Thursday, 24 July 2014

hai semua, ni first time post setelah lama tak blogging.

Hari ini iolls nak post something yang iolls buat khas untuk drama kesayangan iolls sekarang iaitu 'KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN'. Iolls rindu sangat dengan drama tu so iolls pun rasa teruja nak buat post ni khas...okay enjor reading my story ok.

BAB 1

“Hai Teana, rindunya mama dekat Teana”

Indah membelai Teana, kucing pemberian buah hati kesayangannya yang sering menganggu tidur malam nya

“Hai, takkan kat Teana je rindunya? Kat papa dia tak rindu?” usik Mak Siti

“Rindu tu rindulah Mak Iti tapi Encik Zen kebelakangan ni sibuk sikit. Indah kenalah faham keadaan dia.” 

Jawab Indah dengan wajah yang merona merah.

Hari ini Indah menjenguk Dato Safiyah. Sudah lama rasanya tidak menjenguk mak angkat Indah ni. Rasa serba salah menyelubungi Indah seketika. Selain datang menjenguk Dato Safiyah, Indah juga ingin melepaskan rindu pada Mak Siti, Teana dan buah hati Indah yang hilang sejak dua menjak ni. Sejak 2 minggu lalu, tiada khabar dari Abang Zen membuatkan Indah menjadi risau. Mesej Indah di Whatapp, Facebook Mesenger dan emel langsung tidak berbalas. Indah juga ada bertanya pada Safuan tetapi hampa Safuan cuma memberitahu yang Abang Zen sibuk dengan urusan projek barunya di Nilai.

“Indah, mari sini duduk dekat Aunty. Ada hal yang Aunty nak cakap dengan Indah ni.” Panggil Dato Safiyah apabila melihat anak angkatnya masuk ke kamarnya.

“Ada hal apa Aunty nak cakap dengan Indah?” soal Indah setelah duduk di birai katil Dato Safiyah.

“Kalau Aunty cakap ini, Indah jangan terkejut yea” duga Dato Safyah.

“Aunty tak cakap lagi macam mana Indah nak terkejut” balas Indah. Ada sedikit kekeruhan di wajah Dato Safiyah yang menyebabkan Indah mula disapa kerisauan.

“Aunty ingat Aunty nak jodohkan Indah dengan anak Aunty” kata Dato Safiyah.

Hampir terjerit Indah apabila mendengar apa yang Dato Safiyah beritahu. Dalam hati, Indah bersyukur akhirnya dia bakal disatukan dengan Tajul Razin pemilik hatinya selama ini. Abang Zen, Indah sayang Abang Zen sangat-sangat.

“Oh yeke Aunty? Tapi Indah ni layak ke dengan anak Aunty?” soal indah sekadar menutup keterujaan dia mengenai niat Dato Safyah

“Kenapa Indah cakap macam tu? Indah anak Aunty, tentulah Indah sesuai dengan anak Aunty. Lagipun, 
Aunty tengok Fahin tu pun suka dekat Indah. Jadi apa salahnya kalau indah jadi menantu Aunty, isteri Tajul Fahin” jawab Dato Safiyah sambil menyembunyikan rasa gugup saat memberitahu Indah akan niat murni anak keduanya.

Indah terdiam, hampir terjatuh Indah dari birai katil Dato Safiyah. Kenapa dengan Tajul Fahin? Bukan sepatutnya dengan Tajul Razin? Indah berpura-pura tenang.

“Aunty nak Indah kahwin dengan Fahin?” duga Indah

“Ya, Aunty nak Indah kahwin dengan Fahin. Aunty kalau boleh nak langsung perkahwinan Zen dengan Fahin serentak tahun ni” jawab Dato Safiyah.

“Haa? Encik Zen pun akan kahwin ke? Dengan siapa?” soal Indah terkejut.

“Zen akan kahwin dengan anak Tan Sri Ariffin, Illyana. Keluarga Aunty dengan keluarga Illyana dah lama merancang nak satukan Zen dengan Illyana. Entah kenapa, tergerak pulak hati Zen nak berkahwin dengan Illyana padahal sebelum ni dia punyalah tak suka dengan Illyana” jawab Dato Safiyah.

Hampir pengsan Indah apabila mendengar apa yang dikatakan Dato Safiyah. Abang Zen nak kahwin dengan Illyana? Betulkah apa yang Indah dengar ni? Abang Zen, abang dah lamar dan janji nak kahwin dengan Indah tapi kenapa Illyana yang abang pilih?

“Aunty, boleh tak kalau Indah fikirkan dulu mengenai permintaan Aunty tu?” soal Indah yang berpura-pura tenang.

“Boleh sayang, tapi jangan lama-lama tau. Aunty berharap sangat Indah setuju dengan permintaan Aunty ni” jawab Dato Safiyah

“Baiklah Aunty, Indah akan fikirkan. Indah minta diri dulu yea, Hasma tinggal seorang kat rumah tu. Risau pulak Indah dengan dia” balas Indah

“Baiklah, hati-hati yea sayang” kata Dato Safiyah sambil Indah bersalam dengannya dan berlalu pergi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kenapa mesti macam ni? Apa sebenarnya yang dah jadi? Abang Zen, tolong jelasan pada Indah. Semalaman Indah tidak tidur memikirkan permintaan Dato Safiyah. Pada malam itu juga, dia menghantar berpuluh-puluhmesej di Whatapp, Facebook Mesenger, E-mel pada Abang Zen. Malangnya, satu pun tidak berbalas padahal Indah nampak status online pada akaun Abang Zen. Abang Zen, kenapa buat Indah macam ni?

Di pejabat, Indah menerima satu emel dari abang Zen. Abang Zen memberitahu yang dia akan berjumpa dengan Indah di taman tempat mereka beriadah selalu. Syukur Indah akhirnya abang zen membalas pun emel indah. Kali Indah nekad ingin mengetahu apa sebab Dato Safiyah mahu mengahwinkan Indah dengan Tajul Fahin sedangkan sepatutnya Indah berkahwin dengan Tajul Razin.

Pada petang itu, Indah menunggu satu jam lebih awal dari waktu sepatutnya dia dan Abang Zen berjumpa. Sungguh hati Indah tidak sedap akan tetapi Indah gagahkan diri untuk berjumpa dengan Abang Zen.

“Abang Zen, kenapa mama nak Indah kahwin dengan Fahin? Bukan ke sepatutnya dengan Abang?” soal Indah sebaik Tajul Razin sampai.

“Indah, sebenarnya I cuma tipu you je selama ini mengenai janji I pada you” balas Tajul Razin.

“Abang Zen, apa Abang cakap ni? Indah tak faham?”soal Indah bingung.

“ You kahwin jela dengan Fahin. Selama ini, I cuma mainkan perasaan you je. Lagipun, apa yang I dapat kalau kahwin dengan you? Cinta? Itu bukanlah apa-apa pada I” jawab Tajul Razin selamba.

“Abang Zen!!! Sampai hati Abang Zen cakap macam tu. Indah ingat selama ini Abang Zen sayangkan Indah. Rupanya Abang Zen tipu Indah. Sampai hati Abang Zen.” Balas Indah terkejut.

Hampir sahaja Indah terjatuh pengsan bila mendengar kata-kata Abang Zen. Tak sangka sampainya hati Abang Zen mainkan perasaan Indah.

“Memang I sampai hati sebab tu I tipu you. You pun memang tak layak untuk I.  Dah la Indah, you kahwin je la dengan adik I Fahin dan fulfill my mom’s request. I tak pernah cintakan you. Adik I, Fahin tu la yang sayangkan you sangat-sangat. You sendiri pun nampakkan dia nak tackle you selama ni. You kahwin jela dengan dia. Pada I, you cuma perempuan kanpung yang bertuah dapat menumpang dekat rumah I” Kata Tajul Razin tanpa memikirkan perasaan Indah.

Satu tamparan hinggap di pipi Tajul Razin dari Indah. Sungguh Indah marah dengan apa yang dikatakan Tajul Razin.

“Encik Tajul Razin, saya tahu saya tak layak untuk encik tapi encik tak ada hak dan tak boleh nak mainkan perasaan saya. Baiklah, kalau itu lah yang Encik Zen nak saya akan kahwin dengan adik encik dan saya akan buktikan yang saya ni layak untuk adik encik” kata Indah dalam keadaan marah sebelum berlalu pergi.

Sungguh Indah tak sanggup menatap muka orang yang telah memijak-mijak maruah Indah. Apatah lagi orang tersebut adalah orang yang paling Indah sayang selepas Abah dan Dato Safiyah. Indah berjalan semula ke parking sambil menangis. Dalam hati Indah, macam-macam disumpahnya Tajul Razin.

Tajul Razin masih lagi di tempat pertemuan mereka sambil memegang pipinya yang kebas dek tamparan Indah. Kuat juga penampar Indah ni. Tapi kuat lagi sakit hati Indah. Tajul Razin duduk termangu di kerusi taman sambil memikirkan apa yang telah dilakukan. Sungguh hatinya sakit melihat Indah membenci dan mengeluarkan kata-kata terakhirnya tadi. Sebenarnya, apa yang dikatakan Tajul Razin pada Indah tadi bukanlah lahir dari hatinya. Kata-kata yang dikeluarkan tadi adalah kerana atas keadaan yang mendesaknya melakukan keputusan tersebut. Kalaulah Indah tahu apa yang terjadi. Tidak! Tajul Razin kena menggagahkan diri demi memenuhi janjinya yang perlu dikotakan. Janji yang hanya memakan dirinya dan juga melukakan hati Indah. Dia meninggalkan taman lalu memandu tanpa arah tujuan.

Malam itu, Indah mengurung dirinya di dalam bilik. Pelawaan Hasma untuk makan bersamanya pun ditolak Indah mentah-mentah. Soalan Hasma pun tidak dijawabnya. Yang ingin Indah lakukan hanya mengurungkan diri dan menangis semahu-mahunya. Jaket pemberian Abang Zen sewaktu mereka keluar berdua di Genting Highland, Indah keluarkannya dari almari. Indah menangis semahu-mahunya sambil memeluk jaket itu dan mengenang kisah cintanya yang hanyalah cinta dongeng semata-mata. Sungguh Indah merindui kenangan di tempat tersebut. Indah merasa bahagia sehingga terlupa yang mereka telah seharian berjalan-jalan. Walaupun Abang Zen telah melukakan hati Indah tetapi rasa cinta dan kenangan indah bersamanya masih menebal. Begitu sukar untuk Indah menerima kenyataan dari Abang Zen tetapi apakan daya itulah hakikatnya

Pada malam itu juga, Tajul Razin tidak mampu melelapkan matanya kerana mengenangkan perbuatannya pada Indah yang dilakukannya tanpa rela. Sejak pulang dari bertemu Indah, dia hanya mendiamkan diri. Dato Safiyah yang berada di ruang tamu pun tidak ditegurnya. Ini menyebabkan Dato Safiyah merasa runsing dengan kelakuan anaknya. sulungnya. Dia terpaksa melupakan cintanya pada Indah demi kebaikan adiknya dan juga permintaannya. Dato Safiyah tahu permintaannya agak kejam sementelah Tajul Razin telah banyak berkorban demi keluarga akan tetapi dia terkejut apabila anak sulungya itu bersetuju dengan permintaannya. Namun, sungguh dia tahu Tajul Razin tidak merelaka sepenuhnya keputusan yang telah dibuat walaupun telah banyak kali dia meyakinkan keputusannya pada Dato Safiyah.

Tajul Razin merenung gambarnya bersama Indah sewaktu di Bandung dan Cameron Highland. Buat pertama kalinya selepas kematian ayahnya dia menangis. Menangis mengenangkan derita yang perlu ditanggung kerana bakal kehilangan Indah, wanita yang berjaya mencuri hatinya. Andai dia mampu, tentu dia akan membawa Indah jauh dari kemelut ini. Namun, ini hanya akan menyebabkan keluarganya hancur.

‘Indah sayang, maafkan abang kerana tidak mampu mempertahankan cinta kita dan melukakan hati Indah. Abang terpaksa merelakan Indah berkahwin dengan Fahin demi kebaikkannya dan permintaan mama. Kalaulah Indah tahu akan situasi ini, abang pasti Indah tak sanggup melepaskan abang. Untuk itu, biarlah abang simpan cinta kita dalam hati abang buat selamanya walaupun abang tahu cinta Indah pada abang mungkin telah berubah’

Itulah kata-kata yang lahir dari hati Tajul Razin buat Indah. Namun, kata-kata itu tidak mampu Tajul Razin katakan pada Indah kerana Indah pasti telah membencinya. Tajul Razin menangis lagi.
Sungguh malam tersebut merupakan malam yang sayu buat Indah Halina dan Tajul Razin.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiga hari selepas itu, Indah ke rumah Dato Safiyah semula. Sepanjang tempoh tiga hari, selera makan Indah berkurangan dan dia hanya berpura-pura gembira apabila bersama Dato Safiyah. Walaupun berat kakinya melangkah namun demi membuktikan pada Tajul Razin yang dia mampu bahagia, dia terpaksa merelakan dirinya berkahwin dengan Tajul Fahin di samping memenuhi permintaan Dato Safiyah. Tentang hatinya yang terluka biarlah masa yang menentukan.

“Assalamualaikum Aunty” sapa Indah pada Dato Safiyah yang berada di ruang tamu.

“Waalaikumsalam Indah. Indah okay ker? Aunty tengok Indah macam tak sihat je” soal Dato Safiyah.

“Indah okay Aunty, cuma pening sikit je” jawab Indah.

“Indah jaga kesihatan yea. Aunty risau kalau Indah tak sihat macam ni” kata Dato Safiyah.

“Jangan risau aunty, Indah okay. Indah datang ni nak beritahu yang Indah setuju nak kahwin dengan Tajul Fahin” kata Indah tenang.

“Yeke? Alhamdulillah, terima kasih Indah kerana sudi tunaikan permintaan Aunty ni. Akhirnya dapat juga Aunty bermenantukan Indah” kata Dato Safiyah kegembiraan.

“Sama-sama. Aunty, Indah ke dapur sekejap. Nak jenguk Teana” kata Indah.

Indah berjalan menuju ke dapur. Namun, secara tiba-tiba Indah rebah dan ini mengejutkan Dato Safiyah.

“Ya Allah, Indah!!!” jerit Dato Safiyah terkejut.

Tajul Razin yang baru pulang dari pejabatnya kaget mendengar jeritan mamanya. Dengan pantas, Tajul Razin masuk ke dalam rumah dan mendapati Indah terbaring disamping Dato Safiyah yang memangku Indah di pahanya

“Zen!! Tolong mama hantar Indah ke hospital.” Arah Dato Safiyah panik.

Tajul Razin segera mengangkat Indah dan membawa Indah ke hospital bersam Dato Safiyah. Sepanjang Indah berada di dalam bilik rawatan, Dato Safiyah berada dalam kerisauan. Tajul Razin pula sibuk menelefon Tajul Fahin untuk memberitahu keadaan Indah. Namun panggilannya tidak berjawab dan Tajul Razin menghantar mesej kepada adiknya.

“Doktor, macam mana keadaan anak angkat saya?” Tanya Dato Safiyah setelah melihat doctor keluar dari bilik rawatan.

“Anak dato mengalami demam panas dan sedikit stress. Tekanan darah dia juga rendah. Tapi Dato jangan risau, anak Dato akan sembuh tak lama lagi. Buat masa ini, kami terpaksa menahan anak Dato di wad” jawab Doktor yang merawat Indah.

“Alhamdulillah, terima kasih doktor kerana selamatkan anak saya” kata Dato Safiyah lega.

“Sama-sama.” ujar doktor itu lagi sebelum berlalu pergi.

Indah Harlina kelihatan tenang walaupun mukanya kelihatan pucat. Dato Safiyaj merasa sayu melihat keadaan anak angkatnya. Dia tahu Indah menderita selama ini. Walaupun Indah tidak memberitahunya namun dia dapat merasakan penderitaannya ada kaitan dengan keputusan Tajul Razin dan perkahwinannya dengan Tajul Fahin.

Tajul Fahin tiba di bilik Indah ditempatkan di hospital. Sungguh dia terkejut apabila mendapat mesej dari abangnya. Melihat Indah terlantar di hospital menyebabkan hatinya sayu apatah lagi Tajul Razin dari jauh asyik memerhatikan Indah.

“Mama, since Fahin dah ada dekat sini, Zen balik dulu yea. Kejap lagi Zen ada janji dengan Safuan” kata Tajul Razin kepada Dato Safiyah.

“Baiklah, take care Zen” kata Dato Safiyah seakan mengerti apa yang tersirat di hati anak sulungnya.

“Bro, thanks hantar Indah ke sini” kata Tajul Fahin pula.

“No problem. Abang mintak diri dulu” kata Tajul Razin sebelum berlalu pergi

Tajul Razin berada di dalam keretanya. Sebenarnya, Tajul Razin berat hati mahu meninggalkan Indah di hospital. Namun, dia tidak mahu manambah penderitaan Indah seandainya dia terus berada di situ. Dia tahu Indah terseksa dan benci melihatnya kerana sewaktu di pejabat, Indah sering mengelak apabila bertembung dengannya. Tersayat hati Tajul Razin mengenangkan perubahan tingkah laku Indah apabila berdepan dengannya. Indah, seksa dan peritnya melihat Indah jatuh sakit.

Please sayang, walaupun Abang tiada di sisi Indah, Abang berharap Indah akan kuat. Abang akan sentiasa berada di sisi Indah walaupun dari jauh.   
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selang beberapa hari Indah telah keluar dari hospital. Dato Safiyah memberinya cuti untuk berehat di rumah dan Hasma ditugaskan memantau keadaannya. Sepanjang berada di hospital, kelibat Tajul Razin datang melawatnya tidak kelihatan. Sedih dan kecewa Indah akan sikap Tajul Razin. Sungguh dia membenci lelaki yang dicintainya sepenuh jiwa dan raga. Namun Indah tidak tahu, hampir setiap malam Tajul Razin melawatnya ketika dia sedang lena tidur.
Tajul Razin yang berada di bilik membuka emelnya dan mendapati terdapat emel dari Indah Harlina.

‘Ke hadapan Encik Tajul Razin,

Saya berharap emel ini tidak mengganggu encik dan saya berharap encik membaca emel ini sehingga habis kerana apa yang ingin saya katakan adalah luahan hati saya selama ini.

Encik Razin, saya bersyukur kerana dapat mengenali keluarga Encik Razin. Keluarga Encik sudah saya ibaratkan macam keluarga saya sendiri. Sewaktu Encik Razin menyuruh saya keluar dari rumah Encik, sungguh hati saya pilu. Tetapi saya bersyukur akhirnya Encik Razin sudi terima saya semula di dalam hidup Dato Safiyah. Percayalah Encik Razin, saya tiada niat lain selain menumpang berteduh dan kasih dari keluarga Encik Razin. Namun, layakkah Encik Razin layan saya macam ni setelah saya diterima di dalam keluarga Encik Razin. Encik Razin buat saya macam barang bernilai yang akhirnya dibuang begitu sahaja. ENCIK RAZIN KEJAM.

Sewaktu Encik Razin cuba memikat saya dan akhirnya kita bercinta, sungguh saya terlalu gembira dan merasakan Encik Razinlah jodoh saya. Encik Razin curahkan sepenuh perhatian kepada saya sehingga saya merasakan tiada lelaki lain yang mampu menggantikan Encik Razin. Saya sayang dan cinta Encik Razin sepenuh jiwa dan raga saya sehingga saya rasa saya tak mampu berpisah dengan Encik Razin. Namun, Encik Razin hanyalah mainkan perasaan saya selama ini. Begitu rendahkah nilai cinta saya pada mata dan hati Encik Razin. Tega sungguh Encik Razin mempermainkan perasaan saya. SAYA BENCI ENCIK RAZIN!!!

Saya masih ingat lagi Encik Razin tiba-tiba sahaja menghilang tanpa khabar berita. Satu mesej saya pun Encik Razin tidak balas. Risau sungguh saya akan Encik Razin. Encik Razin sihatkah? Sakitkah? Itulah pertanyaan yang bermain di dalam fikiran saya setiap hari. Encik Razin masih ingatkah encik sewaktu kita terserempak di butik? Encik Razin buat saya macam orang asing dan langsung tidak menghulurkan bantuan sewaktu saya kekurangan duit. Pilu hati saya dengan sikap Encik Razin waktu itu. Tambah pilu apabila saya lihat Encik Razin keluar bersama Illyana. Apa salah saya sehingga Encik Razin sanggup buat saya macam tu? SAMPAI HATI ENCIK RAZIN!!!

Dengan tiba-tiba Encik Razin muncul setelah melukakan hati saya. Sungguh saya tak mampu berdepan dengan Encik Razin tetapi saya tetap maafkan kesalahan Encik Razin. Saat kita berada di Genting Highlands selepas peristiwa yang melukakan hati saya membuat rasa sakit hati saya hilang serta-merta. Adakah kenangan kita itu berharga buat Encik Razin? Saya rasa tidak sebab ENCIK RAZIN PENIPU!!!

Disebabkan saya rindu pada Encik Razin, saya sanggup datang ke rumah Encik Razin walhal saya tak mampu untuk ke sana lagi keana peristiwa hitam itu. Apabila Dato Safiyah meminta saya berkahwin dengan adik Encik Razin, saya keliru dan terdiam. Tapi saya sangat terkejut apabila Dato Safiyah memberitahu Encik Razin akan berkahwin  dengan Illyana sedangkan Encik Razin telah melamar saya dan Encik Razin sendiri menafikan sekeras-kerasnya perasaan Encik Razin pada Illyana. Mana maruah saya Encik Razin? Kalau betul Encik Razin ingin berkahwin dengan Illyana, tolong jujur dengan saya. Saya redha dan terima ketentuan-Nya.  

Saya terlupa yang selama ini Encik Razin bagaikan merak kayangan sedangkan saya hanyalah burung gagak yang tiada nilai. Saya tertipu dengan janji cinta mati Encik Razin. Tahniah Encik Razin sebab telah sedarkan saya di man saya patut berpijak. Betullah cakap Encik Razin. Saya memang tidak layak untuk Encik Razin yang serba sempurna. Tapi layakkah Encik Razin menilai cinta saya yang pada Encik Razin bukanlah apa-apa. Sungguh Encik Razin tak layak dan saya takkan lupa penghinaan yang telah Encik Razin palitkan pada saya. Ingin saya tegaskan pada Encik Razin yang saya akan berkahwin dengan adik Encik Razin bukanlah kerana terpaksa tetapi disebabkan saya tahu ada orang lebih layak menerima cinta saya berbanding Encik Razin.
Selepas ini, segala pemberian Encik Razin akan saya pulangkan melalui Safuan. Tentang rumah Encik Razin, jangan Encik Razin risau. Saya akan keluar dengan segera tanpa Encik Razin perlu menghalau saya. Saya masih ada maruah yang Encik Razin tidak boleh pijak sesuka hati.

Akhir kata, saya berharap Encik Razin bahagia dengan pilihan Encik Razin iaitu Illyana dan sudi menerima saya sebagai adik ipar Encik Razin. Sekian’

Hampir rebah Tajul Razin membaca emel kiriman Indah. Sungguh hatinya menangis lagi dengan kebencian Indah padanya. Mampukah dia meneruskan janjinya? Dengan emel yang diterima, Tajul Razin hampir sahaja ingin mencari Indah dan menjelaskan segala-galanya. Namun, ingatannya terimbau kepada perubahan drastic Tajul Fahin yang membuatkan mamaya gembira menyebabkan langkahnya terhenti. Dia tidak pernah melihat mamanya segembira itu. Tegakah dia menghapuskan senyuman mama yang telah lama hilang kerana sikap buruk Tajul Fahin? Sungguh dia tak sanggup. 

Tajul Razin kembali duduk di birai katil sambil memandang  dari jauh emel kiriman Indah. Dia sudah tidak kehilangan harta yang paling disayangi yang membuai mimpinya setiap malam. Indah, bencilah Abang semahu-mahu Indah andai itu mampu membuat dirimu tenang sayang.

Kerana terpaksa, Tajul Razin merelakan Indah Halina membencinya

p/s: dah tak mampu nak sambung sebab sedih sangat. Tapi kalau ada permintaan, akan disambung lagi. Peace





 

 

2 comments: