‘Hai..Satu
kuntum bunga untuk awak dan satu perkara je saya nak cakap iaitu Maaf. Maaf
sebab tidak berani berkenalan dengan awak tempoh hari- Adi Alfian’
“Laa...mamat pengecut tu ke? Berani lagi dia
hantar bunga kat aku,” marah Hana yang kemudiannya mencampakkan bunga tersebut
di dalam tong sampah di luar rumahnya. Mukanya masam mencuka sebelum masuk ke
dalam rumah semula.
Tanpa disedari,
si penghantar bunga yang bersembunyi berhampiran dengan rumah gadis tersebut
mengeluh dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Hana.
Beberapa hari
yang lalu, dia telah mengekori Hana bagi mengetahui lokasi rumah gadis
tersebut. Lalu dia menghantar bunga sebagai permulaan misi cintanya. Namun, cubaannya gagal. Akan tetapi, ia tidak
mematahkan semangat Adi untuk terus memenangi cinta Hana.
Keesokannya harinya, Hana menerima kiriman bunga lagi. Namun kali ini,
jumlah bunganya menjadi dua.
‘Dua-
Saya ikhlas. Ikhlas nak berkenalan dengan awak. Please jangan hampakan saya L- Adi
Alfian’
Ish...dia
ni. Kenapa la degil sangat. Desis hati Hana sambil membuang bunga tersebut. Dia
tidak menyangka akan menerima kiriman bunga lagi dari jejaka tersebut.
Hari
berikutnya, kiriman tiga kuntum bunga diterima oleh Hana lagi. Namun kali ini
hatinya seakan-akan terusik dengan kata-kata di dalam kad yang dikirimkan
bersama bunga tersebut.
‘Tiga-
I love you.
Ya,
saya sayang awak, Hana Zahira. Mungkin awak fikir saya pengecut tapi percayalah
kerana cinta saya pada awak, saya berani untuk tackle awak. Hope awak sudi
terima cinta saya? - Adi Alfian’
Selesai
membaca kad tersebut, Hana ternampak akan nota ringkas yang menyatakan nombor
telefon jejaka yang menghantar bunga tersebut.
Amboi mamat
ni...tangkap cintan betul dengan aku. Tapi betul ke dia ikhlas nak kenal dengan
aku? Betul ke dia sayangkan aku?
“Ah...Hana,
jangan-jangan dia nak mainkan kau je kot. Lelaki sekarang bukan boleh percaya,”
Ibarat kata
orang, di mulut kata lain di hati kata lain, begitu jugalah dengan tindakan
Hana. Bunga yang dikirim oleh Adi tidak dibuang olehnya, tetapi dibawa masuk ke
dalam rumahnya.
Adi yang melihat
reaksi gadis tersebut tersenyum kerana bunga yang dikirimnya tidak lagi menjadi
makanan buat tong sampah. Namun itu tidak bermakna misinya berjaya. Dia perlu
berusaha lagi demi cintanya buat sang gadis. Justeru, dia tidak akan berhenti
menghantar bunga berserta kata-kata cinta yang tulus dari hatinya kepada gadis
tersebut.
Hari-hari yang
berikutnya, Hana sentiasa ternanti-nanti bunga kiriman Adi walaupun hatinya
belum menyayangi jejaka tersebut.
‘Empat- I love
you too. Itulah kata-kata yang saya nak dengar dari awak, Hana Zahira. Tetapi
saya tahu bukan mudah untuk awak mengatakannya kerana mesti awak tak percayakan
saya cintakan awak. Tidak mengapa, saya tetap akan tunggu cinta awak. Dan jika
awak sudah bersedia, do call me okay J-Adi Alfian.
‘Lima- I will
always love you. Itu janji saya saat saya yakin awaklah cinta saya. Biarlah
seribu pun wanita di hadapan saya, takkan sama dengan Hana Zahira- Adi Alfian.
Dua hari berturut-turut,
hati Hana seolah-olah mula terpaut dengan kata-kata kiriman Adi. Namun pada
hari-hari berikutnya, Hana Zahira kecewa kerana tiada kiriman untuknya.
Mana lelaki tu
pergi? Tak nak ke hantar bunga kat aku? Hati Hana Zahira diulit bimbang
Namun
keesokannya...enam kuntum bunga ros menanti di hadapan pintu rumah Hana sewaktu
dia pulang.
‘Enam- I hope you
miss me too.
Sorry sebab tak
hantar bunga pada awak beberapa hari lepas. Tapi itu tak bermakna cinta saya
pada awak telah pudar. Saya akan tetap setia menanti awak menyambut cinta saya
and I’m sorry, please dont hate me J.- Adi Alfian.
Hana tersenyum
manis selepas membaca kad kiriman jejaka yang mula menambat hatinya. Walaupun
pada awalnya Hana menolak perasaannya terhadap Adi, ternyata hatinya telah
terpaut dengan jejaka tersebut sejak hari pertama di mana dia menolak niat baik
Adi.
‘Adi...saya tahu
awak sayang saya. Tapi beri saya masa sampai saya betul-betul yakin tentang
awak dan diri saya,’ bisik hati Hana. Selain itu, dia juga tidak berani
menghubungi jejaka tersebut walaupun nombor telefonnya tertera pada setiap kad
yang dihantar.
Hari-hari
berikutnya, kiriman bunga dari Adi bertambah sekuntum demi sekuntum dan Hana
mula mengumpulnya.
‘Tujuh- Saya akan
tetap kejar cinta awak selamanya. Hana Zahira, saya tak janji yang saya tak
akan buat awak terluka tapi percayalah, saya tetap akan kejar awak kerana saya
yakin awak untuk saya-Adi Alfian.
‘Lapan-Awak
bagaikan anugerah yang terindah dalam hidup saya. Saya sentiasa mengingati awak
dan saya selalu berdoa agar saya dikurniakan anugerah yang terindah iaitu awak
dalam hidup saya - Adi Alfian.
Hana tersenyum
riang. “Sweet jugak dia ni,” luahnya sambil meletakkan bunga tersebut di dalam
pasu.
‘Sembilan-
Sweetheart, itulah panggilan yang saya nak panggil awak nanti. Awak nak tahu
tak kenapa saya nak panggil awak macam tu? It’s because you’re the sweetest
moment that i cannot effort to lose it. – Adi Alfian’
Hana mencium sembilan kuntum bunga kiriman Adi
Alfian. Dia kemudiannya berlari keluar ke halamannya untuk mencari kelibat tuan
empunya bunga ni. Namun hampa kerana tiada sesiapa pun di luar rumahnya.
Adi...kenapa la
awak ni sweet and romantik sangat. Serius saya dah mula yakin yang ikhlas untuk
saya dan saya pun yakin yang awaklah di hati saya sekarang.
Namun kata-kata
itu masih tidak terungkap di bibir Hana Zahira.
P/s: Haa......Nampaknya Hana dah cair tu dengan Adi. So next up....adakah mereka akan bersatu? Tune in to next chapter guys. Thanks again melayan newbie novelist ni.
No comments:
Post a Comment