sebuah lori yang laju melintasinya.
“Hana!!!” Adi menolak Hana dan membiarkan dirinya dilanggar oleh lori tersebut.
Hana Zahira terjatuh sementara Adi Alfian terlantar di atas jalan berlumuran darah.

“Abang!!!.......Tolong!!!” Hana Zahira menjerit sambil memeluk Adi Alfian yang berlumuran darah.
********************************************************************
P/s: Aduhai Adi accident pulak....Hana dah tersalah faham pulak. Apa akan jadi pada mereka ni. Tune in to next and last chapter of Ceritera Sang Pencinta 

No comments:

Post a Comment